Tuesday, May 31, 2011

Episode 221 ( Bukankah memberi tahu itu lebih baik daripada mendiamkan diri ? )

Assalammualaikum wbt

Dunia yang kita tahu hampir kiamat, dan manusia-manusia diluar sana separuh sedar daripada kehidupannya, sama juga dengan aku. tapi insya allah aku tidak akan lupa bahwa akhirat dan kematian sedang menunggu aku.

Sejak akhir-akhir aku diam dan memerhati, aku rasa kita manusia telah banyak terlalai dan melampaui batas soal agama. Tidak kisah agama apa pun sebenarnya. Sebab didalam setiap agama ada undang-udangnya dan caranya. Kepada kita yang islam ini, aku senang cerita, kembalilah kepada arah yang sepatutnya. bukan masih menyimpang didalam dua arah, usah membiarkan diri ini terjerumus ke neraka bersama kawan-kawan.

Secara amnya, aku telah tulis perkara yang sama untuk blog ini. Dari seorang kawan harus menasihati kawannya , dan daripada seorang yang tahu harus memberi tahu. tetapi aku agak kecewa dan sedih apabila yang tahu hanya mendiamkan diri dan membiarkan orang lain terjerumus untuk ke kawasan nereka.

Memang nereka itu kita tidak nampak, tapi kita boleh nampak dengan daya imaginasi kita. manusia sering lupakan itu. Bukan untuk menunjuk kita ini agama kuat dan sebagainya, BUKAN .... itu salah sama sekali, apa yang diberi tahu itu adalah tabligh iaitu menyampaikan. Bukankah nabi kita sudah memberi tahu kita menyampaikan sesuatu yang kita tahu kepada umatnya yang tidak tahu.

Aku tak mahu setiap orang dimuka bumi ini yang beragama islam hancur dengan erti persahabatan yang kononnya " kau tak minum arak , tak main dan sebagainya tak boleh jadi kawan aku " bagi aku , merekalah yang tidak hebat atau macho sebenarnya. apakah kita mencari kebahagian dunia atau akhirat?

Ada masa aku muak dengan orang-orang disekeliling aku, sebab aku tahu mereka lebih hebat dan pandai agama daripada aku. tetapi kenapa mereka mendiamkan diri dan membiarkan?

Aku harap orang seperti itu diberi pengajaran suatu hari nanti. Aku tahu agama perlu berlembut, tetapi berlembut pun ada tempatnya dan caranya, bukan berlembut dan membiarkan dan biarkan sehingga ia lupa batas-batas agama.

aku cuma rasa sedih dan rasa macam mana hendak menolong pemikiran manusia ini berubah...berubah daripada aspek macam ini... " aku orang melayu , dan aku tahu apa aku buat "
ya allah. apakah melayu itu sebuah agama ? budaya sekarang telah memterbalik maksud melayu dan islam...

banyak lagi yang harus kita ambil tahu, bukan hanya melepaskan bergitu sahaja. aku kecewa dan sangat kecewa. orang islam malaysia mengambil remeh tentang agamanya sendiri.
Kenapa orang takut sangat undang-undang islam? undang-undang islam bukanlah teruk seperti kita fikirkan.

cuba lihat semasa zaman rasululullah saw dan zaman khalifah ali , abu bakar dan lain-lain. dan cuba bezakan zaman yang yang kita lihat sekarang atau zaman yang dahulu. bertapa teruknya yang berlaku.

aku harap pandangan mata kita dapat membuka dengan sempurna walaupun orang kata " tak ada manusia sempurna didunia " sebenarnya ada, jika kita yang buatkan ia rasa sempurna maka ia akan jadi sempurna ... kesempurnaan itu belajar dari kecacatannya ...

