Friday, November 11, 2011

Episode 243 ( bertudung tetapi masih nampak aurat? )

Assalammualaikum wbt,

Manusia, kiri kanan atas bawah, sentiasa akan salahkan bumi, dan manusia yang salahkan bumi dan alam adalah manusia yang tidak tahu bersyukur dan tidak tahu menghargainya. setiap hari aku mendengar pakai tudung dah menjadi satu trend dizaman sekarang, alhamdulillah, mereka sudah tutup aurat dikepala mereka yang sentiasa bebas itu, namun disebaliknya aurat mereka masih lagi ternampak, iaitu bentuk badan.

Kalau manusia hanya pakai tudung ikut trend, tetapi tidak ikut agama, maka niat dari hatinya ada dua perkara sahaja, pertama adalah untuk menunjuk, kedua , dia memang nak pakai tudung, tapi dia suka berfesyen.

perempuan lebih kearah fesyen, perhatikan cara tudung mereka, ada yang pelbagai-bagai gaya dan bentuk, bulat, lonjong, besar, lipis, pakai tudung macam anak tudung dan sebagainyalah. tapi boleh ke pakai tudung dengan cara bergitu? itu menjadi tanda persoalan, aku masih meragu-ragu dengan cara pemakaian tudung seperti itu, sebab dalam kefahaman aku, pakai tudung adalah untuk menutup aurat kepala sampai ke dada, jawapanya tudung labuh.

Ramai dikalangan manusia pakai tudung, tetapi leher masih nampak. ( kata nak tutup aurat tetapi leher masih nampak? ) kemudian, pakai tudung, tapi yang bawahnya ditarik keatas , jadi nampaklah baju yang dipakainya dengan buah dadanya ( kalau buah dada besar, nampak lah bentuknya, kalau yang kecil pun agak-agak timbul juga bukan? ) . jadi dimana kesilapan manusia aka perempuan aka kaum hawa dalam cara pemakaian tudung yang sebenarnya?

saban hari aku melihat manusia, bertudung, tapi pakai masih ketat sana sini, bertudung dan ekornya kebawah, tetapi bawahnya hanya menutup laluan tengahnya, tidak menutup laluan kanan dan kirinya. Nampak tak fungsi tudung labuh?

adakalanya pakai tudung, tapi berpakaian baju lengan pendek, adakalanya diluar betudung, tetapi kalau kawan lelaki datang rumah, tak pakai tudung? ( ini pun ada ) , jadi kat mana kesilapan kaum lelaki sebagai pendidik keluarga?

jangan salahkan keterunan ataupun bapak kepada bapak kita, sebab seingat aku dalam al-quran ada berkata, "apakah orang-orang yang terdahulu adalah lebih beriman daripada kamu? " dan aku dah lupa surah apa, tetapi aku sentiasa ingat ayat ini sebab ayat nie berkaitan dengan iman seseorang.

jadi bagaimana nak hilangkan budaya yang pakai tudung ini adalah trend? dan pakai tudung adalah fesyen dizaman seperti ini? apakah niat telah disongsangkan atau pakai hanya semata-mata untuk menutup mulut orang kiri dan kanan?

aku tahu, ada dikalangan wanita, dalam hal seperti ini, mereka pakai tudung hanya kerena allah swt, takutkan neraka. itu adalah niat yang paling tepat, tapi apa-apa pun lihat sekali lagi didalam bab pemakaian kita, kadang-kadang niat kerana allah taala, tetapi baju dan seluar ketat.

Dan aku rasa, banyak baju yang besar-besar diluar sana, baju lengan panjang, baju yang cukup umur dengan kita, tak payah umur 20 tahun, pakai baju adik yang usia 10 tahun, kalau yang umur 30 tahun dia nak pakai baju adik dia yang usia 5 tahun. cukup-cukuplah tu, penat allah swt berikan kita ilmu dalam pelbagai bidang, terutama sekali dalam ilmu membuat baju dan membuat kain tetapi apa yang kita pakai sekarang nie, adalah lebih ketat daripada dahulu, zaman kita anak-anak, mak bapak beli pakaian yang berlonggar, agar esok masih boleh pakai lagi, sekarang anak, lebih gemar pakaian semalam hari daripada esok hari yang akan longgar.

jadi pilihan untuk esok hari, adalah didalam diri kita sendiri. wallahualam