Kesilapan aku beberapa bulan lepas mungkin telah mengecewakan aku. Kini aku mahukan azam yang aku telah tinggal beberapa bulan yang lepas. Jika beberapa bulan yang lepas aku berani bertarung dengan diri aku yang gemuk lagi hina ini, apa salahnya jika aku berani untuk bertarung balik dengan diri aku. 3 bulan aku bertarung dengan diri aku dan aku berjaya menurun sebanyak 20 kg dalam 3 bulan.
Hidup aku tidak seperti orang lain yang tiada masa sebenarnya. Hidup aku banyak masa yang terbazir macam itu saja. Jika aku berani berlawan dengan nafsu aku iaitu MAKANAN maka aku akan berjaya dihari yang akan datang. Jika aku berjaya dengan nafsu HASUTAN maka aku akan berjaya menempuh segala hasutan daripada kiri kanan depan belakang dan dimana saja aku berada.
Kini aku harus kembali kepada beberapa bulan yang lepas untuk aku bertarung balik dengan jiwa kegemukan aku ini
Aku Baru saja habis tengok Toy story 3. Buat pertama kali aku tengok cerita karton membuatkan aku terkenang semua barang-barang mainan aku yang semuanya telah aku bagi kat adik sedara aku dan ada juga yang telah aku musnahkan. Bila aku terkenang balik semua mainan aku, Semuanya aku dapat ialah
Transformer + ultraman + Starwars + Mask Rider yang lama punya + Spawn + Lego + batman + Superman + Cyber Cop + Robocop + Ninja turtle + x-men dan lain-lain yang aku tak beberapa nak ingat sangat
secara amnya aku selalu dapat transformer bila menjelang hari jadi aku. Terima kasih kepada makcik aku ( wanchik ) yang setiap kali hari jadi aku dia akan belikan aku hadiah Transformer. Masa waktu itu bagi aku permainan seperti kosong. bila dah bosan main buang dan campak kat dalam raga.
Kalau lah aku jaga dengan betul aku rasa barang permainan aku boleh jadi koleksi peribadi yang mahal dengan harga sekarang. Sayangnya ada yang telah aku hilangkan, hancurkan dan tanamkan.
Toy story 3 membuatkan aku menitiskan sedikit air mata bila aku tengok andy dah besar dan tak lagi bermain dengan anak patut. Sama juga seperti aku. Lebih kurang saja perangai masa kecil dan besar. Apa-apa pun kalau ada yang sesiapa punyai permainan lagi jagalah dengan elok dan kalau tak nak pun simpanlah untuk anak-anak atau anak sedara =)
ini Scene terakhir yang membuatkan aku lagi touching
Disini saya ingin memberi tahu kepada, Kawan-kawan, rakan-rakan atau sesiapa yang yang buat pertama kali bermain Guitar live didepan orang. Mungkin ada yang tak tahu apa barang yang patut bawa dan ada yang dah tahu apa barang patut bawa. Tetapi ada sedikit barang lagi yang harus anda bawa kot-kot terjadi masalah bila sampai nanti.
Seperti saya, Perkara seperti ini sering saja saya alami
-Kalau Gig biasa, cadangan saya bawalah Cabel guitar yang anda rasa cukup panjang untuk anda dan pastikan ada cabel lebih untuk back up
-Guitar effect sentiasa harus bawa kalau ada show
-Extension nie kena jaga-jaga kadang-kadang kat gig tu tiba-tiba plug dia tak boleh pakai. Jadi anda harus bersiap sedia untuk back up.
3 barang yang saya cakap tadi sebenarnya memang penting sebab kalau terjadi apa-apa.
orang yang membuat gig dia tak akan back up barang untuk anda.mungkin ada beberapa barang yang saya lupakan lagi disini. Jadi saya akan tulis full list yang sepatutnya anda bawa secara Am.
