Sunday, May 29, 2011

Episode 220 ( Selamat pergi selamanya .... Al-Fatihah )

Hari rabu lepas, selepas waktu maghib...aku dikejutkan satu cerita yang aku pun tak percaya. tetapi ajal maut telah ditetapkan oleh allah swt setiap makhluknya. jadi hari rabu lepas telah tiba masanya untuk opah aku ( belah bapak aku ) meninggalkan dunia ini. Makcik aku cakap sebaik sahaja azan maghirb habis diazan opah aku menghembuskan nafasnya yang terkahir.

nama arwah opah aku ialah Aminah binti Abdullah dan suaminya Haji Hussain bin Haji Mohd Sidek ( bekerja sebagai polis . orang selalu panggilnya Amy dan Usianya 90+ tahun lebih dan opah aku meninggal sakit tua . Didalam Ic nya baru 80 tahu
n. Mak aku kahwin dengan bapak aku pasal Kedua opah aku. aku pun dah lupa ceritanya, tetapi Opah kampung aku ( belah mak aku ) usianya pada tahun nie 80+ lebih. Usia opah Amy ( bapak aku ) memang lebih tua dari opah kampung aku.
cuma dalam ic saja yang lari dari umur asalnya. biasalah zaman dahulu kala =).

Opah amy aku dahulu dia seorang cina dan memeluk islam dan kahwin dengan arwah datuk aku. Dan dikurniakan 4 orang anak, 2 laki dan 2 perempuan. Alhamdulilah akhirnya aku dapat jumpa juga arwah bapak aku punya abang. Nak cakap rapat dengan keluarga belah bapak, itu susah nak diperkatakan. Tetapi kalau jumpa, boleh juga untuk nak berkata.

Opah aku dulu bekerja di MCKK sebagai penjaga makanan ( matron ) pada tahun bila ? itu aku tak pasti. tapi agak cukup lama rasanya. Pakcik aku ada yang kata kalau opah aku meninggal mesti ramai yang datang. tapi aku mampu gelak saja kata-kata pakcik aku. sebab kata-kata tak bererti akan benar.

Teringat zaman aku masa kecil bersama arwah opah aku Amy. Opah aku selalu masak resipi ayam gorengnya yang aku akan ingat sampai mati. Aku rasa, tak ada siapa yang boleh buat rasa sepertinya walaupun mak aku kata dia dah belajar, tetapi rasanya tetap berbeza. Setiap kali ke jalan gasing, dia mesti akan goreng ayam untuk aku adik beradik. paling tidak dia mesti akan belanja A&W . Opah aku amy memang suka memasak dan bagi cucu-cucunya makan. tapi masa zaman dulu, badan aku tidak seperti sekarang.

Masa makan seafood dikelana jaya ( sekarang dah kena roboh ), aku cuba belajar makan pengepit, dan masa itu aku kena tegur dengan opah aku. Dia kata " kamu tak tahu pakai jangan pakai, nanti jatuh bazir saja " .

tapi aku dan adik beradik makin besar makin lupa untuk melawat arwah opah aku. sebelum opah aku pergi, memang hati aku terasa nak melawat, tapi dengan kondisi kereta proton saga yang wayer bateri dia masalah, jadi aku tak berani nak gerak. walaupun hari-hari ada panaskan kereta. tetapi hati tu entah kenapa terasa tak menjadi nak gerak.

masa zaman kolej aku, aku dikejutkan satu berita dimana opah aku terjatuh dan dimasukan ICU. aku bergegas ke hospital. Dari kuantan terus ke Pj balik untuk melawat opah aku. masa tu doktor cakap kena buat bedah, tapi bedah tu hanya 50%-50%. biasalah ayat doktor. syukur alhamdulilah usia opah aku masa tu dipanjangkan lagi.

setiap menjelang hari raya, barulah aku sekeluarga nak melawat opah aku dijalan gasing. aku bukan nak buruk kan sesiapa disini. tapi aku harap apa aku cakap nie, ambilkan satu pengajaran untuk menjadikan iktibar.

walaupun aku ada 2 orang opah, aku telah abaikan seorang opah aku. walaupun bergitu, masa opah aku hendak diuruskan dan ditanamkan. aku dan adik beradik saja berada disana. walaupun aku dan adik beradik jarang melawat. tapi dengan cara ini saja aku dan adik beradik dapat membantu untuk menguruskan jenazah arwah opah aku.

Salah satu yang aku telah kesal, aku rasa arwah opah aku tidak dapat merasa masakan aku. jadi aku harap yang membaca, jangan abaikan atau jangan sia-siakan peluang yang ada. baik buruk itu hanya allah swt yang tahu sebenarnya. mata menilai gerak geri orang.

Alhamdulilah semuanya berjalan dengan lancar, terima kasih kepada polis yang memberi perkhidmatan yang terakhir untuk arwah opah aku. arwah datuk aku dahulu ialah salah seorang polis berpangkat. Jadi masa pada hari khamis pagi itu. arwah opah aku diescot dalam 6-8 biji motor. disaat itu aku dapat merasa bagaimana polis mengawal situasi keadaan pagi yang sangat teruk sesak dijalan raya.

itulah saat-saat paling aku rasa alhamdulilah. Jenazah harus dipercepatkan untuk diuruskan. Arwah opah aku dikebumikan pada pukul 11-12 tengah hari di bukit kinrara. Apa-apa pun aku tetap berbangga bahwa aku menjadi salah satu ahli keluarga arwah bapak aku dan mak aku.
Bagi aku kekayaan atau kepangkatan bukanlah yang boleh dibawa sampai mati. cuma itu hanya didunia sahaja. dunia akan hidup sukar tanpa wang, itu semua orang tahu. tapi perkara yang akan membangakan kita apabila hidup ini kita menjaga kedua-ibubapa kita. masa kita dilahirkan mereka menjaga kita dengan sukar sekali. tetapi bila kita dah besar, akal sihat, sihat tubuh badan dan sebagainya. inilah masanya untuk menjaga mereka. walaupun aku tidak berkerja tetapi aku bangga aku dapat menjaga mak aku walaupun aku rasa tidak lah seberapa sangat aku jaganya. hidup ini akan rasa lebih bermakna daripada sebuah kehidupan sementara ini..


Sepanjang hidup aku, tak pernah aku naik Van jenazah mahupun korek lubang kubur. dan inilah pengalaman hidup untu aku. Menjadi seorang pengali kubur bukanlah senang. susah, dahulu aku pernah bercita-cita untuk menjadi pengali kubur. alhamdulilah walaupun merasa sedikit tapi bersyukur untuk merasa.
( kereta memang sebijik macam nie )

opah aku dan hidupnya penuh dengan cerita yang aku tidak tahu. cuma aku baru tersedar dari satu perkara ialah nombor plate kereta arwah opah aku. Nombor keretanya diambil sempena nombor rumahnya. BCC atau BBB dan nombornya 122 . baru aku tersedar bilah opah aku meninggal.

Apa-apa pun hanya allah swt saja yang tahu setiap perbuatan dan amalan opah aku didunia. dan aku harap suatu hari nanti agar aku pula yang sampai untuk ketemu semua orang disana termasuk arwah bapak aku,tok aku dan saudara islam aku.

semoga allah swt meringankan dan mengampunkan dosa-dosanya yang besar, kecil, terselit, nyatan dan sebagainya dan tempatkannya bersama orang-orang beriman dan bersama keluarganya................

suatu hari nanti kita pula akan dijemput.........

No comments:

Post a Comment