Saturday, January 30, 2010

Episode 32 ( impian )

Bila tiba masanya, apa yang kita gengam dan apa yang kita capai akan kita tinggalkan. bergitu juga dengan aku suatu hari nanti. akan terbang meninggalkan semua apa yang aku telah cuba dalam hidup aku.bukan maksud aku gagal dalam kehidupan, tidak cuma aku perlu tinggalkan impian aku jika tidak mahu terbabas dilandasan yang sama setiap hari.

semua orang ada impian masing-masing, bila mereka cuba gapaikan impian masing-masing semua mesti ada matlamat. matlamat utama aku sekarang ialah mengenai band kugiran aku. daripada awal band aku sekarang band ke dua aku pinguin. apa gunanya jika aku ada lagu sendiri dan band sendiri jika tak boleh capai sesuatu yang aku mahukan?. aku bukan mencari glamor tapi aku mahu orang tahu itu lagu aku dan band aku. aku tak kisah jika orang tak kenal aku, cuma aku mahu orang tahu itu hasil karya aku.

daripada band pertama aku sejak aku habis sekolah 2004 sehingga sekarang. berapa banyak lagu yang aku telah ciptakan tapi satu pun tak keluar daripada kawasan yang aku inginkan. rasa lagu tu seperti didalam kawasan yang sama. aku pernah rasakan perasaan seperti ini beberapa tahun lepas, dan aku tahu akibatnya. semua chord guitar dan lagu yang pernah aku main, semuanya aku lupa.

kalau tahun nie aku tak membuat sesuatu dengan apa yang aku telah lakukan, aku seperti ingin angkat kaki meninggalkan bidang ini, sebab aku tak tahu dimana untuk cari gig dan show-show ditempat lain. semua orang ada cita-cita untuk persembahkan band kugiran mereka, tapi aku hajat aku besar seperti gunung walaupun aku tak berapa pasti aku akan kecapinya atau tidak. sebab industri muzik dimalaysia tidak seperti pada zaman 80`an dan 90`an dimana adanya konsert-konsert seperti wings, seacrh, ella dan lain-lain.

Didalam fikiran aku sekarang hanya ada pasal band aku, bertapa sayangnya aku dengan band aku, dan aku sayangkan kawan-kawan yang sentiasa support aku daripada belakang walaupun tak sebesar manapun. sebab tanpa diorang tak mungkin akan bergerak.

merancang adalah sesuatu yang penting. arrangement muzik pula penting sebab untuk tarik perhatian orang yang nak dengar. banyak yang aku kena fikirkan pasal band nie, bukan aku sorang saja yang fikir, ryota ,lone , syafiq juga fikir untuk unikkan pinguin.

apa-apa pun tahun nie aku dan lain akan cuba keluar kan 2 lagu dahulu daripada 8 lagu yang cadang nak keluarkan. sepi dan tipu daya saja yang akan keluar dulu. itu perancangan. joe sebagai recod lagu aku dia kata keluarkan 3 tapi dengan gaya dia yang sibuk aku rasa buat 2 dulu. sebab lone cakap, kalau dapat keluar 2 pun dah jadi. aku ikut majoriti, apa-apa pun kita orang seband harus sependapat sebab siapa tahu mahu mengejar seuatu yang rasa dah lama didalam satu kelompok dimana kelompok itu dinamakan tersekat didalam studio. sentiasa main lagu sendiri tetapi tidak keluar tunjukan bakat kepada orang ramai.aku tahu perasaan segan, malu dan cuak akan ada.

entalah, hanya untuk tahun nie sahaja

Thursday, January 28, 2010

Episode 31 ( mencari kekuatan )

Orang kata, nak seribu daya tak nak seribu dalih. macam tu lah aku tengah fikir sekarang nie. kalau ikutkan adnan sempit punya dialog pulak, dimana ada kemahuan disitu ada highway hahah!!. aku fikir macam-macam sekarang, baik dari urusan keluarga, kawan-kawan dan peribadi.

dari urusan keluarga, aku sedang berfikir tentang akan kakak aku yang berada dijepun dan tahun nie dia bakal akan berkahwin. tapi kakak aku tu sekejap cakap ia sekejap cakap tak nak, kau pun tak tahu apa yang sebenarnya dia nak. bagi aku benda yang elok baik jangan ditangguh-tangguhkan sebab kahwin dapat menghindari daripada berzina dan lain-lain.

dari urususan peribadi aku, aku sedang berfikir tentang dari segi, kerjaya aku, usia aku, recording aku, kereta aku, computer aku, handphone aku yang dah rosak bila aku bercakap orang tak dengar, aku nak guitar, bila aku akan mula kerja. semua tu masih didalam kepala aku.
aku cuba hendak jadi yang terbaik untuk diri aku tahun nie, banyak masalah yang sentiasa melanda aku dari tahun ke tahun.

dari segi kawan pula, aku dah fedup dengan sesetengah orang, janji tinggal janji, jangan kerana setitik perkara hancur semua didada. aku tak faham apa kejadah dengan manusia seperti nie, dah berapa tahun berkawan dengan aku, tapi tiba-tiba aku jadi macam nie, terus macam tak endahkan aku, tak mengapalah. aku tak kisah pun jika terjadi situasi macam nie, cuma aku tak faham kenapa, bagi aku kalau dia kawan aku, apa jua situasi pun tetap bersama. kadang-kadang aku rasa sedih juga, sebab terjadi macam nie, walaupun ada kawan aku yang buat masalah antara sesama kita orang, tapi aku still cuba merapatkan keadaan dan situasi, tetapi bila aku sendiri yang terjadi, hah. haram jadah. kosong. so bagi aku, siapa kawan aku dah tahu, aku rasa aku nie seperti hanya orang bodoh yang terhegeh-hegeh nak berkawan manusia seperti mereka.
cuma aku bukan lagi manusia dibawa harian mereka, biarlah kawan aku yang tersangkut dengan harian mereka. sedarkanlah keadaan tu sedikit, tak kan orang dah baling batu kat kita masih lagi kita nak kena baling batu. masih banyak lagi kat luar nie.

kadang-kadang aku rasa berat diri aku nie memikul setiap situasi keadaan disekeliling. tapi bagi aku, walaupun aku hilang sesuatu dalam hidup, suatu hari nanti akan tumbuh yang baru dan lagi hebat daripada sekarang. siapa tahu akan terjadi. aku tak marah setiap apa yang terjadi cuma aku benci bila ia terjadi. sebab aku pun manusia seperti manusia-manusia yang lain. setiap hari ada memikul sesuatu dibahu.

Wednesday, January 27, 2010

Episode 30 ( zone darah )

Sejak akhir-akhir nie aku dah rasa penat, rasa tak bermaya untuk teruskan detik-detik hidup nie, tapi aku tahu selagi aku masih hidup, aku teruskan apa yang aku perlu lakukan disini. kadang-kadang terasa darah aku macam overheat.

Tengkuk aku sakit-sakit, lepas tu tiba-tiba sakit kepala, hilang tumpuan seketika. aku tak tahu kenapa.Ikutkan hari nie aku tak tidur lagi daripada pukul 3 pagi sampailah sekarang. aku hanya tidur 2 jam sahaja. aku terjaga dari tidur sebab tiba-tiba ada orang call aku, rupa-rupanya Ryota.

Dia ajak berlatih untuk persediaan recording, joe pun suruh band aku berlatih. Dia macam bersusah payah nak buat recording dengan kita orang. tapi aku pun tak tahu apa yang sebenarnya aku fikirkan.

Jamming dan jamming, tiba-tiba kita orang tak berlatih lagu yang dulu, secara tiba-tiba main lagu baru. what a heck dude!!! .. aku ikut saja, tapi tak bolehlah kalau buat macam nie, sebab kena berlatih juga walaubagaimana cara pun.

aku dengan lone berbincang pasal topic nie, lone agak kecewa sebab tak berlatih dengan betul-betul. aku teringat zaman ujang, masa tu aku dengan band aku berlatih 1 lagu saja dekat 30 minit. kadang kalau main gig, 4 lagu akan berulang-ulang sampai perfect dan buat puas hati.

aku rasa aku dah nak mula tertidur, mata aku dah berpusing-pusing

Monday, January 25, 2010

Episode 29 ( ......................)

Hari sabtu lepas, pakcik aku buat majlis hari jadi anak dia kat cheras. aku gerak dengan family aku. semua saudara mara aku ada. ramai jugalah yang hadir masa tu. aku berbual dengan adik saudara aku najah. aku tanya dia pasal diet. sebelum nie aku ada tanya dia juga,tapi sejak akhir-akhir nie aku seperti lari daripada topic utama aku, aku dah tak jogging 30 minit setiap hari. tetapi adik saudara aku cakap kalau tak joggging pun tak apa, janji berdiri 30 minit dan goyang-goyangkan sedikit badan. aku tak tau lah benar ke tidak.tapi aku tak berdiri pun, aku setiap hari ke jamming studio bermain drum selama 1 jam. walaupun aku tak hebat bermain drum, tapi setiap hari aku berlatih. kaki dan tangan aku bergerak, itu yang penting.

lepas tu adik saudara aku cakap, kalau kita stress pun boleh jatuhkan berat badan. jadi aku rasa aku perlukan keadaan stress. sebab aku nak turunkan berat badan.walaupun stress jangan makan benda-benda yang berkalori tinggi, aku kena ambil kalori rendah ataupun tak ada kalori seperti air kosong..

malam tu aku gerak ke studio bermain drum,aku cari stress disana dengan memukul drum. sambil aku memukul-mukul aku tiba-tiba stress. aku rileks lagi. secara tiba-tiba aku terkenangan seseorang. sebab kawan aku main lagu cinta . daripada main lagu nirvana, greenday semua terus masuk lagu melayu yang cintan.

aku hilang tumpuan seketika. berapa pagi macam tu aku berlatih bersama bandmate aku untuk lagu yang kita orang nak buat recording. tiba-tiba aku sendiri yang terasa dengan lagu sepi yang aku buat. seperti aku relakan dia pergi untuk selamanya. walaupun hati aku berat nak lupakan semua nie.

aku balik rumah pun masih ada perasaan yang sama,apatah lagi aku bermain guitar classical aku.hati nie rasa tak bermaya, tapi perjalanan harus diteruskan. aku pun ke bilik lalu tidur.

entahlah.....

Sunday, January 17, 2010

Episode 28 ( recording )

Tadi aku dan lain buat test drum untuk lagu sepi, sumpah aku cakap aku tertarik dengan bass yang lone mainkan diikuti Metronom dan drum yang syafiq main dan efect yang joe kasi pimjam. aku dengar tadi masa recording drum membuatkan aku tiba-tiba touching sementara.Bukan aku nak promot lagu aku sendiri, tapi ini ialah cerita aku dan riaksi aku masa tadi.

Bila aku sampai rumah, secara tiba-tiba aku rasa macam nak cakap perkataan sayang kat seseorang. tapi entah kenapa aku terfikir nak cakap macam tu. rasa tak ada motif pun ada. entahlah.

aku nak cakap sayang tu kat kepada hasil penciptaan lagu yang aku buat untuk dia.tapi aku rasa aku tak mampu. sebab sayang nie bukan harganya murah.

entahlah, aku rasa aku perlu deritakan perasaan aku balik untuk recording nie. aku harus cari kelukaan untuk aku mennyanyi lagu nie dengan kesedihan yang telah dicampurkan dengan bunyi drum yang bagi aku masa chorus dia agak kena dengan perasaan. bunyi bass yang sedap untuk dihayati tapi tak campur bunyi guitar dan solo lagi.

tapi cukup sekarang nie aku ada sedikit terasa sesuatu walaupun aku tak ada usha sesiapa lagi.

kuatkan azam untuk tahun nie agar aku tak kecundang kesemuanya

Thursday, January 14, 2010

Episode 27 ( salah besar - otam )


Lagu;Salah besar
engkau dah buat salah besar,

Tapi kau tak nak ngaku,

kekalahanmu itu, kerana ego batu,

jangan disimpan lama lama,

dalam bekas yang penuh cuka,

takut nanti ja`atuh pecah,

terbarai rahasia,

takut tersempit ditengah malam,

jiwa meronta melakukan haram,

jaga diri sikit,

kapal dah nak karam,

jangan pula lupa kawan kau didalam,

walaupun kau campur gula,

walaupun kau campur garam,

tak dapatku menupah rasa,

pahit kisah silam,

menghantui,

mengekori ,

kau selamanya-selamanya luka yang dalam ,

mengusuri ,

menyakiti,

kau selamanya-selamanya



Wednesday, January 13, 2010

Episode 26 ( aku marah kerana.......................)

Aku marah ada sebab , aku diam ada sebab. Apa aku buat didunia nie semua ada sebab, daripada tidur mahupun aku terjaga.

Setiap hari aku berfikir pasal diri aku nie, apa nak jadi suatu hari nanti, apa kerja yang aku akan kerja tetap, apakah kejayaan yang paling besar aku capai, semua tu aku fikir. tapi bila aku nak mulakan impian aku tu.

fikirkan balik, ramai yang aku buang dari hidup aku. terutama sekali golongan hawa. fikirkan baliklah ( hehe ) . bila aku duduk makan tadi sorang-sorang aku tiba-tiba terfikir dari awal hinggalah yang terakhir nie.

tapi ada yang datang balik, tapi aku buang juga mereka dalam hidup. sebab aku rasa tak ada gunanya lagi. cara aku seperti ego, tapi aku cuma nak mereka tahu apa yang aku rasa. ketahui kenapa, fikir kenapa.

tapi sayangnya aku rasa tak ramai orang yang berfikirkan macam tu. daripada kawan aku termasuklah golongan hawa yang aku tengah cakapkan nie.tapi yang fikirkan balik aku rasa hanya alia saja. tapi salah aku sebab aku pada waktu tu tak berfikiran panjang. jadi aku sendiri yang putus semua nie.

entahlah, secara tiba-tiba aku terfikir pasal nie.

Tuesday, January 12, 2010

Episode 25 ( sekatan jalan raya )

Sejak kes gereja kena bakar oleh manusia siapa pun tak tahu, banyak road block dijalan raya. aku cuma nak cakap, bodoh betul manusia yang bakar gereja. tak agak-agak langsung. kalau marah pun janganlah sampai membakar gereja. aku pun agak marah juga dengan keputusan dari hakim . Aku rasa manusia nie tak ada otak dan bangang, berfikiran cetek macam binatang sampai bakar gereja. Daripada aman terus tak aman. aku ingatkan 2010 tak adalah apa-apa terjadi. aku harapkan 2010 tenang saja, tapi rupanya tidak. baru masuk 2010 dah buat hal. sedih betul aku.



apa- apa pun Terima kasih kat fareez sebab letakkan lagu nie kat you-tube. aku pun tak tahu macam mana nak edit2 benda nie masuk kat dalam youtube. sorry kalau vocal agak terabur dan tak sedap.
ini ialah lagu band aku yang kedua selepas lagu saban hari. tapi semua orang suka lagu nie jadi aku promotkan lagu sepi nie dulu kat sesiapa saja yang nak dengar. perancangan band aku masih lagi didalam sususan meeting sesama band, yang terlibat mahupun tak terlibat. siapa boleh kasi idea, itu kami terima.kalau tak boleh tu, cuba kasi boleh =) .

Terima kasih

Monday, January 11, 2010

Episode 24 ( mixxer )

Ini ialah gambar mixxer kalau nak buat recording. tapi ini yang kecil punya. aku tak pandai sangat nak terangkan benda nie apa sebenarnya. aku sekarang nie tengah buat recording lagu. agak payah juga kalau nak buat recording trak by track. sebab nak ikut tempo. lagu aku tempo dia 120 macam tulah tadi joe uruskan.

lone sebagai guide utama, sebab aku dengan ryota tak hebat lagi nak handle benda-benda macam nie. benda nie ada 8 out put. aku tak tahu lah kalau basic ada berapa. tapi kalau nak record drum dia pakai 8 output. guitar 1 saja. tapi kalau live aku tak tahulah kena ada berapa.

dulu aku buat live, 3 guitar dia pakai , 1 mic vocal , aku rasa yang lebih kat drum. semua sekali ada 8 output.

thanks joe sebab sudi buat recording band aku....

aku agak tak puas hati dengan keputusan anugerah juara lagu yang ke 20 berapa tah aku lupa. aku tak puas hati dengan keputusan yang juri. macam mana black tak boleh menang? sepatutnya black yang menang, dengan vocal nyaring dia dan sikit pun tak ada cacat yang dibawanya tadi?. aku cukup tak puas hati dengan keputusan. sepatutnya black yang menang, dan aku rasa ini semua politik muzik.

aku tak faham, tahun nie sebenarnya juri anugerah juara lagu cari juara yang macam mana? kalau ikutkan lagu pergi dengan dan sebenarnya, lebih sama saja. tapi yuna aku rasa berhak dapat no 2 sebab cara dia yang rileks. kalau aku cakap no 1 tak mungkin. sebab lagu dia rileks.

kalau ikutkan pula persembahan. aku ingatkan bunkface, tapi rupa-rupanya aizat. aku no comment, sebab persembahan aku lihat bunkface, aizat dengan hujan memang gempak.

apa-apa pun aku bukan juri pada malam tu, aku cuma manusia biasa. aku tulis dari segi pandangan aku. apa aku lihat dan rasa.

=)

Thursday, January 7, 2010

Episode 23 ( tetapkan tarikh dan masa )

Hari khamis lepas, aku teman mak aku jumpa doktor. alhamdulilah sihat mak aku. lepas tu aku keluar nak beli makan. aku terjumpa kawan lama aku sham kat area kawasan perumahan setelah aku hantar mak aku balik. aku keluar dengan sham dan lepak kat ss14 medan selera. aku makan mee kari cina dengan asam laksa aku bungkus untuk mak aku. sedap pakcik tu buat, tapi jangan risau.dia dapat sijil halal. ramai juga orang melayu makan kat kedai dia. jadi aku tak ada rasa was-was, lagi pun susah aku nak jumpa orang melayu sendiri masak mee kari atau asam laksa.

Aku dan sham agak dah lama tak jumpa, rasanya adalah dekat 2 tahun atau 3 tahun setelah sham berhijrah ke johor. malangnya sham tak kerja lama kat sana sebab mak dia sakit, jadi dia terpaksa balik sini dan jaga mak dia. sham nie kawan karib dan sahabat lama aku semasa aku sekolah menengah. sham nie kawan satu perumahan aku, masa tu aku, sham dan adam memang tak dapat dipisahkan, seperti cerita bujang lapok.

Aku cerita apa aku buat selama dia menghilang 2-3 tahun. aku cerita juga semua apa yang telah terjadi dalam hidup aku. sham kata "tak ubah seperti dulu" hahaha, maksudnya dari dulu sampai sekarang aku nie tak pernah ada awek sendiri. tapi tak mengapa kata aku, sebab aku nak rehat untuk mengusha orang selama 1 tahun, sham gelak je apa aku cakap. tapi aku kata, kalau tiba-tiba hati aku terbukak untuk perempuan tu, aku harapkan yang terbaik untuk dia.

lama jugalah aku lepak dengan dia, mau dekat 2-3 jam juga selepas aku hantar mak aku pulang ke rumah. lama juga mak aku tunggu makanan daripada aku. minta maaf mak heheh!!

Esok harinya jumaat, aku bangun dengan semangatnya. aku nak buat recording tapi malangnya kawan aku joe, tertinggal hpnya di pejabat dan dia tak sempat nak buat recording untuk band aku.malam sabtu aku lepak dengan joe, lone , ryota, dan ramai lagi. aku bincang pasal recording.

banyak artis rock nie mati pada usia muda. 27 tahun setiap artis yang glamor mesti akan mati, tapi cuma seorang saja yang mati pada usia 28 tahun. aku, joe dan ryota agak cuak-cuak suam kuku sebab kami nie rock hahah. tapi tak adalah fames lagi.cuma ini apa joe dan ryota nampaklah.

Malam tu juga aku gerak ke genting highland dengan sharil, hanip dan faizal. hanip ada ticket lebih. dia dapat ticket tu berharga RM20.00 daripada abang dia. ofice abang dia ada buat hari keluarga dan siapa nak pergi kena bayarlah.tah aku pun tak faham macam mana. pada mulanya aku tak nak pergi sebab aku nak tumpukan pada recording, tiba-tiba joe tak jadi sebab kawan dia hari ini (sabtu) kahwin. aku pun ok lah. esok ahad pagi mulakan operasi. kita orang gerak ke genting pada pukul 3 pagi tak silap. sampai sana dalam pukul 3-4 pagi macam tu dan tidur kat parking area.

dalam pukul 7.30 pagi kabel car genting mula buka. aku pun naik lah. kalau ikutkan aku, lagi gayat dan lagi laju kat langkawi punya, tapi kalau ikutkan panjang, rasanya macam genting. memang aku suka naik benda-benda macam nie. asalnya memang cuak tapi akhirnya ok.