-Extra tali guitar ( kalau boleh beli pack baru dan sama jenis jenama. kalau lain jenama untuk tali pasang diguitar, anda akan dapat rasa bezanya ia )
-Pick guitar extra untuk kesusaian anda bila didalam gig
-Kepada pemain drum Beli stick drum. harga kalau nak stick sedap tapi harga murah dalam Rm 40 ringgit. kalau beli stick murah harga rm 10 cepat patah ( ini daripada orang pengelaman berkata )
-Cabel guitar extra mesti ada 3. Sebab 1 cabel dah untuk guitar efffect, satu lagi mesti sangkut kat guitar Dan satu lagi kena extra sebab mungkin salah satu cabel mungkin akan buat hal didalam gig nanti.
-Panjang kabel harus diukur sesuaian. sebenarnya lagi panjang lagi bagus.
-Plug elektrik lebih juga penting seperti apa saya cakap diatas
Cara-cara jaga cabel pun ada juga caranya. Cabel haruslah digulung secara bulat.Ikut cara kabel itu bergulung dari arah mana. Kalau boleh beli cabel yang tebal sebab itu dapat menampung kapasiti bunyi yang akan dikeluarkan ( kata orang yang pengalaman ) dan bila kabel itu tebal dia tak cepat rosak. kalau elok lagi kepala kabel itu boleh diputuskan sebab jika kabel itu rosak. anda boleh beli tali cabel baru dan tukarkan kepala kebel yang lama anda ada.
Untuk kawan-kawan yang tak tahu mana nak dapat barang ini semua, boleh ke kedai guitar. tak pun kalau nak cari 2nd hand effect boleh cari di MUDAH.COM ( senang saja ) . Harga tali guitar dikedai ikut harga kedai. kalau beli kat Bently tali guitar ernie ball Rm 20-40 ringgit dah boleh dapat.
Penjagaan tali guitar juga adalah penting. Selepas main guitar haruslah lap tali guitar dengan kain. kalau Anda rasa kaya, boleh beli liquid kat kedai guitar. =)
itu saja tips saya. Minta maaf kalau tak seberapa bagus untuk tips ini, jika kalau ada kesulitan boleh tanya lagi =)
Kali pertama aku kenali hujan semasa kawan aku zaim berada di australia. Dia suruh aku cari dan dengar kumpulan nama hujan. Pada waktu itu, aku ingatkan kumpulan ini tak wujud, sebab kawan aku selalu kenakan aku. Asalnya dia suruh cari nama hujan. Bila aku cari kat youtube memang tak ada masa tu. Jadi aku suruh dia kasi tajuk lagu. Lagu pertama dia suruh aku cari ialah lagu Hiba. Asalnya aku tergelak jelah sebab hiba. Hiba ini maksud dia ialah duka atau sedih dalam bahasa yang lagi mendalam. Bila aku cari memang ada. Diatas inilah Video pertama dan lagu pertama aku dengar Hujan-Hiba.
Cukup untuk sekali aku dengar melodi dia dan lirik dia, membuatkan aku terasa hebatnya brader nie. Sampaikan boleh buat lagi macam ini. Aku lagi tertarik masa waktu chorus dia. Ia membuatkan aku teringat akan semua kisah-kisah aku yang telah berlalu. Diwaktu itu aku terasa aku pun harus buat lagu seperti brader ini. Band hujan juga membuatkan aku terasa seperti sudah tibanya ahli kugiran-kugiran yang lain bersedia untuk bangun. Diwaktu hujan sedang melebarkan sayapnya. Seperti biasa, ramai pula yang maki dan caci. Bagi itu, itu hak setiap orang. Aku sukakan hasil kerja mereka. Jangan cakap tak cukup bagus melainkan anda yang buat. Secara jujurnya memang aku ada juga kumpulan yang tak suka. Seperti band-band malaysia yang aku rasa semua orang pun tak beberapa gemar ( itu sendiri fikikirlah ).
Tetapi hasil karya dari hujan ini unik. Bagi aku masa hujan membawa lagu aku scandal yang noh ada bercakap chek chek chek, rock rock rock. waktu itu aku rasakan itulah gaya hujan yang patut ada sebenarnya. Tetapi diwaktu recording yang superb punya, bagi aku ia seperti mencacatkan image yang bebas untuk hujan.
Pandangan aku, sepatutnya lagu hiba yang patut hujan kemukakan kepada AJL dimana hujan jatuh ditangan artis yang lain. Bagi aku lagu itu biasa, tetapi ia hebat didalam biasa itu. Contoh macam lagu Yuna - Dan sebenarnya. Bagi aku Lagu hiba memang boleh menang kalau berlawan dengan lagu Hiba , lagu aizat pun sama.
apa-apa pun bagi aku, lagu terbaik diantara banyak-banyak lagu hujan adalah lagu hiba. =)
Dan bila aku baca lirik dia balik secara betul-betul. apa yang dia ceritakan seperti apa yang terjadi kat aku.
Ayat pertama:
Dalam hidup ku ini Puas ku tunggu Sesuatu yang ingin ku milikinya
Didalam blog lama aku pun aku selalu ada cakap macam nie. Bahkan didalam diri aku pun selalu berkata macam ini. Aku sudah puas menunggu yang aku rasa seperti mungkin tidak akan hadir.
Ayat kedua:
Aku pendamkan semuanya Kau tekan emosi di fikiran aku menyambut tuduhan
Aku memang pendamkan semuanya daripada setiap-setiap perkara didalam hidup aku. Daripada aku suka orang mahupun apa orang yang buat terhadap aku. tiada dendam sebenarnya cuma aku terkejut dengan tindakan orang yang diluar batas sebenarnya. Ayat seterusnya kadangkala ada orang menekan emosi fikiran kita seperti Cakap diluar batasan sebenarnya. Seperti aku terjadi, aku memang usha kawan dia tapi aku tak pernah berharap langsung yang aku akan suruh dia tolong aku, lalu dia menyuduh aku rapat dengan dia pasal kawan dia..EH bullshit ok..kemudian kejadian yang baru-baru ini menimpa aku. fikiran aku bercakap dengan diri aku yang ada orang melemparkan tuduhan dan aku menyambut tuduhan itu dengan berfikir kenapa manusia ini bodoh dan akal cetek sebenarnya?
Ayat ketiga:
Aku hanya mampu bernyanyi Mimpi-mimpi terang itu Membuat aku terus berlari
Aku hanya mampu bernyanyi sebab aku itu saja yang aku mampu teruskan untuk membuat aku berasa hilang masalah yang dihadapi dan apa yang aku impikan cita-cita aku, haruslah aku bekerja keras untuk berlari mengejarnya. tak kisah apa pun yang akan terjadi sebenarnya.Keluar duit, masuk duit, hilang duit dan sebagainya. kerana kita ingin mengejar mimpi kita harus berani masukkan mimpi didalam alam yang nyata..
Ayat Terakhir:
Andainya langkah kaki aku terhenti Akhir semua pengakhiran melodi ini
Aku suka mencipta lagu dan lirik sendiri, banyak juga lagu yang aku telah cipta sebenarnya ( bukan nak belagak atau angkuh, tapi ini kennyataan. Dalam masa 1 tahun aku mampu buat dalam 20 melodi yang aku rasa menarik, dan akhirnya ada yang aku lupa dan ada yang aku tidak lupa ) . Aku pernah juga terfikir andainya ilham aku terhenti apa yang akan terjadi dengan aku?. Ini cuma apa yang aku rasa sejak akhir-akhir ini. Sebelum aku mengenali seorang gadis ini, aku berjaya menghasilkan karya yang terbaik didalam hidup aku.Malangnya selepas itu ilham aku tidak datang mencurah-curah sebab tiada siapa disekeliling aku ( maksud aku aweks ). Sehinggalah aku bertemu dengan seseorang yang pada asalnya aku anggap sebagai kawan ( sebenarnya dah lama usha tapi kawan dia tah macam mana boleh plak bagi tahu kat dia apa yang aku cakap pasal dia lalu 1 tahun aku dan dia tak bertegur siapa )
Secara jujurnya aku tulis disini.sejak dia muncul balik didalam hidup aku. aku memang nak usha dia balik. Cuma aku perlu tukarkan cara aku yang baik hati. sebab Kebanyakan perempuan yang aku usha, semua mengatakan aku ini terlampau baik untuk mereka. akhirnya aku dapat tahu mereka bersama orang yang nakal lebih daripada aku seperti EGOnya tinggi. Jadi aku Fikir aku pun harus jadi bergitu. Ini semua berpunca daripada seorang daripada seorang gadis bernama aqilah pada asalnya. Asalnya aku cakap dengan perempuan Saya dan awak. pasal dia kata nak rapat macam kawan rapat, jadi aku pun bertutur aku kau dengan dia.Sehinggalah dia mengeluarkan sesuatu kata yang aku rasa cukup bermakna bagi aku. Tetapi janji dia telah menghalangkan aku. Dia pernah berjanji dengan kawan aku yang dia tak akan bercinta sesiapa yang berkawan dengan kawan aku. (Xbf dia ialah kawan sekolah menengah aku)
Untuk diikutkan cerita, akhirnya aku terpaksa melepaskan dia sebab aku pernah berjanji dengan dia bahwa aku akan jaga dia sampai dia bertemu dengan orang yang sesuai untuk jaga dia. Tetapi didalam keadaan itu, dia menipu aku selama 1 tahun. sebelum 1 tahun itu, aku terpaksa mengulangi kertas peperiksaan SPM kerana ada kertas yang aku tersangkut sebenarnya. 1 tahun selepas spm aku menunggu dia sebab aku nak tumpukan perhatian. Sebelum menjelang SPM aku Telefonnya bertanyakan segalanya. Akhirnya dia berterus terang dengan aku. Walaupun berat untuk dia, lagi berat untuk aku. Pada saat itu aku hilang semuanya.Aku rasakan " apa yang terjadi sebenarnya dengan aku nie? " kegagalan aku berpunca daripada perkataan janji yang kawan aku dah buat persetujuan dengannya.
Dengan kisah baru aku ini pula, kawannya seperti mengata aku. Aku sedikit pun tak pernah ambil peduli pasal nak tolong ke atau tidak.Sebab sejak aku kenali Gadis ini. Hidup aku tak pernah kosong kembali seperti hari-hari biasa aku lalui. Aku mendapat sedikit kegembiraan didalam muka yang 100% tak tahu muka tulen ke tidak. Sejak aku mengenali dia, Aku dapat mencipta lagu yang aku rasa itu adalah karya yang terbagus. Walaupun aku tidak buat untuk dia, tetapi untuk orang lain, sejak-sejak ini baru aku mula menyedari. Sejak aku kehilangan dia, Ilham aku telah pudar. Sikit pun aku tak dapat mencari. Apakah ini benar untuk aku? pengakhiran melodi untuk aku setelah dia pergi?
Sebaik saja aku buat lagu tentang aku dengan dia. Terus aku tak dapat mencipta apa-apa yang mendatangkan hasil. Sebelum itu aku pernah bagi band aku dengar, Mereka kata melodi dia lagi menarik daripada Lagu Sepi yang orang kata ciptaan terbaik dalam sejarah hidup aku. Cuma liriknya saja band aku tak dengar lagi. Ego aku mengajar aku supaya bertahan. ini semua salah anggap. Jika betul SMS terakhirnya mengatakan kami ini adalah kawan rapat. kenapa harus bergini? Aku pun pelik, kenapa setiap kali terjadi seperti ini. Kawannya itu terlibat? Tak pernah aku meminta sedikit bantuan daripadanya. entahlah.
Apa-apa pun bagi aku. Setiap orang ada ceritanya tersendiri.
Dan ini adalah cerita aku.
cerita yang aku rasa seperti kisah aku hadapi.
kadang-kadang serangkap baris lirik pun kita dengar dah kita terasa bukan?
walaupun bukan semua terkena pada kita, walaupun suku daripadanya.
kita tetap akan merasa apa yang kita lalui sekali lagi.
Hari ini ialah hari terakhir dibulan Syawal persamaan dengan hari jumaat. Raya hari jumaat dan berakhir pun pada hari jumaat. Hari ini pula aku sakit perut akibat makan nasi lemak. Tapi harap-harap taklah bergitu lama yang aku baru-baru nie kena 7 hari sakit perut yang teramat. setiap kali tercirit. hari kat luar pula bercuaca mendung. aktiviti aku tak bergitu memberangsangkan pula.
Danish yang mak aku jaga anak orang hari ini tak datang.
Jadi aku terasa sedikit kebosanan sebab kadang-kadang aku mandikan danish, lepas tu bergurau dengan dia. Sayang betul aku dengan dia nie. rasa macam anak sendiri pun ada sebenarnya sebab dia masih budak-budak. Tahun nie dia 3 tahun, tapi perangai macam 4-5 tahun hehehe!!!
kereta kancil aku pula penghawa dinding rosak. Tadi aku bawa kereta macam keluar bau sesuatu yang macam sakitkan hidung aku. ada rasa macam tersemput aku bau sebenarnya. Ingatkan abang akmal nak suruh aku repair hari nie. tapi dia pula keluar entah kemana jap tadi. Aku pun buntulah apa nak buat hari nie.
Nak telefon member ajak keluar. Bosan, jadi baik aku menghabiskan masa dengan menghadap Komputer + guitar ( belajar apa yang patut ) dan membaca berita untuk pengetahuan am.
Bill maxis aku masih lagi tak tertutup, Nak tutup kena pergi ke Maxis center kat TTDI damansara tuh, KLCC tak pun kat sunway. Kalau kat kedai biasa diorang tak boleh nak tutup bill. DUH!! gua tension pakai 2 bill dalam 1 masa. maxis dengan celcom. Dah aku jarang gile pakai phone. dulu bolehlah cerita. sekarang aku pun dah berubah, Nak calling orang jangan haraplah, SMS pun ikut mood. Kadang-kadang orang call pun aku tak angkat. Sebab aku tengok tv, kadang-kadang aku tertidur. Esok harinya baru lah aku tengok Telefon bimbit aku. bila aku tengok, jadi aku malas nak call balik. sebab bagi aku itu cerita semalam.
Tapi secara jujurnya aku dah malas nak keluar jalan-jalan kesana-sini. aku perlukan masa untuk baiki diri aku yang aku rasa dah rosak nie. Aku perlu sedikit waktu untuk hilangkan apa yang aku fikir tentang semua disekeliling aku.jenis aku, sekali kau ketuk ke apa. aku akan balas balik.jika sekali aku cakap macam tu aku akan buat. Tapi apakah manusia yang lain tak faham kenapa?
Aku masih pura-pura didalam muka aku ini. Jika aku ikutkan hati, akal dan perasaan. Aku rasa semuanya akan terasa dan berdendam dengan aku. sebab kata-kata aku ini akan membuat orang terasa. aku cakap apa yang aku nampak dari mata aku, aku cakap daripada saluran fikiran aku. apa hati melihat dan merasa sengsara. Tapi manusia tetap manusia. lebih baik daripada binatang daripada manusia sebenarnya.jahat sama seperti iblis dan syaitan.
