Danish yang mak aku jaga anak orang hari ini tak datang.
Jadi aku terasa sedikit kebosanan sebab kadang-kadang aku mandikan danish, lepas tu bergurau dengan dia. Sayang betul aku dengan dia nie. rasa macam anak sendiri pun ada sebenarnya sebab dia masih budak-budak. Tahun nie dia 3 tahun, tapi perangai macam 4-5 tahun hehehe!!!
kereta kancil aku pula penghawa dinding rosak. Tadi aku bawa kereta macam keluar bau sesuatu yang macam sakitkan hidung aku. ada rasa macam tersemput aku bau sebenarnya. Ingatkan abang akmal nak suruh aku repair hari nie. tapi dia pula keluar entah kemana jap tadi. Aku pun buntulah apa nak buat hari nie.
Nak telefon member ajak keluar. Bosan, jadi baik aku menghabiskan masa dengan menghadap Komputer + guitar ( belajar apa yang patut ) dan membaca berita untuk pengetahuan am.
Bill maxis aku masih lagi tak tertutup, Nak tutup kena pergi ke Maxis center kat TTDI damansara tuh, KLCC tak pun kat sunway. Kalau kat kedai biasa diorang tak boleh nak tutup bill. DUH!! gua tension pakai 2 bill dalam 1 masa. maxis dengan celcom. Dah aku jarang gile pakai phone. dulu bolehlah cerita. sekarang aku pun dah berubah, Nak calling orang jangan haraplah, SMS pun ikut mood. Kadang-kadang orang call pun aku tak angkat. Sebab aku tengok tv, kadang-kadang aku tertidur. Esok harinya baru lah aku tengok Telefon bimbit aku. bila aku tengok, jadi aku malas nak call balik. sebab bagi aku itu cerita semalam.
Tapi secara jujurnya aku dah malas nak keluar jalan-jalan kesana-sini. aku perlukan masa untuk baiki diri aku yang aku rasa dah rosak nie. Aku perlu sedikit waktu untuk hilangkan apa yang aku fikir tentang semua disekeliling aku.jenis aku, sekali kau ketuk ke apa. aku akan balas balik.jika sekali aku cakap macam tu aku akan buat. Tapi apakah manusia yang lain tak faham kenapa?
Aku masih pura-pura didalam muka aku ini. Jika aku ikutkan hati, akal dan perasaan. Aku rasa semuanya akan terasa dan berdendam dengan aku. sebab kata-kata aku ini akan membuat orang terasa. aku cakap apa yang aku nampak dari mata aku, aku cakap daripada saluran fikiran aku. apa hati melihat dan merasa sengsara. Tapi manusia tetap manusia. lebih baik daripada binatang daripada manusia sebenarnya.jahat sama seperti iblis dan syaitan.
hari terakir syawal ini aku berharap sesiapa yang terbaca blog aku ini. harap dia sedar akan semua perbuatannya. aku pun hamba yang biasa. aku sedar apa aku buat. adakalanya kita ada batas disetiap perbuatan. kita harus hormat dan menghormati hak persendirian setiap orang. jangan mengamuk tak tentu pasal dan sebagainya. orang tak nak cakap atau menyimpan rahasia, biarlah dia yang membebankan dirinya. jika dia masih mampu menyimpan didalam hati, biarkan. Kita gembira seperti biasa walaupun kita tahu ada sesuatu sebenarnya.
ramai manusia tidak tahu perkara macam nie. =) akhir kata dihari ini. Selamat hari raya maaf zahir dan batin. salah silap saya sila maafkan, Saya hamba seperti anda juga. jika terasa dengan blog ini. Ini hanya luahan hati saya disini dan tiada simpan didalam lubuk hati. bukan untuk memburukan setiap orang. cuma saya ingin anda mempelajari dan peringati sahaja =)
No comments:
Post a Comment