Sunday, May 29, 2011

Episode 220 ( Selamat pergi selamanya .... Al-Fatihah )

Hari rabu lepas, selepas waktu maghib...aku dikejutkan satu cerita yang aku pun tak percaya. tetapi ajal maut telah ditetapkan oleh allah swt setiap makhluknya. jadi hari rabu lepas telah tiba masanya untuk opah aku ( belah bapak aku ) meninggalkan dunia ini. Makcik aku cakap sebaik sahaja azan maghirb habis diazan opah aku menghembuskan nafasnya yang terkahir.

nama arwah opah aku ialah Aminah binti Abdullah dan suaminya Haji Hussain bin Haji Mohd Sidek ( bekerja sebagai polis . orang selalu panggilnya Amy dan Usianya 90+ tahun lebih dan opah aku meninggal sakit tua . Didalam Ic nya baru 80 tahu
n. Mak aku kahwin dengan bapak aku pasal Kedua opah aku. aku pun dah lupa ceritanya, tetapi Opah kampung aku ( belah mak aku ) usianya pada tahun nie 80+ lebih. Usia opah Amy ( bapak aku ) memang lebih tua dari opah kampung aku.
cuma dalam ic saja yang lari dari umur asalnya. biasalah zaman dahulu kala =).

Opah amy aku dahulu dia seorang cina dan memeluk islam dan kahwin dengan arwah datuk aku. Dan dikurniakan 4 orang anak, 2 laki dan 2 perempuan. Alhamdulilah akhirnya aku dapat jumpa juga arwah bapak aku punya abang. Nak cakap rapat dengan keluarga belah bapak, itu susah nak diperkatakan. Tetapi kalau jumpa, boleh juga untuk nak berkata.

Opah aku dulu bekerja di MCKK sebagai penjaga makanan ( matron ) pada tahun bila ? itu aku tak pasti. tapi agak cukup lama rasanya. Pakcik aku ada yang kata kalau opah aku meninggal mesti ramai yang datang. tapi aku mampu gelak saja kata-kata pakcik aku. sebab kata-kata tak bererti akan benar.

Teringat zaman aku masa kecil bersama arwah opah aku Amy. Opah aku selalu masak resipi ayam gorengnya yang aku akan ingat sampai mati. Aku rasa, tak ada siapa yang boleh buat rasa sepertinya walaupun mak aku kata dia dah belajar, tetapi rasanya tetap berbeza. Setiap kali ke jalan gasing, dia mesti akan goreng ayam untuk aku adik beradik. paling tidak dia mesti akan belanja A&W . Opah aku amy memang suka memasak dan bagi cucu-cucunya makan. tapi masa zaman dulu, badan aku tidak seperti sekarang.

Masa makan seafood dikelana jaya ( sekarang dah kena roboh ), aku cuba belajar makan pengepit, dan masa itu aku kena tegur dengan opah aku. Dia kata " kamu tak tahu pakai jangan pakai, nanti jatuh bazir saja " .

tapi aku dan adik beradik makin besar makin lupa untuk melawat arwah opah aku. sebelum opah aku pergi, memang hati aku terasa nak melawat, tapi dengan kondisi kereta proton saga yang wayer bateri dia masalah, jadi aku tak berani nak gerak. walaupun hari-hari ada panaskan kereta. tetapi hati tu entah kenapa terasa tak menjadi nak gerak.

masa zaman kolej aku, aku dikejutkan satu berita dimana opah aku terjatuh dan dimasukan ICU. aku bergegas ke hospital. Dari kuantan terus ke Pj balik untuk melawat opah aku. masa tu doktor cakap kena buat bedah, tapi bedah tu hanya 50%-50%. biasalah ayat doktor. syukur alhamdulilah usia opah aku masa tu dipanjangkan lagi.

setiap menjelang hari raya, barulah aku sekeluarga nak melawat opah aku dijalan gasing. aku bukan nak buruk kan sesiapa disini. tapi aku harap apa aku cakap nie, ambilkan satu pengajaran untuk menjadikan iktibar.

walaupun aku ada 2 orang opah, aku telah abaikan seorang opah aku. walaupun bergitu, masa opah aku hendak diuruskan dan ditanamkan. aku dan adik beradik saja berada disana. walaupun aku dan adik beradik jarang melawat. tapi dengan cara ini saja aku dan adik beradik dapat membantu untuk menguruskan jenazah arwah opah aku.

