Thursday, December 31, 2009

Episode 20 ( Perjalanan hidup baru ? )

Selamat tinggal 2009
kini
selamat datang 2010
bulan baru untuk setiap manusia dibumi.

perubahan ketara pertama aku ialah untuk kuruskan badan,
selepas itu tak ada,
perubahan secara sikit-sikit dari segi sifat mungkin ada,
tapi apa yang penting sekali ialah kerja,
tanpa kerja,
aku tak akan dapat macam-macam untuk kehidupan,
bahkan semuanya isi bumi.
post untuk Episode yang ke 20.

sampai hari ini aku masih lagi single,
tak pernah mempunyai awek sepanjang hidup aku,
cuma rasa seperti dicintai oleh orang lain ada,
itu pun aku rasa cinta kanak-kanak.

sebaik saja aku tidur
dan
bangun dari tidur untuk tahun baru,
bermulalah untuk aku segala isi harian aku sebagai manusia berguna,
dan aku akan cuba perbaiki diri aku daripada tahun lepas.

Episode 19 ( selamat tinggal dan selamat datang )

Tinggal lagi beberapa jam akan tibanya tahun baru untuk setiap orang dimuka bumi ini termasuklah aku disini. 2009 akan meninggalkan kita seperti tahun-tahun yang lepas. 2010 akan muncul seperti hari baru dan bulan baru. tapi seberapa banyakkah orang akan menjalani sisa-sisa hidup yang sama? orang hanya akan berkata hari baru jiwa baru dan semua? tapi betulkah itu semua?

kita semua hanya cakap dan niat saja, tapi usaha untuk perbetulkan situasi diri susah untuk kita sendiri.senang cerita tepuk dada tanya selera.tahun lepas aku punya 22 azam tak silap aku.tapi 1 saja yang aku hampir berjaya.tapi malangnya aku tercundang ditengah jalan.

apa-apa pun setiap orang ada cerita untuk diceritakan pada tahun 2009.bagi aku 2009 seperti tahun-tahun biasa aku, cuma setiap tahu hormon manusia akan bertukar,jadi aku agak sedikit emosi dari semasa ke semasa.

kisah 2009 yang aku ingat ialah,

-aku bersama kawan-kawan aku yang lain panjat ke cameroon highland jalan kat ladang teh.
-setiap hari bermain badminton
-aku mula sesi diet
-aku daftar balik lesen kereta ( 2nd time kena dengar ceramah )
-aku main mercun bola tapi kawan aku bodoh dan bengong tersalah campar,luka buntut aku
-gerak ke klang nak cari tempat show, agak lawak juga masa tu
-tak silap aku,recording pertama untuk band aku
-dalam tahun nie,aku hanya suka 3 orang, tapi yang tercakap hanya 2 orang. tapi tak dapat pun

apa-apa pun, untuk tahun nie, aku sedih sebab hanya setitik perkara hancur semua. aku tak faham apa masalah perempuan tu. tapi apa-apa pun aku memang terasa apa dia tulis kat facebook. sebab aku rasa itu seperti aku, dan aku terang tulis disini, aku langsung tak ada sebab nak dekat dengan dia pasal kawan dia. bagi aku manusia seperti itu bodoh sebab fikirkan macam tu.

kalau aku nak terangkan kat sini pun rasa dah malas. sebab nak tahun baru, jadi lepaskan. apa-apa pun kepada kawan perempuan aku yang sekian lama disamping aku. terima kasih, walaupun dia kata "kita tak akan seperti dulu" tapi aku tetap akan seperti dulu. tapi fikiran aku mungkin tak seperti dulu.

apa-apa pun setiap tahun ada pengajarannya sendiri. apa pun perit untuk aku tahun 2009 ialah aku kehilangan seorang dalam hidup aku. apa-apa pun aku teruskan hidup aku seorang diri untuk 2010.

kepada yang membaca blog aku selamat tahun baru.semoga kita semua berfikiran jauh walaupun sikap masih sama.

