bagi aku kalau gaji 700 pun tak cukup sebab sewa rumah pun 1 bilik dah dalam 100-300 Ringgit. itu kalau yang dah campur dengan bill elektrik. kalau tak campur lagi fikir-fikirlah kena tambah 50 sekali air dengan elektrik. lepas tu kos naik kenderaan awam. kalau sehari pergi balik dah dalam Rm4.00 seminggu dah berapa?. Nak cari kedai makan yang murah bukan senang. Kedai makan sekarang paling murah kalau kat kedai mamak nasi+ayam dah Rm 5 ringgit tak campur air. sehari nak makan berapa kali? kalau betul-betul orang tu sanggup makan sehari sekali tak apa. kalau sehari 2 kali dah sehari Rm 10 ringgit. kalau 30 hari?
senang cerita 700+800 memang tak cukup kalau orang yang tinggal seorang ke atau yang bekeluarga. itu aku tak campur lagi dengan siapa yang ada kereta dengan motor. Orang cakap harus berjimat cermat. tapi bagaimana untuk harus berjimat cermat jika kalau ada saja untuk digunakan?
sebenarnya duit adalah penting dalam kehidupan. Apa yang kita mahu semua kena duit. nak ke tandas pun kena pakai duit 20 sen. kalau 100 orang ke tandas 20sen. sehari dia dah untuk lumayan dah.
entahlah....tengoklah perancangan yang kerajaan nak buat dengan semua orang..
swasta ke kerajaan ke bagi aku semua sama. susahlah. hmmmm
No comments:
Post a Comment