Tengkuk aku sakit-sakit, lepas tu tiba-tiba sakit kepala, hilang tumpuan seketika. aku tak tahu kenapa.Ikutkan hari nie aku tak tidur lagi daripada pukul 3 pagi sampailah sekarang. aku hanya tidur 2 jam sahaja. aku terjaga dari tidur sebab tiba-tiba ada orang call aku, rupa-rupanya Ryota.
Dia ajak berlatih untuk persediaan recording, joe pun suruh band aku berlatih. Dia macam bersusah payah nak buat recording dengan kita orang. tapi aku pun tak tahu apa yang sebenarnya aku fikirkan.
Jamming dan jamming, tiba-tiba kita orang tak berlatih lagu yang dulu, secara tiba-tiba main lagu baru. what a heck dude!!! .. aku ikut saja, tapi tak bolehlah kalau buat macam nie, sebab kena berlatih juga walaubagaimana cara pun.
aku dengan lone berbincang pasal topic nie, lone agak kecewa sebab tak berlatih dengan betul-betul. aku teringat zaman ujang, masa tu aku dengan band aku berlatih 1 lagu saja dekat 30 minit. kadang kalau main gig, 4 lagu akan berulang-ulang sampai perfect dan buat puas hati.
aku rasa aku dah nak mula tertidur, mata aku dah berpusing-pusing
No comments:
Post a Comment