Salah satu yang aku telah kesal, aku rasa arwah opah aku tidak dapat merasa masakan aku. jadi aku harap yang membaca, jangan abaikan atau jangan sia-siakan peluang yang ada. baik buruk itu hanya allah swt yang tahu sebenarnya. mata menilai gerak geri orang.

Alhamdulilah semuanya berjalan dengan lancar, terima kasih kepada polis yang memberi perkhidmatan yang terakhir untuk arwah opah aku. arwah datuk aku dahulu ialah salah seorang polis berpangkat. Jadi masa pada hari khamis pagi itu. arwah opah aku diescot dalam 6-8 biji motor. disaat itu aku dapat merasa bagaimana polis mengawal situasi keadaan pagi yang sangat teruk sesak dijalan raya.

itulah saat-saat paling aku rasa alhamdulilah. Jenazah harus dipercepatkan untuk diuruskan. Arwah opah aku dikebumikan pada pukul 11-12 tengah hari di bukit kinrara. Apa-apa pun aku tetap berbangga bahwa aku menjadi salah satu ahli keluarga arwah bapak aku dan mak aku.
Bagi aku kekayaan atau kepangkatan bukanlah yang boleh dibawa sampai mati. cuma itu hanya didunia sahaja. dunia akan hidup sukar tanpa wang, itu semua orang tahu. tapi perkara yang akan membangakan kita apabila hidup ini kita menjaga kedua-ibubapa kita. masa kita dilahirkan mereka menjaga kita dengan sukar sekali. tetapi bila kita dah besar, akal sihat, sihat tubuh badan dan sebagainya. inilah masanya untuk menjaga mereka. walaupun aku tidak berkerja tetapi aku bangga aku dapat menjaga mak aku walaupun aku rasa tidak lah seberapa sangat aku jaganya. hidup ini akan rasa lebih bermakna daripada sebuah kehidupan sementara ini..


Sepanjang hidup aku, tak pernah aku naik Van jenazah mahupun korek lubang kubur. dan inilah pengalaman hidup untu aku. Menjadi seorang pengali kubur bukanlah senang. susah, dahulu aku pernah bercita-cita untuk menjadi pengali kubur. alhamdulilah walaupun merasa sedikit tapi bersyukur untuk merasa.
( kereta memang sebijik macam nie )

opah aku dan hidupnya penuh dengan cerita yang aku tidak tahu. cuma aku baru tersedar dari satu perkara ialah nombor plate kereta arwah opah aku. Nombor keretanya diambil sempena nombor rumahnya. BCC atau BBB dan nombornya 122 . baru aku tersedar bilah opah aku meninggal.

Apa-apa pun hanya allah swt saja yang tahu setiap perbuatan dan amalan opah aku didunia. dan aku harap suatu hari nanti agar aku pula yang sampai untuk ketemu semua orang disana termasuk arwah bapak aku,tok aku dan saudara islam aku.

semoga allah swt meringankan dan mengampunkan dosa-dosanya yang besar, kecil, terselit, nyatan dan sebagainya dan tempatkannya bersama orang-orang beriman dan bersama keluarganya................

suatu hari nanti kita pula akan dijemput.........

Monday, May 9, 2011

Episode 219 ( MENGARUT !!!! )


" HAHHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAH "

Setiap kali orang postkan sesuatu untuk aku, kadang2 boleh diterima pakai, tapi bagi aku. setiap kali orang post macam nie kat aku, aku nak tergelak macam monyet cipanzi. Kenapa pemikiran orang macam tersumbat bila fikir pasal jodoh?

