Wednesday, June 29, 2011

Episode 229 ( Selamat Hari jadi yang ke 24 )

Alhamdulillah syukur hari ini pada 29 june aku telah mencecah umur 24 tahun. aku masih bernafas dan masih dapat melihat anak-anak sedara aku bahkan aku masih dapat beriman dan sujud kepada allah swt yang maha esa lagi maha mengetahui.

aku berterima kasih kepada opah aku yang telah melahirkan mak aku dan telah berdoa untuk aku bahkan semasa aku hendak dilahirkan, mak aku kata opah aku berpuasa sewaktu aku dilahirkan. syukur dan alhamdulilah kerana ada orang yang sanggup berpuasa atas kerana sesuatu sebab.

24 tahun aku seperti kehidupan biasa dan setiap orang mengalami perkara yang sama. apa yang aku doa untuk allah swt pada hari ini adalah

" semoga allah swt mengampunkan dosa-dosa besar,kecil yang terlindung yang tahu atau tidak terhadap keturunan yang telah melahirkan setiap generasi aku seperti opah aku mak aku moyang aku keturunan yang lain. tidak aku lupa juga kepada yang telah banyak berjasa dan berbakti iaitu ayah aku, atuk aku dan keturunan lelaki dan perempuan engkau ciptakan. Aku berterima kasih atas kejadian yang engkau telah ciptakan dan aku masih dapat sujud dan bertasbih ke atas nama mu ya allah swt . Pada usia 24 tahun aku ini maka engkau kuatkanlah lagi iman aku, kuatkan lah lagi akhidah aku, kuatkan lagi akhlak dan sebagainya. janganlah engkau hilangkan hidayah dan nur yang engkau berikan. berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi cabaran untuk melepasi usia ini ya allah swt.

Beri kanlah aku rezeki yang halal didunia dan diakhiratmu, lindungilah aku daripada azab api neraka yang engkau telah ciptakan bernyala-nyala itu ya allah swt. janganlah engkau masukan setiap keturunan aku ke lembah neraka yang engkau ciptakan itu bahkan dilembah didunia yang diciptakan lembah menempah nerakamu. semoga engkau berkatikanlah doa-doa aku ya allah swt. jika ada yang aku terlepas doa untuk mu ya allah maka engkau tahu apa yang terbaik dan terburuk untukku. berikanlah aku yang terbaik dalam setiap kehidupan aku dan hindarkan perkara yang terburuk didalam kehidupan aku. Sampaikan salam dan selawat ku kepada nabi muhammad saw dan kepada ahli keluarganya, sahabat-sahabatnya, para pejuang yang telah mati syahid atas nama islam dan para-para ulama yang telah membimbing selepas kewafatan nabi muhammad saw. Jika sesaat nanti engkau menarik nyawaku diusia muda seperti ini, maka masukanlah aku disyurga-syurgamu kerana aku takut akan azab nerakamu yang aku tidak dapat bayangkan bertapa seksanya disana "

hari ini aku telah mencapai usia 24 tahun. maka aku tidak tahu sama ada aku mampu capai usia 25 tahun nanti. aku harap allah swt berikan yang terbaik kepada hamba-hambanya seperti aku dan orang-orang yang sujud dan beriman kepadanya....

2 comments: