Kadang-kala kita tidak boleh menjangka apa yang akan terjadi pada masa akan datang. Tetapi aku suka memikirkannya, sejak akhir-akhir ini. Setelah aku berfikir tentang seseorang yang mungkin aku rasa dia sangat membenci aku, lebih baik aku memikirkan sesuatu yang lain, seperti kereta aku dan band aku yang kini kembali untuk beraksi.
Perjalanan aku untuk tahun nie hampir tamat, dan memang dah tamat pun kalau ikutkan asalnya perancangan. Aku rasa, pada tahun depan 2010, aku dapat hidup tanpa kenalan perempuan, maksud aku tak akan jatuh cinta. Perjalanan aku akan rasa lancar tanpa aku kecundang kerana perasaan. Aku rasa, aku dah tak sanggup untuk mengambil risiko dan bertepuk sebelah tangan.
Mungkin aku akan matikan jiwa tu, tapi hanya allah swt yang menentukan semua ini. Aku sebagai manusia dan hambanya, akan sentiasa redha dengan segala apa yang akan terjadi.
perempuan dia tak akan faham, kenapa seorang lelaki baik dengan seorang perempuan. Apa-apa jawapan yang harus difikirkan ialah "Sebab". Tak kisah apa cara pun mesti ada sebab.
aku tak suka berfikiran tak seimbang, kalau boleh aku berfikiran seimbang. Tak kisah apa-apa pun perkara. Aku suka berfikiran baik asalnya, dan buruk pada akhirnya. Apa yang kita buat mesti akan terjadi sesuatu sebenarnya, tetapi kita harapankan pelindungan setiap kita lakukan.
Tak ada perempuan dalam hidup aku, tak mengapa untuk aku. Sebab aku masih ada mak dan kakak aku dan kakak ipar aku.
No comments:
Post a Comment