Jodoh itu memang telah tertulis untuk kita, tapi sama ada atau tidak, itu adalah urusan allah swt. jodoh memang harus dicari tapi diri sendiri saja yang tahu apakah itu jodoh kita atau bukan. orang memang suka tulis " oh 10 SEBAB KENAPA JODOH ITU TAK DATANG " lah dan lain-lain lagi. hye kebengong orang yang tulis seperti itu? memang pandangan masing-masing, tapi ini pandangan aku.

sama ada orang itu belakon didepan kita ke ke apa ke, kalau hati tetap suka dan rasa itu jodoh kita, kita terima jelah. tak ada motif nak kata dia pura-pura ke apa ke. sebab semua manusia adalah pura-pura. Cuba fikirkan, berapa banyak orang yang dah kahwin cakap macam nie

" masa bercinta lain, tapi lepas kahwin lagi lain " ???????

Soal jodoh ini luas, pandang indah akan diberi pandang buruk selepas itu. fikir2kanlah. aku bukan nak kutuk ke apa. aku memang percaya jodoh itu telah ditentukan.
tapi fikirkanlah apa yang dalam islam telah menyebut pasal jodoh. 10 sebab seperti ini mungkin benar, tapi yang benar dari pandangan aku hanya 2/10 sahaja dan yang lain tak boleh PAKAI LANGSUNG.

sila baca

Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :

1. Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang Bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima Kita Seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa Jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami Diri Kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan Kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata Hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

- Artikel iluvislam.com

Saturday, May 7, 2011

Episode 218 ( Bagi aku hari ini bukan hari Ibu )

Dunia semakin uzur dan semakin hampir waktu ,tenang senang cerita. Ramai yang sambut benda-benda diluar pemikiran kita. menyambut apa? sendiri fikir =).

tapi bagi aku hari ibu adalah hari dimana ibu melahirkan aku. yang azabnya hanya dia dan allah swt saja yang tahu. 8 - 9 bulan dia menjaga aku dan yang lain didalam kandungannya. apatah lagi bila sudah dilahirkan dan melihat dunia. Dari kecil dia mendidik hingga ke besar dia menjaga. Tetapi semua hampir lupa perkara seperti ini. Bila hari jadi, mungkin ada dan mungkin tidak berkata seperti ini

" Mak terima kasih sebab melahirkan saya, dan dihari lahir saya ini, adalah hari ibu bagi saya =) kerana susah payah mak membawa kandungan selama 8- 9 bulan dan menjaga dan mendidik saya dari kecil hingga besar, tak kisah berjaya atau tidak, tetapi mak memberi saya pelindungan saya (walaupun allah swt yang jaga kita, tapi tanpa ibu, tak mungkin kita akan jadi seperti sekarang ini) "


Aku pernah dengar khabar berita pasal hari ibu sebenarnya. tetapi tidak seperti aku fikirkan.
Apa-apa pun bagi aku, Sapa yang ada ustaz silalah bertanya sama ada boleh atau tidak, dan siapa yang tiada, insya allah anda akan temui jawapannya.

Sebab bagi aku ada sesetengah pihak mengatakan boleh dan ada yang kata kan tidak. kalau korang bukak google dan cari maksud hari ibu. seluruh dunia ada kisah yang tersendiri.
=)

Thursday, April 28, 2011

Episode 217 ( Sid+diQ )


Bila dengar lagu nie, rasa nak menangis pun ada. dan sedih lagi bila dengar lagu nie teringat kat arwah bapak aku yang dah lama meninggal dunia sejak aku kecil lagi. bila lagi memikirkan situasi aku macam nie. aku rasa mak aku, dan ibu-ibu tunggal didunia adalah orang yang paling gagah menghadapi segala situasi yang terjadi. Sejak arwah bapak aku meninggal, mak aku hanya tumpu kepada hidup adik beradik aku.

Tiada untuk teman lelaki dan sebagainya. Sesungguhnya pengorbanan itu sangat besar daripada hidupnya selain melahirkan aku dan adik beradik aku. aku pun heran, jika pasangannya telah meninggal, pasangannya berkahwin lain. memang kahwin itu wajib dan bagi seorang lelaki, yang ingin beristeri lagi, harus berkahwin dengan perempuan yang sudah mempunyai anak, sebab itu akan lagi menyenangkan situasi si perempuan ( tak silap aku dari hukum seorang lelaki nak kahwin lagi satu ) tapi sayang, si lelaki semua mahu kahwin dengan si dara.

kakak aku kata, perangai bapak aku, macam aku. tapi perangai itu muncul sikit demi sedikit.
Ada orang hidup tanya bapak, berjaya didunia, tetapi aku masih lagi tidak lagi. apakah aku mampu berjaya didunia atau tidak? aku bukannya mencari kejayaan didunia, tetapi aku mencari kejayaan diakhirat juga. tapi kalau boleh biarlah semuanya seimbang.

Baru tadi aku berborak dengan mak aku, tetapi sebelum tu aku borak pasal perkara lain. bila nak habis berborak, aku nampak sebuah buku bertajuk " make it ! dont buy it " .

Dari situ aku ambil buku itu dan tanya siapa punya buku nie, dan mak aku jawab itu kepunyaan bapak aku. Dan terus aku menyebut

" kalau arwah bapak ada, rasanya rumah nie mungkin bapak jual dan bapak buat rumah baru dekat dengan kebun tak pun hidup siddiq tak macam nie, mungkin jadi seorang ahli makenik kereta "

dan situ aku rasa semacam hiba sesuatu bila memikirkan tentang arwah bapak aku. tak pernah aku dapat alami seperti mana abang dan kakak aku merasa. Mungkin aku nie nampak seperti tabah, dan adakalanya aku kecundang juga. tetapi sebaiknya lebih baik aku merahasiakan setiap situasi, hanya berbuat situasi itu dalam keadaan tiada apa-apa.

hakikatnya selama aku hidup nie, nyata aku mampu bertahan walau aku tidak ada seorang bapak atau ayah. Ada juga kadang-kadang tengok terasa cemburu dan sebagainya, tapi aku tahu, aku tak akan dapat seperti orang lain dapat, tetapi aku dapat sesuatu yang berharga allah swt berikan kepada aku. bukan sebagai pertukaran atau sebagai hadiah, tetapi allah swt memberi aku ujian yang sangat hebat sejak aku azali lagi.

ada yang orang gelar " anak tak ada bapak, dasar kurang ajar dan lain-lain " walaupun bergitu, aku dan adik beradik aku tetap hadapi dengan senyuman. walaupun perasaan terguris, dengan setiap perbuatan manusia, tetapi bila dah besar, kami anggapkan perkara itu adalah gangguan syaitan iblis yang cuba menghasut manusia untuk berkata seperti itu.

walaupun aku rasa hidup aku tak teratur, kucar kacir, kawan pun seperti mengambil kesempatan sebagainya, aku rasa aku hadapi ujian dengan tenang, ada pun rasa marah, tapi fikirkan balik jalan sebenarnya adalah tenang dan senyum. Bukan senyum dendam atau apa, senyum kerana ujian untuk aku seterusnya telah tiba.

Aku berterima kasih kepada mak aku yang selama ini menjaga aku, dan tahu apa yang baik dan buruk untuk aku. Abang aku yang sentiasa membantu aku didalam kesusahan tidak aku lupa kakak aku yang sentiasa bersama aku didalam aku serabut dan sebagainya. Seorang kawan aku hilang kerana perkara dunia, dan muncul seorang kawan yang tidak seperti itu, aku harap apa yang berlaku ini dapat membantu segala perjalanan aku.

Banyak lagi yang aku tak tertulis pasal aku sebenarnya. ini hanya segelintir sahaja. Dan nama aku Muhammad As Siddiq Bin Abdul Rahim, orang panggil aku siddiq, dan dalam bahasa arab ertinya Yang benar. Jadi apa aku tulis adalah benar dari lubuk hati aku. apa aku cakap dan janji adalah benar dari lubuk hati aku.

