Monday, October 11, 2010

Episode 72 ( Kerana aku dan muzik )


Oh Hiba,
memang waktu ini kaulah temanku,
Memang hidup,
apa-apa pun ajal yang kau temu,
Memang tuhan sayangkanmu,
Ku tatap gambarmu tak jemu,
Harus Kuterukan Hidup,
Walaupun perit tanpamu,
Tetap ku peluk erat memori kau dan aku,
Harus kuteruskan hidup,
walaupun perit tanpamu,
Kudoakan agar kau sentiasa bahagia,
disana..

Kali pertama aku kenali hujan semasa kawan aku zaim berada di australia. Dia suruh aku cari dan dengar kumpulan nama hujan. Pada waktu itu, aku ingatkan kumpulan ini tak wujud, sebab kawan aku selalu kenakan aku. Asalnya dia suruh cari nama hujan. Bila aku cari kat youtube memang tak ada masa tu. Jadi aku suruh dia kasi tajuk lagu. Lagu pertama dia suruh aku cari ialah lagu Hiba. Asalnya aku tergelak jelah sebab hiba. Hiba ini maksud dia ialah duka atau sedih dalam bahasa yang lagi mendalam. Bila aku cari memang ada. Diatas inilah Video pertama dan lagu pertama aku dengar Hujan-Hiba.

Cukup untuk sekali aku dengar melodi dia dan lirik dia, membuatkan aku terasa hebatnya brader nie. Sampaikan boleh buat lagi macam ini. Aku lagi tertarik masa waktu chorus dia. Ia membuatkan aku teringat akan semua kisah-kisah aku yang telah berlalu. Diwaktu itu aku terasa aku pun harus buat lagu seperti brader ini. Band hujan juga membuatkan aku terasa seperti sudah tibanya ahli kugiran-kugiran yang lain bersedia untuk bangun. Diwaktu hujan sedang melebarkan sayapnya. Seperti biasa, ramai pula yang maki dan caci. Bagi itu, itu hak setiap orang. Aku sukakan hasil kerja mereka. Jangan cakap tak cukup bagus melainkan anda yang buat. Secara jujurnya memang aku ada juga kumpulan yang tak suka. Seperti band-band malaysia yang aku rasa semua orang pun tak beberapa gemar ( itu sendiri fikikirlah ).

Tetapi hasil karya dari hujan ini unik. Bagi aku masa hujan membawa lagu aku scandal yang noh ada bercakap chek chek chek, rock rock rock. waktu itu aku rasakan itulah gaya hujan yang patut ada sebenarnya. Tetapi diwaktu recording yang superb punya, bagi aku ia seperti mencacatkan image yang bebas untuk hujan.

Pandangan aku, sepatutnya lagu hiba yang patut hujan kemukakan kepada AJL dimana hujan jatuh ditangan artis yang lain. Bagi aku lagu itu biasa, tetapi ia hebat didalam biasa itu. Contoh macam lagu Yuna - Dan sebenarnya. Bagi aku Lagu hiba memang boleh menang kalau berlawan dengan lagu Hiba , lagu aizat pun sama.

apa-apa pun bagi aku, lagu terbaik diantara banyak-banyak lagu hujan adalah lagu hiba. =)
Dan ini cuma pandangan aku .

No comments:

Post a Comment