Saturday, February 18, 2012

Episode 250 ( shiro putih )


Assalammualaikum wbt

dan ia beraksi.

Wednesday, February 15, 2012

Episode 249 ( jaga hati pun jaga hati, tapi siapa nak jaga hati saya? )

Assalammualaikum wbt

Berkenaan dengan blog yang sebelumnya, beberapa minggu yang lepas, akhirnya ada juga orang yang ingin datang melihat keadaan yang sebenarnya. Aku cukup geram sebenarnya, tapi yelah, seperti kata dari seseorang " itu rumah buruk , kereta buruk , motor buruk dan semuanya buruk " ok lah , aku mengaku, aku berikan semuanya buruk ketika suatu masa dahulu keadaan rumah itu sangat cantik dan teratur.

Bagaimana akal aku yang bodoh dan bengap ini dapat ingat apa yang pernah setiap orang katakan dulu. jadi aku malas nak bertekak, cuma aku kecewa dan pasrah lah. Disebabkan kesakitan dia, aku mengerti dimana puncanya.

aku masih ingat, suruh aku masuk rumah dengan memakai kasut? ... "kasut?" kita sebagai orang islam, dan bangsa melayu, apabila memasuki rumah sendiri atau rumah orang, lebih baik kita membuka kasut atau selipar, cuba fikirlah, dimana tempat untuk kamu solat 5 waktu sehari ? selipar / kasut kita nie setiap hari memijak benda-benda yang kita tak nampak, adakalanya terpijak najis, kalau pijak najis, orang sekarang tak samak balik, dia cuma gesel kat dinding dah lah.

aku cuma terkilan sangat-sangat. sebenarnya tak kisah sama ada lelaki atau perempuan, kalau dah ada rumah, kita tetap kena bersihkan juga, kena cucikan juga. bukan membiarkan dalam keadan yang sangat-sangat.....hmmmm tengok gambar bawah, fikirlah nak cakap dalam keadaan yang sangat-sangat apa..terpulanglah kepada anda.

Sebenarnya pun, tak salah kalau nak jaga 10000 ekor kucing, belalah banyak mana anda mahu, tapi jangan buatkan bau tu melekat sana sini.

Sejenak aku lalu dikawasan rumah tersebut, aku sempat menjenguk rumah-rumah orang lain, ada orang , rumahnya sama seperti rumah aku disetapak, tapi sayangnya perbezaan jagaannya lebih baik dari rumah aku.

seperti aku cakapkan sebelum nie, kalau bagi rumah kat orang miskin, insya allah dia akan jaga rumah itu sebaik-baiknya, sebab dia tahu itu akan jadi tempat tinggalnya, tempat berteduhnya daripada hujan dan panas, jaga tempat najisnya, agar dia tahu kebersihan tempat utama.

dan terima kasih atas sesiapa yang datang melawat , tetapi akhirnya menjadi pertolongan angat barang-barang yang dikatakan sikit je . dan kepada yang tak nak datang dan rasa menjaga hati, well, heheheheeh =) i see i see i see ... saya berpegang kata-kata saya semasa di the curve , sayalah orang yang ingin menyatukan balik dan orang yang ingin mengajak, dan akulah juga orang yang pecahkan zaman kegemilangan aku hanya untuk perkara ini. dan inilah yang aku dapat.. apa-apa pun mereka...well done...dan aku tersilap langkah dan tak apa , tak touching walaupun ayat nampak touching, cuma aku harap fikir je lah.. =)

Sunday, January 29, 2012

Episode 248 ( dimana adab kita sebagai penyewa rumah? )

Assalammualaikum wbt

Rujukkan gambar dibawah......Sebenarnya....walaupun kita ada rumah sendiri....andai katalah kan....yang anda melihat gambar dibawah ini, ada rumah anda....apakah anda akan membuat rumah anda bermuka sedemikian?

Mungkin bagi jiwa yang tahu erti mengjaga harta sendiri atau harta orang, untuk membiarkan sesuatu barang menjadi rosak atau jahanam, agak kurang sekali. mungkin bagi orang yang rasa tak perlu menjaga, ini lah rupanya sebenarnya.

Aku tak boleh nak cakap panjang atau banyak.....cuma aku harap, siapa yang duduk rumah sewa, sebelum ANDA nak keluar dari rumah tersebut. Sila lah cuci rumah yang kita duduki.

walaupun yang kita duduk itu, hanya sebuah pondok buruk, rumah buruk. tidak bererti kita perlu burukkan lagi bekas tempat berteduh kita. kalau bergitu, lebih bagus dan baik kita bagi orang-orang yang miskin tiada rumah, duduk rumah seperti gambar dibawah. jadi anda ada hati dan perasaan.

fikirkanlah sendiri....malas nak comment lebih-lebih...ada akal ada hati ada perasaan, ada matlamat semua...ada ada ada ada semua sebaris dengannya...bak kata nabil ... lu fikirlah sendiri.

Sunday, January 22, 2012

Episode 247 ( No comment )
















Tuesday, January 3, 2012

Episode 246 ( ibarat lego yang dibina lalu pecah dan bina balik )

Assalammualaikum wbt

Didalam dunia ini, ada yang mustahil dan tidak mustahil, semua bermula dari diri sendiri. Sama ada mahu atau tidak, percaya atau tidak, ingin atau tidak dan sebaris dengannya. bila usia sudah tua atau lanjut. Perasaan boleh menjadi terasa dengan mudah. Ada masanya perasaan itu boleh dijadikan positif dan negetif.

Dunia ini seimbang kata orang. senang cerita satu dunia gelarkan perkataan itu ialah KARMA. ibarat roda yang berpusing . ada masa bawah, ada masa diatas. cuma masa yang menentukan diselit doa kepada allah swt.

Dalam hidup aku, aku rasa, aku sudah berada dipuncak untuk seketika, jadi aku sendiri yang menjunamkannya sendiri, senang cerita, seperti tajuk cerita nie. tadi , didalam kamar aku, aku baring, lalu aku berfikir sejenak.

Sepanjang hidup aku tahun lepas, bagi aku , rasa baik, tetapi disebaliknya, banyak punca dari aku sendiri. Dan aku akuinya sendiri, aku ingin pecahkan sedikit rintangan, tetapi ia ibarat seperti pecahkan semuanya dalam sekelip mata.

jadi, aku terpaksa bermain lego sikit demi sedikit. walaupun jalan ini yang aku cari setelah aku fikir masak-masak, tapi aku rasa cerita tahun lepas adalah hehehehehheheh pelik eh....kenapa aku berfikiran seperti itu..

aku tak harap aku bina lego yang sama seperti tahun-tahun yang lepas, tapi aku cuma ingin bina lego yang baru, yang aku rasa, aku dan mereka, insya allah , menuju ke syurga allah swt.....

akan tetapi bukan hak aku menentukan perjalanan mereka, sama ada baik jalan ini atau buruk jalan ini. orang boleh pecahkan bila-bila masa, bila dia mahu. tapi pecahkan sesuatu tingkat bagi aku, mungkin waktu itu, aku rasa memang patut pun.....

tapi sayang aku terhadap mereka, diselit didalam doa, agar warna lego itu tidak pernah pudar. sebenarnya banyak yang bermain didalam fikiran aku. tapi aku terlupa sesuatu, sebab itu memang perangai mereka. ada yang suka mengikut, ada yang tiada pendirian, ada yang tiada hala tuju, ada yang follow on call, dan aku termasuk didalam kesemua golongan ini.

tapi makin lama sebenarnya, aku berbelah-bagi sebenarnya..adakah aku ingin ikut angin yang tiup tanpa arah yang tetap ? ataupun aku ingin bersama tanah yang akan bersama aku selamanya ?

pasti aku akan memilih keduanya, tapi disaat itu aku memilih tanah berbanding angin diwaktu itu. didalam sekumpulan ini telah bersuara mengatakan aku tidak berbulu, seiring dan seirama dan pelbagai-bagai lagi, tapi sayangnya,

bila aku cuba tinggalkan angin, dan memberikan segalanya kepada si-tanah, semuanya hancur berderai, kini aku hilang angin dan tanah dalam waktu yang hampir yang sama.

tapi mujur aku ada yang disayangi.

orang boleh memarahi aku, tapi orang tidak akan faham apa aku cuba lakukan, sebab aku orang yang pelik, ( kata orang-orang yang kononnya kenali aku sekian lama ) , aku sayang semua orang, cuma inilah akibatnya tersalah memberi kasih.

walaupun angin itu kejap ada kejap tiada, tetapi angin sentiasa sejukkan setiap keadaan, ( cuma ikut mood lah )

tanah pula, itu tidak dapat dipisahkan, ibarat air juga sebenarnya, tanah mana-mana pergi, akan juga terserempah tanah..tapi sayangnya, tanah juga ada yang tanah busuk, tanah wangi, tanah yang subur dan tanah yang pelbagai...

jadi aku membuat keputusan, dimana, aku rasa, semua pihak dilayan sama adil. kecuali _______________________________ ......

jadi itulah, ibarat lego yang dibina lalu pecah....aku tulis ayat seperti nie, bukan untuk digelak, atau saja buat-buat gelak, tapi aku tulis apa yang aku rasa sepatutnya. orang tua-tua kata, tak baik simpan lama-lama bukan ? jadi, pasal ini cerita tahun lepas, semuanya boleh diceritalah kan? tapi jangan di ungkit kisah yang lalu kan ? =)) .. hebat dan pandai orang tua-tua punya bahasa.

Monday, January 2, 2012

Episode 245 ( Semalam....tahun baru )

Assalammualaikum wbt...


Ikutkan 2011 , aku rasa tahun biasa sahaja, tapi di penghujung tahunnya, bertuah itu allah swt telah menunjukan untuk aku. cukup 1 tahun juga aku tak pulang ke kampung, dan tahun lepas diakhir bulan , aku pulang juga akhirnya sekian lama sibuk dengan urusan diri sendiri.

