Thursday, October 14, 2010

Episode 73 ( Tips-tips barang untuk ke Gig )



Disini saya ingin memberi tahu kepada, Kawan-kawan, rakan-rakan atau sesiapa yang yang buat pertama kali bermain Guitar live didepan orang. Mungkin ada yang tak tahu apa barang yang patut bawa dan ada yang dah tahu apa barang patut bawa. Tetapi ada sedikit barang lagi yang harus anda bawa kot-kot terjadi masalah bila sampai nanti.

Seperti saya, Perkara seperti ini sering saja saya alami

-Kalau Gig biasa, cadangan saya bawalah Cabel guitar yang anda rasa cukup panjang untuk anda dan pastikan ada cabel lebih untuk back up

-Guitar effect sentiasa harus bawa kalau ada show

-Extension nie kena jaga-jaga kadang-kadang kat gig tu tiba-tiba plug dia tak boleh pakai. Jadi anda harus bersiap sedia untuk back up.

3 barang yang saya cakap tadi sebenarnya memang penting sebab kalau terjadi apa-apa.
orang yang membuat gig dia tak akan back up barang untuk anda.mungkin ada beberapa barang yang saya lupakan lagi disini. Jadi saya akan tulis full list yang sepatutnya anda bawa secara Am.

-Extra tali guitar ( kalau boleh beli pack baru dan sama jenis jenama. kalau lain jenama untuk tali pasang diguitar, anda akan dapat rasa bezanya ia )

-Pick guitar extra untuk kesusaian anda bila didalam gig

-Kepada pemain drum Beli stick drum. harga kalau nak stick sedap tapi harga murah dalam Rm 40 ringgit. kalau beli stick murah harga rm 10 cepat patah ( ini daripada orang pengelaman berkata )

-Cabel guitar extra mesti ada 3. Sebab 1 cabel dah untuk guitar efffect, satu lagi mesti sangkut kat guitar Dan satu lagi kena extra sebab mungkin salah satu cabel mungkin akan buat hal didalam gig nanti.

-Panjang kabel harus diukur sesuaian. sebenarnya lagi panjang lagi bagus.

-Plug elektrik lebih juga penting seperti apa saya cakap diatas

Cara-cara jaga cabel pun ada juga caranya. Cabel haruslah digulung secara bulat.Ikut cara kabel itu bergulung dari arah mana. Kalau boleh beli cabel yang tebal sebab itu dapat menampung kapasiti bunyi yang akan dikeluarkan ( kata orang yang pengalaman ) dan bila kabel itu tebal dia tak cepat rosak. kalau elok lagi kepala kabel itu boleh diputuskan sebab jika kabel itu rosak. anda boleh beli tali cabel baru dan tukarkan kepala kebel yang lama anda ada.

Untuk kawan-kawan yang tak tahu mana nak dapat barang ini semua, boleh ke kedai guitar. tak pun kalau nak cari 2nd hand effect boleh cari di MUDAH.COM ( senang saja ) . Harga tali guitar dikedai ikut harga kedai. kalau beli kat Bently tali guitar ernie ball Rm 20-40 ringgit dah boleh dapat.

Penjagaan tali guitar juga adalah penting. Selepas main guitar haruslah lap tali guitar dengan kain. kalau Anda rasa kaya, boleh beli liquid kat kedai guitar. =)

itu saja tips saya. Minta maaf kalau tak seberapa bagus untuk tips ini, jika kalau ada kesulitan boleh tanya lagi =)

No comments:

Post a Comment