Dalam hidup ku ini
Puas ku tunggu
Sesuatu yang ingin ku milikinya
Aku pendamkan semuanya
Kau tekan emosi di fikiran aku menyambut tuduhan
Aku hanya mampu bernyanyi
Mimpi-mimpi terang itu
Membuat aku terus berlari
Andainya langkah kaki aku terhenti
Akhir semua pengakhiran melodi ini
Aku pendamkan semuanya
Kau tekan emosi di fikiran aku menyambut tuduhan
Aku hanya mampu bernyanyi
Mimpi-mimpi terang itu
Membuat aku terus berlari
Aku hanya mampu bernyanyi
Mimpi-mimpi terang itu
Membuat aku terus berlari
Aku hanya mampu bernyanyi
Mimpi-mimpi terang itu
Membuat aku terus berlari
-------------------------------------------------------
Dan bila aku baca lirik dia balik secara betul-betul. apa yang dia ceritakan seperti apa yang terjadi kat aku.
Ayat pertama:
Dalam hidup ku ini
Puas ku tunggu
Sesuatu yang ingin ku milikinya
Puas ku tunggu
Sesuatu yang ingin ku milikinya
Didalam blog lama aku pun aku selalu ada cakap macam nie. Bahkan didalam diri aku pun selalu berkata macam ini. Aku sudah puas menunggu yang aku rasa seperti mungkin tidak akan hadir.
Ayat kedua:
Aku pendamkan semuanya
Kau tekan emosi di fikiran aku menyambut tuduhan
Kau tekan emosi di fikiran aku menyambut tuduhan
Aku memang pendamkan semuanya daripada setiap-setiap perkara didalam hidup aku. Daripada aku suka orang mahupun apa orang yang buat terhadap aku. tiada dendam sebenarnya cuma aku terkejut dengan tindakan orang yang diluar batas sebenarnya. Ayat seterusnya kadangkala ada orang menekan emosi fikiran kita seperti Cakap diluar batasan sebenarnya. Seperti aku terjadi, aku memang usha kawan dia tapi aku tak pernah berharap langsung yang aku akan suruh dia tolong aku, lalu dia menyuduh aku rapat dengan dia pasal kawan dia..EH bullshit ok..kemudian kejadian yang baru-baru ini menimpa aku. fikiran aku bercakap dengan diri aku yang ada orang melemparkan tuduhan dan aku menyambut tuduhan itu dengan berfikir kenapa manusia ini bodoh dan akal cetek sebenarnya?
Ayat ketiga:
Aku hanya mampu bernyanyi
Mimpi-mimpi terang itu
Membuat aku terus berlari
Mimpi-mimpi terang itu
Membuat aku terus berlari
Aku hanya mampu bernyanyi sebab aku itu saja yang aku mampu teruskan untuk membuat aku berasa hilang masalah yang dihadapi dan apa yang aku impikan cita-cita aku, haruslah aku bekerja keras untuk berlari mengejarnya. tak kisah apa pun yang akan terjadi sebenarnya.Keluar duit, masuk duit, hilang duit dan sebagainya. kerana kita ingin mengejar mimpi kita harus berani masukkan mimpi didalam alam yang nyata..
Ayat Terakhir:
Andainya langkah kaki aku terhenti
Akhir semua pengakhiran melodi ini
Akhir semua pengakhiran melodi ini
Aku suka mencipta lagu dan lirik sendiri, banyak juga lagu yang aku telah cipta sebenarnya ( bukan nak belagak atau angkuh, tapi ini kennyataan. Dalam masa 1 tahun aku mampu buat dalam 20 melodi yang aku rasa menarik, dan akhirnya ada yang aku lupa dan ada yang aku tidak lupa ) . Aku pernah juga terfikir andainya ilham aku terhenti apa yang akan terjadi dengan aku?. Ini cuma apa yang aku rasa sejak akhir-akhir ini. Sebelum aku mengenali seorang gadis ini, aku berjaya menghasilkan karya yang terbaik didalam hidup aku.Malangnya selepas itu ilham aku tidak datang mencurah-curah sebab tiada siapa disekeliling aku ( maksud aku aweks ). Sehinggalah aku bertemu dengan seseorang yang pada asalnya aku anggap sebagai kawan ( sebenarnya dah lama usha tapi kawan dia tah macam mana boleh plak bagi tahu kat dia apa yang aku cakap pasal dia lalu 1 tahun aku dan dia tak bertegur siapa )
Secara jujurnya aku tulis disini.sejak dia muncul balik didalam hidup aku. aku memang nak usha dia balik. Cuma aku perlu tukarkan cara aku yang baik hati. sebab Kebanyakan perempuan yang aku usha, semua mengatakan aku ini terlampau baik untuk mereka. akhirnya aku dapat tahu mereka bersama orang yang nakal lebih daripada aku seperti EGOnya tinggi. Jadi aku Fikir aku pun harus jadi bergitu. Ini semua berpunca daripada seorang daripada seorang gadis bernama aqilah pada asalnya. Asalnya aku cakap dengan perempuan Saya dan awak. pasal dia kata nak rapat macam kawan rapat, jadi aku pun bertutur aku kau dengan dia.Sehinggalah dia mengeluarkan sesuatu kata yang aku rasa cukup bermakna bagi aku. Tetapi janji dia telah menghalangkan aku. Dia pernah berjanji dengan kawan aku yang dia tak akan bercinta sesiapa yang berkawan dengan kawan aku. (Xbf dia ialah kawan sekolah menengah aku)
Untuk diikutkan cerita, akhirnya aku terpaksa melepaskan dia sebab aku pernah berjanji dengan dia bahwa aku akan jaga dia sampai dia bertemu dengan orang yang sesuai untuk jaga dia. Tetapi didalam keadaan itu, dia menipu aku selama 1 tahun. sebelum 1 tahun itu, aku terpaksa mengulangi kertas peperiksaan SPM kerana ada kertas yang aku tersangkut sebenarnya. 1 tahun selepas spm aku menunggu dia sebab aku nak tumpukan perhatian. Sebelum menjelang SPM aku Telefonnya bertanyakan segalanya. Akhirnya dia berterus terang dengan aku. Walaupun berat untuk dia, lagi berat untuk aku. Pada saat itu aku hilang semuanya.Aku rasakan " apa yang terjadi sebenarnya dengan aku nie? " kegagalan aku berpunca daripada perkataan janji yang kawan aku dah buat persetujuan dengannya.
Dengan kisah baru aku ini pula, kawannya seperti mengata aku. Aku sedikit pun tak pernah ambil peduli pasal nak tolong ke atau tidak.Sebab sejak aku kenali Gadis ini. Hidup aku tak pernah kosong kembali seperti hari-hari biasa aku lalui. Aku mendapat sedikit kegembiraan didalam muka yang 100% tak tahu muka tulen ke tidak. Sejak aku mengenali dia, Aku dapat mencipta lagu yang aku rasa itu adalah karya yang terbagus. Walaupun aku tidak buat untuk dia, tetapi untuk orang lain, sejak-sejak ini baru aku mula menyedari. Sejak aku kehilangan dia, Ilham aku telah pudar. Sikit pun aku tak dapat mencari. Apakah ini benar untuk aku? pengakhiran melodi untuk aku setelah dia pergi?
Sebaik saja aku buat lagu tentang aku dengan dia. Terus aku tak dapat mencipta apa-apa yang mendatangkan hasil. Sebelum itu aku pernah bagi band aku dengar, Mereka kata melodi dia lagi menarik daripada Lagu Sepi yang orang kata ciptaan terbaik dalam sejarah hidup aku. Cuma liriknya saja band aku tak dengar lagi. Ego aku mengajar aku supaya bertahan. ini semua salah anggap. Jika betul SMS terakhirnya mengatakan kami ini adalah kawan rapat. kenapa harus bergini? Aku pun pelik, kenapa setiap kali terjadi seperti ini. Kawannya itu terlibat? Tak pernah aku meminta sedikit bantuan daripadanya. entahlah.
Apa-apa pun bagi aku. Setiap orang ada ceritanya tersendiri.
Dan ini adalah cerita aku.
cerita yang aku rasa seperti kisah aku hadapi.
kadang-kadang serangkap baris lirik pun kita dengar dah kita terasa bukan?
walaupun bukan semua terkena pada kita, walaupun suku daripadanya.
kita tetap akan merasa apa yang kita lalui sekali lagi.
membuatkan kita terkenang situasi itu balik
No comments:
Post a Comment