Hari khamis lepas, aku teman mak aku jumpa doktor. alhamdulilah sihat mak aku. lepas tu aku keluar nak beli makan. aku terjumpa kawan lama aku sham kat area kawasan perumahan setelah aku hantar mak aku balik. aku keluar dengan sham dan lepak kat ss14 medan selera. aku makan mee kari cina dengan asam laksa aku bungkus untuk mak aku. sedap pakcik tu buat, tapi jangan risau.dia dapat sijil halal. ramai juga orang melayu makan kat kedai dia. jadi aku tak ada rasa was-was, lagi pun susah aku nak jumpa orang melayu sendiri masak mee kari atau asam laksa.
Aku dan sham agak dah lama tak jumpa, rasanya adalah dekat 2 tahun atau 3 tahun setelah sham berhijrah ke johor. malangnya sham tak kerja lama kat sana sebab mak dia sakit, jadi dia terpaksa balik sini dan jaga mak dia. sham nie kawan karib dan sahabat lama aku semasa aku sekolah menengah. sham nie kawan satu perumahan aku, masa tu aku, sham dan adam memang tak dapat dipisahkan, seperti cerita bujang lapok.
Aku cerita apa aku buat selama dia menghilang 2-3 tahun. aku cerita juga semua apa yang telah terjadi dalam hidup aku. sham kata "tak ubah seperti dulu" hahaha, maksudnya dari dulu sampai sekarang aku nie tak pernah ada awek sendiri. tapi tak mengapa kata aku, sebab aku nak rehat untuk mengusha orang selama 1 tahun, sham gelak je apa aku cakap. tapi aku kata, kalau tiba-tiba hati aku terbukak untuk perempuan tu, aku harapkan yang terbaik untuk dia.
lama jugalah aku lepak dengan dia, mau dekat 2-3 jam juga selepas aku hantar mak aku pulang ke rumah. lama juga mak aku tunggu makanan daripada aku. minta maaf mak heheh!!
Esok harinya jumaat, aku bangun dengan semangatnya. aku nak buat recording tapi malangnya kawan aku joe, tertinggal hpnya di pejabat dan dia tak sempat nak buat recording untuk band aku.malam sabtu aku lepak dengan joe, lone , ryota, dan ramai lagi. aku bincang pasal recording.
banyak artis rock nie mati pada usia muda. 27 tahun setiap artis yang glamor mesti akan mati, tapi cuma seorang saja yang mati pada usia 28 tahun. aku, joe dan ryota agak cuak-cuak suam kuku sebab kami nie rock hahah. tapi tak adalah fames lagi.cuma ini apa joe dan ryota nampaklah.
Malam tu juga aku gerak ke genting highland dengan sharil, hanip dan faizal. hanip ada ticket lebih. dia dapat ticket tu berharga RM20.00 daripada abang dia. ofice abang dia ada buat hari keluarga dan siapa nak pergi kena bayarlah.tah aku pun tak faham macam mana. pada mulanya aku tak nak pergi sebab aku nak tumpukan pada recording, tiba-tiba joe tak jadi sebab kawan dia hari ini (sabtu) kahwin. aku pun ok lah. esok ahad pagi mulakan operasi. kita orang gerak ke genting pada pukul 3 pagi tak silap. sampai sana dalam pukul 3-4 pagi macam tu dan tidur kat parking area.
dalam pukul 7.30 pagi kabel car genting mula buka. aku pun naik lah. kalau ikutkan aku, lagi gayat dan lagi laju kat langkawi punya, tapi kalau ikutkan panjang, rasanya macam genting. memang aku suka naik benda-benda macam nie. asalnya memang cuak tapi akhirnya ok.
Dah lama aku tak main rollercoster, pergh!! aku agak kecut telur.tapi itu tak ganas lagi. aku main sikit je kat sana.sebab aku rasa entahlah. tak ada mood secara tiba-tiba lepas tu rasa mengantuk tahap cipanzi. aku hanya main roller coster, jet apa tah, go-kart Movie 3-D apa tah. aku dapat All-park .
kita orang gerak pulang dalam pukul 3-4 petang macam tu. aku sampai saja rumah terus tumbang. aku tak tahan dengan mata aku yang rasa nak lebab. jantung aku rasa nak gugur. sekarang aku baru bangun tidur dalam pukul 9 malam tadi. Sekejap lagi aku akan ke studio untuk berlatih pasal recording. 5 lagu aku kena pilih.
Aku tahu lagu sepi memang akan kita orang recording, cuma kali ini aku perlu ambil satu perasaan untuk aku mennyanyi. sebab aku rasa, aku sudah tak ada perasaan feeling untuk nyanyi lagu yang aku ciptakan.
mungkin aku akan recording lagu, sepi , tipu daya , akan ku kejar , ragu dan hindar . tapi tengok macam mana. joe kata kalau cepat dapat buat banyak. harap-harap dapatlah banyak walaupun budjet band aku tak seberapa besar.
No comments:
Post a Comment