Assalammualaikum wbt

Tuesday, December 29, 2009

Episode 18 ( apakah ilham untuknya terjadi? )

Petik guitar dan petik guitar, buat lagu dan buat lagu, aku belajar main guitar semenjak aku form 2. lewat sungguh aku belajar main guitar, tapi aku tak pandai seperti orang lain. aku hanya main biasa-biasa saja. kalau note guitar tu aku tahu, tapi kalau diberikan note taugeh tu minta maaf banyak. aku tak mendalami jenis macam tu lagi.

aku rasa aku buat lagu sejak aku habis sekolah tak silap aku, aku habis sekolah 2004. aku rasa dalam 2004 atau 2005 aku mula menulis lagu. lagu pertama aku kalau tak silap aku masihkah ada cinta, itu yang aku buat 100% karya aku. tapi kalau ikutkan lagu kongsi idea masa tu lagu inikah dinamakan cinta, tapi masa tu aku cuma macam tolong-tolong settingkan je.

tapi kini bila aku bukak balik file-file aku, masya allah. banyak gile rupanya, rasanya cukup kalau aku nak buat 3 album. 1 album mungkin ada 10 atau 11 lagu. tak terfikir aku boleh buat banyak sampai macam tu. tapi aku main dan record kat hp atau mp3.

tapi nak dapat perasaan untuk lagu tu yang susah. bagi aku, waktu yang senang sewaktu aku rasa kecewa, mahupun sedang dilamun perasaan. tapi diantara dua nie memang senanglah kalau nak buat lagu.

aku buat lagu tak ada tajuk lagi,cuma penting untuk aku masa tu ialah melodi dulu dan kemudian cara nak nyanyi dan baru lirik. sesuatu lagu yang menarik bagi aku terletak kat melodi dia dan baru lirik dia. tapi kadang-kadang orang tak suka sangat sudah lirik nie,cuma pentingkan melodi saja.

tapi kalau orang yang boleh buat combo macam melodi dia sedap pastu lirik dia touching, itu kerja agung dialah. macam lagu isabella dari seacrh, taman rashidah utama dari wings. budak-budak yang tak lahir pada tahun tu pun boleh hafal lagu-lagu macam nie. jadi lagu-lagu macam nie lah yang kita mahukan. bagi aku ini ialah combo untuk sesebuah band yang dapat buat combo seperti nie.

seperti aku pula, aku tak tahu apa combo aku. banyak lagu tapi tak boleh combo susah juga.tapi orang kata "apa-apa pun mula dari bawah".

bagi aku jangan simpan melodi yang rasa tak boleh market dipasaran malaysia. pedulikan orang yang ingin kutuk-kutuk. yang penting itu hasil karya kerja dari anda semua.

bagi kawan-kawan atau sesiapa yang rasa nak belajar cara mengubah lagu, sebenarnya semua tu terletak kat diri sendiri. tak kisahlah kalau tiru hasil karya orang,tapi kalau tak tiru macam mana nak maju jugakan? tiru tu tiru juga tapi jangan lah tiru 100% =) . pastikan ada trend dan sytle sendiri. itu yang pasti.

bukan susah nak cipta lagu sendiri , cuma pastikan melodi yang sesuai. semua orang boleh cakap pasal muzik tapi sebenarnya mereka hanya segelintir saja yang hebat tentang muzik.muzik nie juga macam makanan.

Monday, December 28, 2009

Episode 17 ( mencari barang kereta lagi )

Hari ini aku bangun awal pagi, aku rasa lepas aku tulis Episode 16 tadi sampai sekarang aku tak tidur. Pagi tadi faizal dan sharil ajak aku keluar sarapan. tapi bukan sarapan pun, erti kata sebenarnya melepak hehe. Dalam pukul 10 pagi bergitu aku ambil faizal dirumahnya setelah dia selesai hantar keretanya pulang ke rumah.