Tuesday, April 26, 2011

Episode 216 ( bermain difikiran )


" meresap didalam minda dan dia berkata "
sesuatu yang tak mungkin
tetapi fikiran ini masih waras melainkan tidak
kadang-kadang bibir ini mahu senyum ketawa
tapi hati saja yang mampu melakukan semua

jasad sudah tidak mampu untuk lalui hidup seperti ini,
hidup seperti didalam penjara,
walaupun orang berkata penjara lebih teruk,
tetapi keadaan aku lebih teruk kehidupan dipenjara

setiap waktu aku bermain dengan fikiran aku,
seperti fikiran aku adalah teman aku, kawan aku, sahabat aku.
mungkin orang kata gila dan seangkatannya,

2 tahun aku jalani hidup seperti ini,
yang datang ditahan kerana tidak tahu apa perkara yang akan datang,
kini yang datang seperti harian aku kembali,
bosan dan lemah hidup aku sekarang

ingin aku lari, tetapi tidak aku tahu arah tujunya,
tidak lengkap isi didalam dompet aku,
mungkin kebodohan aku terserlah dengan soalan yang diberi oleh JPJ yang bangang !!!
kenapalah soalan dia bangang gile belaka.

mati membunuh diri sendiri adalah haram dan neraka jawapannya,
melainkan mati sendiri masuk syurga,
kalau mati sendiri masuk syurga
aku rasa dah ramai tidak hidup didunia nie

orang kata hidup ini tidak adil,
tetapi bagi aku ia adil,
setiap perkara sudah tercatit dan tertulis,
cuma dimana saja jawapan itu? kita harus mencari

jari aku ingin saja menunding,
tetapi bila menunding jari,
10 kali fikirkan balik,
20 kali dia akan menunding jari kepada aku

sejak perisitwa itu,
aku lebih rela mendiamkan diri,
merahsiakan kehidupan aku,
dan hanya pura-pura seperti masih itu aku lagi

ingin aku menjerit,
tapi nyata aku sudah tidak mampu lagi,
aku hanya mampu gelak didalam hati
sahaja

Monday, April 25, 2011

Episode 215 ( Sekian lama )


Sekian lama, aku tak dengar lagu nie. Kali pertama aku dengar lagu masa aku tingkatan 5 rasanya ( yerk ke ? kot lah ) ..... tetapi sejak Pentas maharaja lawak minggu ke-3 tak silap aku. jozan ada bawa lagu nie. masa tu zizan yang nyanyi lagu nie. rangkap pertama dia..
" Ku tak perduli
Bila ku benar benar cinta mati
Ku tak perduli "

Kan? jadi ia membuatkan aku terfikir macam pernah dengar saja lagu nie.bila aku mencari rupa-rupanya TBK. dalam blog lama aku pernah aku letak lagu nie. lirik lagu dia agak touching skit.
Tetapi yang original nyanyi lagu nie TBK ( tak tau lah kalau artis lama pernah nyanyi lagu nie ? ) . dengan keadaan sekarang, ramai yang mengatakan satu band nama julie ? hahaah lawak betul aku . orang tu seperti tak pernah buat kajian. ada yang pula kata lagu dewa. masa pertama kali aku dengar pun ingat dewa, tetapi yang asalnya memang tbk.

Tetapi, ramai yang sudah membawa lagu nie. apa-apa pun aku suka yang asli lagu nie. Sebab yang asli suara dia cool dan muzik dia memikatkan ingatan aku, berbeza daripada gubahan lagu yang orang tukarkan.

apa-apa pun ia sebenarnya sebuah band yang lama....aku pun tak tahu apa cerita selanjutnya. aku selalu cari info dengan wikipidea dan info-info yang aku baca, melihat tarikh dan meneliti page-page yang lain....