hari terakir syawal ini aku berharap sesiapa yang terbaca blog aku ini. harap dia sedar akan semua perbuatannya. aku pun hamba yang biasa. aku sedar apa aku buat. adakalanya kita ada batas disetiap perbuatan. kita harus hormat dan menghormati hak persendirian setiap orang. jangan mengamuk tak tentu pasal dan sebagainya. orang tak nak cakap atau menyimpan rahasia, biarlah dia yang membebankan dirinya. jika dia masih mampu menyimpan didalam hati, biarkan. Kita gembira seperti biasa walaupun kita tahu ada sesuatu sebenarnya.
ramai manusia tidak tahu perkara macam nie. =) akhir kata dihari ini. Selamat hari raya maaf zahir dan batin. salah silap saya sila maafkan, Saya hamba seperti anda juga. jika terasa dengan blog ini. Ini hanya luahan hati saya disini dan tiada simpan didalam lubuk hati. bukan untuk memburukan setiap orang. cuma saya ingin anda mempelajari dan peringati sahaja =)
Zaman sekarang basic duit gaji Rm 700-800 sebulan. itu tak campur dengan overtime dan tolak kwsp dan sebagainya. Ada pula gaji yang bawa 600-400 sebulan. bukan aku marah cuma antara mereka-mereka ini tidak terfikir ke pekerja-pekerja mereka? nak kena bayar bill, lepas tu transport nak ke tempat kerja lagi.
bagi aku kalau gaji 700 pun tak cukup sebab sewa rumah pun 1 bilik dah dalam 100-300 Ringgit. itu kalau yang dah campur dengan bill elektrik. kalau tak campur lagi fikir-fikirlah kena tambah 50 sekali air dengan elektrik. lepas tu kos naik kenderaan awam. kalau sehari pergi balik dah dalam Rm4.00 seminggu dah berapa?. Nak cari kedai makan yang murah bukan senang. Kedai makan sekarang paling murah kalau kat kedai mamak nasi+ayam dah Rm 5 ringgit tak campur air. sehari nak makan berapa kali? kalau betul-betul orang tu sanggup makan sehari sekali tak apa. kalau sehari 2 kali dah sehari Rm 10 ringgit. kalau 30 hari?
senang cerita 700+800 memang tak cukup kalau orang yang tinggal seorang ke atau yang bekeluarga. itu aku tak campur lagi dengan siapa yang ada kereta dengan motor. Orang cakap harus berjimat cermat. tapi bagaimana untuk harus berjimat cermat jika kalau ada saja untuk digunakan?
sebenarnya duit adalah penting dalam kehidupan. Apa yang kita mahu semua kena duit. nak ke tandas pun kena pakai duit 20 sen. kalau 100 orang ke tandas 20sen. sehari dia dah untuk lumayan dah.
entahlah....tengoklah perancangan yang kerajaan nak buat dengan semua orang..
swasta ke kerajaan ke bagi aku semua sama. susahlah. hmmmm
Publika Busking, at Merdekarya
-
Merdekarya has been helping out the singer songwriter a lot with the
Publika busking. The finance support over this lubang is very important for
the arti...
Back to blogging again!
-
Assalamualaikum~
Yes, Im back to blogging, as much as I can! Only this time as a wife and a
MOM! Now, Im the proud Mama of a beautiful baby girl, and im re...
nooooo
-
malu malu malu malu malu maluuuuuuuuuuu... rasa nak menyorok dalam almari
selama-lamanya huhuhuh. terpaksa aku deactivate balik fb buat kali yang
_______...
KL 48 Hour Film Project
-
*KUALA LUMPUR, SEPTEMBER 2010 -* Pertandingan *48 Hour Film Project*
peringkat antarabangsa bermula pada tahun 2001 dan diilhamkan bagi menjawab
persoal...
PENGUTIP DAUN
-
Dahulu di sebuah kota di Madura, ada seorang nenek tua penjual bunga
cempaka. Ia menjual bunganya di pasar, setelah berjalan kaki cukup jauh.
Usai jualan, ...