Dah lama aku tak main rollercoster, pergh!! aku agak kecut telur.tapi itu tak ganas lagi. aku main sikit je kat sana.sebab aku rasa entahlah. tak ada mood secara tiba-tiba lepas tu rasa mengantuk tahap cipanzi. aku hanya main roller coster, jet apa tah, go-kart Movie 3-D apa tah. aku dapat All-park .

kita orang gerak pulang dalam pukul 3-4 petang macam tu. aku sampai saja rumah terus tumbang. aku tak tahan dengan mata aku yang rasa nak lebab. jantung aku rasa nak gugur. sekarang aku baru bangun tidur dalam pukul 9 malam tadi. Sekejap lagi aku akan ke studio untuk berlatih pasal recording. 5 lagu aku kena pilih.

Aku tahu lagu sepi memang akan kita orang recording, cuma kali ini aku perlu ambil satu perasaan untuk aku mennyanyi. sebab aku rasa, aku sudah tak ada perasaan feeling untuk nyanyi lagu yang aku ciptakan.

mungkin aku akan recording lagu, sepi , tipu daya , akan ku kejar , ragu dan hindar . tapi tengok macam mana. joe kata kalau cepat dapat buat banyak. harap-harap dapatlah banyak walaupun budjet band aku tak seberapa besar.

Wednesday, January 6, 2010

Episode 22 ( suatu ketika dahulu )





Pada pukul 1 pagi tadi, salah seorang kawan aku letak lirik lagu nie, secara tiba-tiba aku tulis
"weh kau nyanyi lagu my sacrifice ehy?" tapi dia tak jawab comment aku balik.maybe dia keluar kot.

Bila dia letak saja lagu nie, aku terus bukak youtube dan dengar lagu nie. lagu nie tak silap aku, 1st time aku dengar masa aku form 2. lagu nie masa tu aku tengah bergaduh dengan seorang awek yang nama dia alia. yeah, aku ingat lagi kisah-kisah aku. sampaikan abang aku akmal pun tahu pasal dia.

tapi sayangnya aku terputus hubungan dan ada sedikit masalah peribadi dengan dia.masalah peribadi tu seperti soal agama.jadi aku sendiri yang memutuskannya.tapi bila aku putuskannya aku rasa hilang arah waktu tu.

Dan dari situlah aku dia mengajar aku satu perkara. "apa yang kita lepaskan, itulah akhir kata".
bila aku dengar lagu nie, memang aku akan ketawa. ketawa kenangan hehe.

Friday, January 1, 2010

Episode 21 ( Selamat tahun baru dunia )

Pada hari ini, aku telah terjaga untuk hari baru dan bulan baru. cacatan untuk aku 1 tahun yang lepas telah pun berakhir. kini perjalanan bermula sekali lagi, cuma aku yang menentukan semuanya.

aku sambut tahun baru dekat kelana jaya, dataran glomac. aku lepak kat kedai kopitiam, memang superb lah tokey kedai tu pasang bunga api, mau dekat 30 minit bunga api terbakar diatas udara kelana jaya. kenapalah kat ss14 sana tu banda sunyi sepi macam tanah kosong?

lepas aku sambut tahun baru, kononnya nak bernyanyi.tapi bilik penuh,akhirnya aku, faizal, blur,sharil dan aiman gerak ke studio. aku rasa kita orang datang studio dalam pukul 3 lebih, balik pukul 10 pagi. memang aku tidur 2 jam saja. kiranya aku tadi masih lagi didalam tahun 2009. sebab aku tak tidur lagi walaupun aku cuma menyambut kedatangan bulan baru dan tahun baru =) .

tadi aku makan nasi agak banyak, shit. aku rasa aku patut buang dan ubah tabiat aku tu. aku kena ikut jejak langkah aku 2 bulan lepas.
nak kurus ,
tapi aku seperti hilang tumpuan,
hilang sesuatu yang penting.
sesuatu yang penting aku pun tak tahu apa sebenarnya.......