Thursday, March 31, 2011

Episode 208 ( Syukur, akhirnya jalan itu telah menunjuk )



Alhamdulillah, akhirnya aku dapat temui sesuatu jawapan yang aku masih tertanya-tanya kenapa perkara ini berlarut hingga sekarang. Aku syukur atas kedua adik beradik aku cuba menyelesaikan masalah ini. Aku dan keluarga aku tak mahu ia berlarutan dan berpanjangan.
aku letak lagu nie sebab sifat kemanusia. Fahamilah liriknya dengan betul-betul, jika persengketaan ini berlarutan, tiada pengakhiran cerita.

Seperti kakak aku nasihat kepada aku " allah nak maafkan kita, ampunkan kita senang sahaja, tapi sesama manusia ini susah. kita ada alam lain yang sedang menunggu kita, jika kita tak maafkan orang atau berdendam maka ada hari lain untuk orang-orang seperti ini "

bila aku berfikir dan memahami, baru aku sedar bahwa alam ini ada alam lain lagi yang sedang menuggu bila aku mati nanti. apakah aku mendapat keredhaan allah swt atau tidak, aku tidak tahu, jadi lebih baik apa aku buat selesaikan didunia sebelum aku disoal tanpa aku sedar itu kesalahan.

Dan aku faham yang betul juga tak semestinya betul juga, seperti aku kena marah dengan kakak dan abang aku, orang cakap betul dan salah, kedua-duanya kena marah juga sebab kita tak mahu dendam itu terbentuk, dan ego pun menguasai diri. baru aku memahami.

Mungkin sedar juga, aku pun terabai dengan sikap peribadi aku. aku kata " apa guna ada perasaan seperti ini ? , baik matikan perasaan " bila aku fikirkan balik, aku telah menzalimi diri aku dan orang jika sifat seperti ini, islam tak ada ajar sifat seperti ini. Sumpah dari nama aku,
aku telah tewas dengan pendirian aku terhadap ini.

peribadi dan perilaku nabi muhammad saw yang harus kita contohi, bukan sifat yang terbentuk daripada pengaruh rakan dan TELEvISON dan cerita-cerita yang kita menonton. mungkin satu persatu allah swt cuba tunjukkan aku sesuatu, dan dugaan yang allah swt berikan kepada aku ini, telah membuka mata aku yang selama ini aku sedar, tetapi ditutup oleh syaitan.

Bila aku dengar lagu nie pula

Lirik dia membuatkan aku lagi kesedaran, selepas pagi tadi aku terbaca tafsiran al-quran

Tidak ada kebaikan dari banyak pembicaraan rahasia mereka,kecuali
pembicaraan rahasia dari orang yang menyuruh (orang ) bersedekah,
atau berbuat kebaikan atau mengadakan perdamaian diantara manusia.
Sesiapa yang berbuat demikian kerana mencari keredhaan allah,
maka kelah kami akan memberi pahala yang besar (an-nisa 114 )

Huraian dia tertulis seperti ini

Qatadah bin Numan ra. berkata "suatu hari, Fafi`ah bin zain da.,pemanku,
membeli beberapa karung terigu yang kemudian disimpan digudang miliknya,
gudang itu juga sebagai tempat penyimpanan peratalan perang. kemudian suatu malan,
gudang itu dibingkar dan seluruh isinya dicuri. kaum muslim pun mengadakan
penyelidikan atas pencurian itu. beberapa orang menjelaskan, pada malam kejadian bani ubairiq mengadakan
pesta dengan memasak tepung terigu yang lazat . namun, bani ubairiq mengelak tuduhan itu dan berkata
" demi allah sesungguhnya perlakuan adalah labid bin sahl. padahal Labid ra. dan bani ubairiq. Aku pun
menghadap rasulullah saw. dab menceritakan kejadian itu, Rasulullah saw bersabda
"aku akan mengadakan penilitian terlebih dahulu, 'mengetahui niat rasul saw. Dani ubairiq pun menghadap dan
menghasut beliau, " hai rasul, Sesungguhnya Qatadah dan pemannya Rafia`ah, telah menuduh seorang berakhlak baik
diantara kami sebagai pencuri,'Saat qatadah ra. menghadap kembali, rasul saw bersabda
"kau telah menuduh seorang berakhlak baik dari bani ubairiq sebagai pencuri ' atas ucapan beliau itu.
Turunlah ayat ini. "(HR,muslim Tirmidzi dan Hakim).

Aku dan keluarga aku memang dah lama cuba nak tamatkan masalah yang kami hadapi selama ini. tapi aku bersyukur kepada allah swt telah memberi waktu dan masanya. aku percaya, setiap apa yang terjadi ada hikmahnya, dan inilah hikmah selama aku dan keluarga aku nantikan.
semoga kita semua mencari keredhaan allah swt.

Saya hamba allah yang lemah, tak ada sifat benci melainkan yahudi. tak ada dendam, kerana dendam itu sifat syaitan.

No comments:

Post a Comment