dari urusan keluarga, aku sedang berfikir tentang akan kakak aku yang berada dijepun dan tahun nie dia bakal akan berkahwin. tapi kakak aku tu sekejap cakap ia sekejap cakap tak nak, kau pun tak tahu apa yang sebenarnya dia nak. bagi aku benda yang elok baik jangan ditangguh-tangguhkan sebab kahwin dapat menghindari daripada berzina dan lain-lain.
dari urususan peribadi aku, aku sedang berfikir tentang dari segi, kerjaya aku, usia aku, recording aku, kereta aku, computer aku, handphone aku yang dah rosak bila aku bercakap orang tak dengar, aku nak guitar, bila aku akan mula kerja. semua tu masih didalam kepala aku.
aku cuba hendak jadi yang terbaik untuk diri aku tahun nie, banyak masalah yang sentiasa melanda aku dari tahun ke tahun.
dari segi kawan pula, aku dah fedup dengan sesetengah orang, janji tinggal janji, jangan kerana setitik perkara hancur semua didada. aku tak faham apa kejadah dengan manusia seperti nie, dah berapa tahun berkawan dengan aku, tapi tiba-tiba aku jadi macam nie, terus macam tak endahkan aku, tak mengapalah. aku tak kisah pun jika terjadi situasi macam nie, cuma aku tak faham kenapa, bagi aku kalau dia kawan aku, apa jua situasi pun tetap bersama. kadang-kadang aku rasa sedih juga, sebab terjadi macam nie, walaupun ada kawan aku yang buat masalah antara sesama kita orang, tapi aku still cuba merapatkan keadaan dan situasi, tetapi bila aku sendiri yang terjadi, hah. haram jadah. kosong. so bagi aku, siapa kawan aku dah tahu, aku rasa aku nie seperti hanya orang bodoh yang terhegeh-hegeh nak berkawan manusia seperti mereka.
cuma aku bukan lagi manusia dibawa harian mereka, biarlah kawan aku yang tersangkut dengan harian mereka. sedarkanlah keadaan tu sedikit, tak kan orang dah baling batu kat kita masih lagi kita nak kena baling batu. masih banyak lagi kat luar nie.
kadang-kadang aku rasa berat diri aku nie memikul setiap situasi keadaan disekeliling. tapi bagi aku, walaupun aku hilang sesuatu dalam hidup, suatu hari nanti akan tumbuh yang baru dan lagi hebat daripada sekarang. siapa tahu akan terjadi. aku tak marah setiap apa yang terjadi cuma aku benci bila ia terjadi. sebab aku pun manusia seperti manusia-manusia yang lain. setiap hari ada memikul sesuatu dibahu.
No comments:
Post a Comment