Wednesday, September 8, 2010

Episode 64




Lagu nie ada sedikit cacatnya, tapi aku buat dari apa aku rasa masa tu. walaupun aku tak tahu bagus atau tidak.aku perlukan orang yang sudi nak memberi pandangan. dulu dia kata, aku tak pernah buat lagu untuk dia. kini apa dia minta dari aku. telah aku tunaikan walaupun aku rasa dia tak tahu

Monday, September 6, 2010

Episode 63 ( Hari raya yang semakin hampir )

Hampir sudah tibanya menjelang hari raya, dan pada tahun ini aku tidak dapat mentafsirkan apa-apa lagi. abang aku dah kahwin dan ada anak, jadi, pada tahun ini dia beraya dirumah ibu mertuanya buat pertama kali. Kakak aku pula berada dijepun melanjutkan pelajarannya disana. kini hanya tinggal aku dan abang aku seorang saja. Bagi mak aku raya tahun ini dia merasa kesunyian sedikit, kerana yang ada hanya 2 orang anaknya daripada 4 orang.

Aku juga bergitu, merasa sunyi apabila dulu sebelum raya, aku dan adik beradik aku akan balik raya bersama-sama, membuat lawak yang tak disangka didalam kereta. macam abang aku akmal, dia jarang bercakap dan membuat lawak. tapi bila didalam satu kereta semua akan terkeluar, kakak aku daliza pula, dia kadang-kadang suka ketuk kepala aku, abang aku danial seperti biasalah. dia yang bawa kereta dan aku bersama dia akan usha-usha awek yang didalam kereta sebelah. kini dia pun dah berkahwin dan ada anak.

bagi aku itu semua perkara yang lepas, aku dapat juga merasa kebahagian adik-beradik didalam kereta menuju ke kampung aku yang terletak di perak kuala kangsar padang asam batu 18. tabiat aku dan adik beradik aku sebelum balik ke kampung mesti akan berbuka diluar , kali terakhir aku dan adik beradik aku berbuka diluar beberapa tahun yang lepas. masa aku tingkatan 3 atau 4. waktu itu di one utama. kita orang berbuka di kenny rogers.

selepas itu , kami semua berbuka di lebuhraya yang ada KFC. setiap tahun bergitu. ada juga pada tahun bila, hanya aku adik beradik didalam kereta. mak aku dah kami hantar awal ke kampung bersama pakcik dan makcik. jadi selama 4 tahun selepas kali terakhir itu. kami adik beradik sentiasa akan berbuka di kfc lebuhraya utara.( bukan dijejantas ok )

jika cerita pasal hari raya aku yang dulu, aku rasakan diri aku ini hina sangat, sebab aku rasa aku ini seperti kuli. setiap tahun menjelang hari raya. aku yang akan dipaksa balik ke kampung awal. dan akhirnya aku dipaksa oleh seseorang membuat macam-macam. apa gunanya jika kalau ada sedara tetapi tidak membantu? sampai sekarang masih sama, tetapi aku telah berjaya melarikan diri untuk balik ke kampung awal, sebab aku tahu, aku ada saudara yang ramai, jadi kenapa aku juga?

tetapi ada juga menyakitkan hati ini sebelum hari raya, tetapi aku redha saja dengan tingkah lakuannya itu. tetapi jangan sampai aku melepaskan api didalam diri ini.

jika itu cerita aku,ada juga cerita aku. mungkin aku pernah cerita diblong lepas aku. dulu penjualan bunga api tidak seketat seperti sekarang. dulu aku rasa senang untuk mencari bunga api. aku rasa setiap tahun aku akan bawa sebanyak 2 atau 3 kotak tamiya untuk stock bunga api. aku habiskan sebanyak RM 100 untuk bunga api sahaja.

bagi aku tak salah jika kita bermain bunga api daripada mercun. sebab bunga api tiada apa-apa masalah melainkan yang membelinya ialah orang tua yang tahu untuk menjaga keadaan bunga api. Kanak-kanak zaman sekarang mungkin sedikit ketinggalan dengan kemeriahan bunga api. tetapi aku heran, jika kalau bunga api diharamkan, kenapa cerita drama atau movie ada tunjuk bunga api? sebab bagi aku, ini juga mengalakkan anak-anak muda cuba untuk dapatkan seperti mana ia ditunjukkan didalam drama atau movie, jadi pihak kerajaan, fikirkan jika sesuatu tindakkan itu adalah betul atau tidak. sebab apa yang ditunjukkan didalam TV, semua orang mahu cuba, seperti rancangan masak-masak. walaupun cerita itu tidak ada tips ke apa. tapi bila orang tengok dia akan cuba untuk membuat sampai menjadi.

bila aku melonjak dewasa, aku keluar berbuka puasa ramai-ramai bersama kawan-kawan sekolah menengah aku. aku rasa perjumpaan ini hanya kekal selama 2 atau 3 tahun saja. pada awalnya semua seperti sekepala. bila masuk tahun ke 2 sudah nampak mula bezanya dan pada tahun ke 3 aku rasa ada yang segelintir akan berhijrah ke negara orang. jadi itu perjumpaan yang terakhir jika kalau masa ini panjang untuk kami. selepas tahun ini tiada lagi sampai sekarang sebab masing-masing ada haluan sendiri dan kerja-kerja yang harus diselesaikan.

dizaman kolej aku, aku rasa zaman paling lawak juga sebab aku bersama kawan baik aku disana kami terlupa nak tengok jam waktu bersahur. kami sahur pada pukul 6 pagi. semua mamai. yang tahu kami dah beli makan awal-awal sejak pukul 12.sebab kedai makan tutup pukul 3 atau 4 pagi. Ada juga segelintir kawan-kawan aku yang tidak berpuasa, biasalah budak-budak remaja kalau duduk asrama macam inilah jadinya, apatah lagi jika ada kawan agama lain. aku tak salahkan diorang, tetapi aku salahkan kawan-kawan aku. tapi itu cerita diwaktu zaman kolej.

diwaktu itu aku terlupa nak beli ticket balik ke selangor. kawan aku buat aku cuak, dia kata ticket balik selangor dah habis. memang aku tak percaya asalnya. aku buat cool. aku balik ke selangor 4 hari sebelum raya. dimana aku dengan tak beli ticket bas. aku selumber ke kaunter ticket nak ke kuala lumpur. asalnya semua memang dah habis. tapi alhamdulilah ada hamba allah nie nak tolak ticket dia.asalnya aku ingat ulat ticket sebab dia jual murah. jadi aku tak berapa pasti aku ajak dia ke kaunter bas. dan ticket tu memang sah halal dia beli dari kaunter. kalau jual balik kat kaunter harganya jatuh 50%. jadi dia tolak kat aku mahal skit daripada harga kalau dia tolak kat kaunter.aku tak fikir panjang.aku pun ambil.

didalam perjalanan aku aku bertolak dalam pukul 2 atau 3 petang macam tu. akhirnya aku sampai pada pukul 5 nak dekat 6 petang. Ya allah, ajaibnya aku dengan golongan manusia ini, julung-julung pertama kali LRT STAR kosong bagaikan aku boleh guling-guling. aku rasa tak mengapa, bila aku transit tukar kereta api naik LRT pula, itu memang aku sukar gile nak percaya. aku rasakan aku macam hidup didalam dunia lain. KOSONG gile. selalunya nak duduk punya susah.kalau aku dapat duduk pun hanya 1 perhentian saja, ini dari awal hingga akhir. aku sampai rumah dijemput oleh abang aku yang pertama danial.

bila tentang cinta pula.aduhai, teringat aku masa aku diwaktu csc. dimana aku kenal dengan seorang perempuan nie.tak sangka aku boleh termenitiskan air mata aku sebab dia. aku ingat lagi dimana aku rasa ditipu oleh seorang budak nie, jika kalau aku rasa aku tak ditipu oleh budak nie tak mungkin akan jadi macam ini. aku ingat juga dimana aku tawakalkan diri aku untuk memberi tahu perasaan aku dibulan puasa. aku buat keputusan untuk telefon terus dia dimalamnya esok dah raya. awalnya memang aku terkaku juga. sebab dia tanya kenapa dengan aku hari itu. aku buat keputusan yang susah. jadi aku pun bagi tahu, seperti biasa kalau orang macam nie. awalnya tak percaya. dan akhirnya percaya dan dia malu, dan aku rasa dia tahu kelemahan aku. Akhirnya dia bersama lelaki yang keluar bersama dengan dia. Budak Csc juga dengan aku. Sejak peristiwa tu, Budak lelaki tu macam cuba berbaik dengan aku. dan budak-budak csc aku panggil dia sebagai adik aku. walaupun hati aku sebenarnya sukar untuk berkata apa-apa tetapi hanya tuhan saja yang tahu.

Dan sejak itu, pelbagai cerita aku dengar dari orang tentang mereka berdua. ada yang suruh aku selamatkan perempuan itu. sebab laki tu suruh macam-macam. tidak seperti mana aku rapat denganya. bagi buat bodoh saja dengan orang yang berkata itu. aku hanya kata, itu pilihan dia, itu yang dia mahu, jadi biarkan. masa tu semua orang tak tahu perasaan aku kat dia. tetapi bila lama dan lama baru orang nampak, sampaikan officer kat atas tanya kenapa aku tak rapat seperti dulu dengan dia.

bukan aku tak nak tegur dia atau orang kata kenapa aku ego. tapi fahamkah apabila perasaan kita yang kita suka orang tu bersama dengan orang lain? apatah lagi jika orang itu yang tinggalkan kita , kita masih lagi mencari dia? aku biarkan dia dengan apa saja tindakkannya.

Aku rasakan setiap tahun dihari raya aku, ada pertistiwa disetiap hari aku. sama ada yang aku sendiri aku ukirkannya mahukan aku sendiri yang tinggalkannya =).

Aku harap sesiapa yang baca episode yang ini, aku ucapkan selamat hari raya adilfitri maaf zahir dan batin. jika ada yang terasa mahupun yang terseksa dengan aku. aku minta ampun dan maaf dari anda semua. aku manusia seperti manusia lain juga, punya hati dan perasaan, punya jiwa punya sifat, punyai tindakan sendiri mahupun alasan sendiri. kita manusia berbeza-beza. jadi fahamlah antara satu sama lain dihari yang akan datang.

Apa aku tulis kemarahan disini telah aku hilangkan dari diri aku, cuma mungkin aku segelintir daripadanya aku masih lagi terluka disini, dan masih lagi merasakan perit dengan sikapnya yang tidak bergitu matang dalam erti maksud kawan atas kawan.