Saturday, February 18, 2012

Episode 250 ( shiro putih )


Assalammualaikum wbt

dan ia beraksi.

Wednesday, February 15, 2012

Episode 249 ( jaga hati pun jaga hati, tapi siapa nak jaga hati saya? )

Assalammualaikum wbt

Berkenaan dengan blog yang sebelumnya, beberapa minggu yang lepas, akhirnya ada juga orang yang ingin datang melihat keadaan yang sebenarnya. Aku cukup geram sebenarnya, tapi yelah, seperti kata dari seseorang " itu rumah buruk , kereta buruk , motor buruk dan semuanya buruk " ok lah , aku mengaku, aku berikan semuanya buruk ketika suatu masa dahulu keadaan rumah itu sangat cantik dan teratur.

Bagaimana akal aku yang bodoh dan bengap ini dapat ingat apa yang pernah setiap orang katakan dulu. jadi aku malas nak bertekak, cuma aku kecewa dan pasrah lah. Disebabkan kesakitan dia, aku mengerti dimana puncanya.

aku masih ingat, suruh aku masuk rumah dengan memakai kasut? ... "kasut?" kita sebagai orang islam, dan bangsa melayu, apabila memasuki rumah sendiri atau rumah orang, lebih baik kita membuka kasut atau selipar, cuba fikirlah, dimana tempat untuk kamu solat 5 waktu sehari ? selipar / kasut kita nie setiap hari memijak benda-benda yang kita tak nampak, adakalanya terpijak najis, kalau pijak najis, orang sekarang tak samak balik, dia cuma gesel kat dinding dah lah.

aku cuma terkilan sangat-sangat. sebenarnya tak kisah sama ada lelaki atau perempuan, kalau dah ada rumah, kita tetap kena bersihkan juga, kena cucikan juga. bukan membiarkan dalam keadan yang sangat-sangat.....hmmmm tengok gambar bawah, fikirlah nak cakap dalam keadaan yang sangat-sangat apa..terpulanglah kepada anda.

Sebenarnya pun, tak salah kalau nak jaga 10000 ekor kucing, belalah banyak mana anda mahu, tapi jangan buatkan bau tu melekat sana sini.

Sejenak aku lalu dikawasan rumah tersebut, aku sempat menjenguk rumah-rumah orang lain, ada orang , rumahnya sama seperti rumah aku disetapak, tapi sayangnya perbezaan jagaannya lebih baik dari rumah aku.

seperti aku cakapkan sebelum nie, kalau bagi rumah kat orang miskin, insya allah dia akan jaga rumah itu sebaik-baiknya, sebab dia tahu itu akan jadi tempat tinggalnya, tempat berteduhnya daripada hujan dan panas, jaga tempat najisnya, agar dia tahu kebersihan tempat utama.

dan terima kasih atas sesiapa yang datang melawat , tetapi akhirnya menjadi pertolongan angat barang-barang yang dikatakan sikit je . dan kepada yang tak nak datang dan rasa menjaga hati, well, heheheheeh =) i see i see i see ... saya berpegang kata-kata saya semasa di the curve , sayalah orang yang ingin menyatukan balik dan orang yang ingin mengajak, dan akulah juga orang yang pecahkan zaman kegemilangan aku hanya untuk perkara ini. dan inilah yang aku dapat.. apa-apa pun mereka...well done...dan aku tersilap langkah dan tak apa , tak touching walaupun ayat nampak touching, cuma aku harap fikir je lah.. =)