2011 bagi aku seperti turun dan naik. tahun yang aku boleh katakan.....sama sahaja sebenarnya...
tapi kalau bagi orang-orang lain 2011 mungkin bagi usia seperti aku, sudah sampai seru untuk berumah tangga.. boleh dikatakan kawan-kawan yang umur aku, sudah pun berkahwin..jadi syukur bagi mereka...

2012 nie, aku rasa, sama seperti tahun-tahun yang lepas..cuma bukan beberapa tahun yang lepas. mungkin boleh dikatakan seperti 7 tahun yang lepas, dan bukan tahun 7 tahun yang lepas didepannya..maksud aku..kalau 7 tahun yang lepas..sekarang 2012 tolak 7 2005 kan? lebih kurang 7 tahun yang lepaslah kan..sebenarnya aku nak cakap seperti zaman yang aku dikategorikan naif, tapi tak seberapa naif sangat.

mungkin ada orang cakap mcm nie " tak payah lah nak jadi naif sangat " ... tapi manusia belajar dari sesuatu dengan pelbagai cara.


Monday, December 5, 2011

Episode 244 ( hampir....keseorangan...berbeza...lazimnya..)

Assalammualaikum wbt.

Semakin hampir ke penghujung tahun, tahun baru islam pun sudah beberapa minggu yang lepas. Lama juga aku tak update, tapi apa fungsinya untuk aku update, tak ada sebarang info yang menarik, cuma selalu cerita pasal diri sendiri dan pandangan dari akal sendiri.

sejak kebelakangan nie, banyak aku berfikir, kadang-kadang fikiran yang lalu, datang kembali, tapi aku hadapi dengan senyuman. Sebab aku rasa senyuman salah satu cara untuk aku tunjuk seperti biasa walaupun ada sebenarnya. tapi apa-apa pun aku tahu aku masih ada allah swt dan keluarga.

Aku tahu juga, manusia dia tak boleh lupa dan maaf atas kesilapan dan punca kesalahan dari orang ataupun sebaris berbunyi dengannya. Orang kata, yang lama tu biarlah berlalu, tapi ada yang memegang kesalahan itu seperti memegang batang berduri yang dia tahu bertapa sakitnya jika dia lagi kuat mengengam batang itu. jadi aku tak boleh nak buat apa-apa dengan manusia seperti ini.

Mungkin aku juga pernah lalui sifat macam nie, tapi aku cuba cepat tersedar dari terus terlena. Hampir setahun aku jalan seorang diri, rasa seronok tak seronok itu, aku rasa sama saja seperti hari-hari aku lalui sepanjang hidup aku. Dari pandangan aku yang senyap-senyap memandang dan mendengar, aku rasa banyak perubahan dari hari ke hari, jadi aku tak ada rasa terkilan ataupun kecewa. Sebab aku rasa ada mungkin ini yang terbaik dan ada mungkin tidak, tapi aku rasa ini yang terbaik....lah.....untuk aku.

Orang kata, aku sendiri yang tinggalkan semuanya, sendiri yang buang semuanya. dan aku jawab, mungkin betul mungkin tidak. bayangkan suatu hari anda terkena batu yang dibaling, kemudian anda coma didalam keadaan, didalam coma itu, mimpi menjadi kennyataan, dan kennyataan menjadi kepalsuan?. tapi bila sudah sedar dari coma, baru sedar, selama ini kita tertidur dari kenyataan yang sebenarnya?

bunyi seperti aku masih lagi cuba mencari identiti aku, tapi tidak sebenarnya. cuma kini aku rasa tak bersedia lagi untuk terus dan terus, aku seperti lebih suka tunggu dan menunggu, saat demi saat.

Ada kalanya aku rasa sangat berbeza dari orang lain, tapi hakikatnya aku tetap masih sama, ada kalanya orang kata, aku tak tahu nak ekspresikan sayang aku kat orang, tapi aku rasa apa aku buat ini sudah cukup untuk menunjukkan ini cara aku untuk mereka.

siapa yang tak mahu mereka menjadi terbaik dan lebih terbaik dari semalam? semua ibu bapa inginkan anak-anaknya macam tu dan bergitu juga dengan aku. mahukan mereka tahu apa itu erti sejati, misali didalam hati mereka.

ada juga aku terasa, tapi seperti aku cakapkan, aku suka fikir secara baik. manusia sentiasa melakukan kesilapan, dan kesilapan itu harus diberi tunjuk ajar, tapi kalau tak nak ditunjuk ajar, itu manusia yang tak suka dikacau peribadinya.

mungkin juga aku dilihat kosong didalam kehidupan mereka, tapi bagi aku tak mengapalah, kosong aku pun disaatnya nanti ada yang datang mengetuk sesuatu. jadi aku tak perduli sangat.


dan secara lazimnya, aku masih aku =) itu yang pasti.