Saturday, May 12, 2012

Episode 255 ( mula-mula tak menarik, lama-lama menarik )



Assalammualaikum wbt


Hari ini, berjalan-jalan, sambil melihat awan, matahari, pokok , rumput dan daun-daun yang berguguran. Dan hari ini , bercerita tentang sesuatu yang aku tak mampu nak lakukan.
Iaitu menjadi aku sekali lagi. Kemampuan aku , secara amnya, aku rasa , hancur. aku hancur sebab, aku tahu siapa diri aku , dan aku terperdaya dengan syaitan.

cuba untuk mengawal kemarahan, tetapi , akhirnya ditewaskan. untuk belajar bersabar, tetapi akhirnya aku ditewaskan, dan aku bukan manusia yang sempurna, tetapi aku cuba belajar mengawal keadaan. tetapi aku tidak suka bila perasaan mengawal diri, seperti mana Hulk berubah.

Beberapa minggu yang lepas, aku telah tukar seat kereta, aku minta 2 rakan temani aku. masa aku hantar salah seorang pulang. ini lah perasaan yang paling aku benci didalam hidup aku. apabila aku merasa yang aku tak mampu dapatkan kembali, dan aku tahu ia tak akan menjadi mungkin dalam kehidupan aku. apa-apa pun aku memandu sambil tersenyum. sambil aku mendengar lagu walk yang sangat kuat.

melihat nombor-nombor yang tertera ditelefon lama aku, membuatkan aku ingin bersms dengan mereka, tetapi ada sesetengah membuatkan aku terasa tak mungkin, dan ada yang sesetengah membuatkan aku berfikir "nanti ada bakal yang jawab yang kurang enak untuk didengari",

dalam kehidupan aku, inilah saat dan perasaan yang paling aku benci. tapi itu adalah lumrah kehidupan.

bermain guitar telah menjadi harian aku, tetapi takdelah harian sangat. aku main semasa ingin tidur. aku bermain lagu pretender,walk,hero,time like these . kebanyakkannya lagu dari foo fighter.

tapi sejak lagu walk dikeluarkan, ia membuatkan aku terlena kembali. tapi kali ini , terlena yang aku tidak pasti apa pula kali ini.

mak aku cakap, aku nie macam kisah singapore dilanggar todak. kenapa ? mak aku kata asal ceritanya tak ada siapa pun yang percaya kat budak, sebab budak tu tak ada apa-apa dalam hidup dia, tetapi akhirnya cadangan dia diterima pakai, akhirnya ramai yang mempercayai dia sejak itu. tapi akhirnya dia mati dihumban ke laut, kata mak aku. aku pun dah tak ingat kisah tu, tapi yang aku ingat pakai batang pisang je, tapi tak mengapalah.

bila aku ingat buat baik, orang anggap, aku ingat buat jahat, bila aku ingin buat jahat, orang lagi suka aku membuat kejahatan, sebab yang bakal dapat nama, ialah aku.

dulu aku sering ditegur dan diteguri, aku terima teguran, tetapi apabila teguran itu jatuh kepada orang bawah, teguran aku dianggap kotor, bangsat dan sebaris dengannya. sebab aku kosong .

dan aku harus terima bahwa aku ialah kosong dalam kehidupan. tak perlu wujud dalam kehidupan, tetapi apabila perlu pertolongan, perlukan tangan, waktu itu aku baru dinampakkan.
iya, dan itu adalah aku sebenarnya, sebab aku ialah pertolongan terakhir. dan aku ialah orang yang terakhir.

tapi dalam kehidupan ini, aku tak pernah rasa keseorangan dan kesepian. sebab aku ada allah swt, nabi muhammad saw yang sayangkan umatnya, mak aku yang sayang kepada anak-anaknya dan aku, abang aku dan kakak aku yang sentiasa bersama aku dan aku tahu mereka sayang kepada aku.

Aku sedar bahwa aku ialah anak yang tiada bapak seperti mana pernah orang cakapkan. jadi aku bergerak secara solo dalam kehidupan atau lebih terperinci orang kata mencari identiti seseorang lelaki, jadi pengaruh aku adalah orang-orang disekeliling aku. siapa orang-orang disekeliling aku? aku tidak pasti siapa , tetapi aku , lihat, perhati, tertanya , cuba , dalami, tersakiti , dan sebagainya. aku pernah tertanya kepada diri aku. Kenapa harus bergini? aku terjawab sendiri kerana ini adalah kehidupan didepan mata kau. bukan dibelakang mata kau.

aku bukan nak salahkan pihak mana-mana, tapi aku ambil ini sebagai pengajaran untuk kehidupan aku, agar jangan terjadi apa yang aku telah terlihat didepan kedua mata aku.

sakit aku lebih sakit dari mereka-mereka, tapi aku tahu sakit orang ialah berbeza-beza. tapi aku cuba faham disebaliknya. agar tiada siapa yang terlebih sakit, tapi kesakitan aku membuatkan aku tercabut salah satu akarnya, adakalanya hampir keseluruhannya, tapi aku tetap berfikir selagi mampu, tapi kalau tak mampu fikir, jawapannya adalah =) . no comment.

apa pun yang pasti, aku cuba dan bercuba untuk pastikan aku sentiasa didalam landasan yang betul agar aku tidak tersungkur dan kembali ke landasan dan tersungkur kembali. iya , aku tahu aku adalah manusia, dan manusia sering membuat kesilapan, tetapi ada masanya kita belajar dari kesilapan , dan membuat kesimpulan sendiri untuk diri sendiri akhirnya.