Monday, February 15, 2010

Episode 36 ( Tamaknya aku )

Mungkin aku rasa aku nie tamak, semua aku nak jadi. tapi tamak aku pun ada batasnya lagi.
kadang-kadang aku rasa, aku macam nak tinggalkan band aku pinguin. sebab aku rasa, aku nak jadi orang tulang belakang, tetapi fikirkan balik rasa tak perlu. sebab aku yang tubuhkan, entahlah. ini cuma aku rasa je. tak ada apa-apa pun didalam fikiran aku sekarang nie, cuma perasaan saja.

lagu sepi dah siap, tapi joe sms aku dia berkata lagu nie tak cukup perfect lagi. dia tak puas hati, sebab kalau nak bagi Ep macam nie kat orang baik tak payah. lebih kurang macam tu lah. sebab aku nak Ep pertama aku lagu sepi tu boleh diterima orang, dan aku nak instrument dia lancar. minta maaf kepada lone kalau dia saja-saja bukak page aku nie.

aku tak nak ada bunyi-bunyi sumbang, kalau buat bunyi sumbang mesti kena tolak. sekarang nie jangan tengok cara lagi, kita kena buat orang boleh terima dengan kita,bila orang dah kenal dengan kita baru kita buat sesuatu yang baru dan unic. pendengar dimalaysia nie susah untuk kita ramalkan. mereka bukan seperti dinegara-negara luar.

tepuk dada tanyalah selera masing-masing.....
kenapa kita tak suka artis negara kita sendiri tetapi kita suka artis negara asing..
lu fikirlah sendiri kata nabil.
kalau suka pun atas dasar raut wajah sahaja.


No comments:

Post a Comment