Bila tiba masanya, apa yang kita gengam dan apa yang kita capai akan kita tinggalkan. bergitu juga dengan aku suatu hari nanti. akan terbang meninggalkan semua apa yang aku telah cuba dalam hidup aku.bukan maksud aku gagal dalam kehidupan, tidak cuma aku perlu tinggalkan impian aku jika tidak mahu terbabas dilandasan yang sama setiap hari.
semua orang ada impian masing-masing, bila mereka cuba gapaikan impian masing-masing semua mesti ada matlamat. matlamat utama aku sekarang ialah mengenai band kugiran aku. daripada awal band aku sekarang band ke dua aku pinguin. apa gunanya jika aku ada lagu sendiri dan band sendiri jika tak boleh capai sesuatu yang aku mahukan?. aku bukan mencari glamor tapi aku mahu orang tahu itu lagu aku dan band aku. aku tak kisah jika orang tak kenal aku, cuma aku mahu orang tahu itu hasil karya aku.
daripada band pertama aku sejak aku habis sekolah 2004 sehingga sekarang. berapa banyak lagu yang aku telah ciptakan tapi satu pun tak keluar daripada kawasan yang aku inginkan. rasa lagu tu seperti didalam kawasan yang sama. aku pernah rasakan perasaan seperti ini beberapa tahun lepas, dan aku tahu akibatnya. semua chord guitar dan lagu yang pernah aku main, semuanya aku lupa.
kalau tahun nie aku tak membuat sesuatu dengan apa yang aku telah lakukan, aku seperti ingin angkat kaki meninggalkan bidang ini, sebab aku tak tahu dimana untuk cari gig dan show-show ditempat lain. semua orang ada cita-cita untuk persembahkan band kugiran mereka, tapi aku hajat aku besar seperti gunung walaupun aku tak berapa pasti aku akan kecapinya atau tidak. sebab industri muzik dimalaysia tidak seperti pada zaman 80`an dan 90`an dimana adanya konsert-konsert seperti wings, seacrh, ella dan lain-lain.
Didalam fikiran aku sekarang hanya ada pasal band aku, bertapa sayangnya aku dengan band aku, dan aku sayangkan kawan-kawan yang sentiasa support aku daripada belakang walaupun tak sebesar manapun. sebab tanpa diorang tak mungkin akan bergerak.
merancang adalah sesuatu yang penting. arrangement muzik pula penting sebab untuk tarik perhatian orang yang nak dengar. banyak yang aku kena fikirkan pasal band nie, bukan aku sorang saja yang fikir, ryota ,lone , syafiq juga fikir untuk unikkan pinguin.
apa-apa pun tahun nie aku dan lain akan cuba keluar kan 2 lagu dahulu daripada 8 lagu yang cadang nak keluarkan. sepi dan tipu daya saja yang akan keluar dulu. itu perancangan. joe sebagai recod lagu aku dia kata keluarkan 3 tapi dengan gaya dia yang sibuk aku rasa buat 2 dulu. sebab lone cakap, kalau dapat keluar 2 pun dah jadi. aku ikut majoriti, apa-apa pun kita orang seband harus sependapat sebab siapa tahu mahu mengejar seuatu yang rasa dah lama didalam satu kelompok dimana kelompok itu dinamakan tersekat didalam studio. sentiasa main lagu sendiri tetapi tidak keluar tunjukan bakat kepada orang ramai.aku tahu perasaan segan, malu dan cuak akan ada.
entalah, hanya untuk tahun nie sahaja
Duelo de dragones 2005 Peliculas completas online Spanish
-
[image: Duelo de dragones]
* Reloj Duelo de dragones Pelicula Completa (2005) *pelicula en online
latino La rivalidad entre las tríadas y la policía de H...
6 years ago
No comments:
Post a Comment