Aku ada masalah dengan kereta proton saga aku dengan ah-lai. Penghawa dingin aku ada masalah. suis kat mana tah dia bocor. aku kena tukar benda tu dalam Rm 30.00 (benda tu dekat dengan gas aircond). masa dia betulkan aircond aku, aku ingatkan dia pasang tu standart low, rupa-rupanya high selepas aku bla dari kedai ah-lai. damn, aku terasa bengang sebab sebelum nie, low aku bagaikan high, high aku bagaikan sejuk -1 celsius . kini tak seperti dulu.

hari nie hujan saja, mendung-mendung lalu hujan. aku penat hari nie, bawa kereta 1 hari, dengan keadaan tak mandi dari pukul 5 pagi sampailah sekarang. rasa ngantuk dan sebagainya, abang aku mesti complaint punya. duh duh duh duh,.

hujan nie membuatkan rasa mengantuk pun ada,rasa nak tidur dengan nyenyak pun ada. tapi sebenarnya aku terfikir satu perkara.

kenapa dia menipu kat aku? kenapa tak jujur saja dengan aku?
(jawab bagi orang yang rasa dia pernah menipu dengan aku)

aku pun perlu tahu apa sebab harus menipu....
tapi jangan marah dan bengang dengan soalan aku..........
sebab aku perlukan jawapan yang jujur,ikhlas dan benar dari mulut yang menipu.

Episode 16 ( Perasaan Terkenang )

Kadang-kadang aku sentiasa terfikir, "dimana kawan-kawan sekolah rendah aku dulu"? apakah mereka masih wujud atau tidak? kawan-kawan rendah semasa aku rendah bukit bintang 2 pada tahun 1999 aku tamat sekolah rendah.

Beberapa hari lepas aku baru saja jumpa dengan kawan sekolah rendah aku yang dulu rapat gile dengan aku. Boleh dikatakan sekepala ( Qayyum ). Nama dia nie tak luput dari mulut kakak aku juga mak aku, sebab dia sentiasa saja dengan aku. Kini aku jumpa dia dikelana jaya. Qayyum dengan adiknya berniaga shisha kat Kelana jaya.

Boleh tahan juga shisha dia. tapi bagi aku bagus lagi jai shisha kat hartamas. minta maaf aku tulis secara terbuka.

Dipagi nie, terfikir "kalau kita terfikir pasal seseorang, adakah dia akan kita jumpa kembali"? tak kisahlah kawan sekolah rendah ataupun cinta lama. Tapi aku ada cerita lama yang mengajar aku sesuatu yang berharga sepanjang hidup aku. Semua orang mesti ada cinta pertama dan ini cinta pertama aku. Mungkin bagi yang membaca, seperti tak masuk akal, tapi ini sebenarnya ialah kennyataan.

Masa aku tadika, aku memang kurus gile. kurus gile tak sampai keding sangat,kurus biasa-biasa, orang kata macho type lah hehehe!!!. Ada anak jiran aku, nama dia Habsah sakinah, aku ingat lagi dia nie, rupa dia bagi aku wow gile lah. tak luput dari ingatan aku masa dulu. Pada waktu yang sama, perasaan tu terbahagi kat 2 orang. salah seorangnya ialah kawan masa aku kecil dahulu, munghiny ( mune ) yang suka dia juga, dan ada seorang perempuan nama dia hafiza (fiza) yang masa tu gile kat aku (serius, ini cerita betul).

tapi apa boleh buat, aku dengan habsah masa tu bagaikan sedang hangat bercinta tanpa diketahui oleh 2 orang manusia ini. petang-petang kami bermain sama-sama, sampaikan kadang-kadang aku dengan mune gaduh pasal habsah, siap main lawan pedang, siapa kalah dapat fiza.

aku ingat waktu tu. tapi apa boleh buat, rumah aku jarang berapa baris dengan rumah habsah, dan rumah fiza pula satu baris dengan rumah aku. kadang-kadang lepas aku balik sekolah aku terus ke rumah dia, saja-saja main-main dengan dia,tengok tv sama-sama, mak aku marah gak dengan aku nie,sebab kat rumah ada tv tapi tak nak tengok tv kat rumah.

satu hari, aku kena tahan, mak aku tak kasi keluar rumah, masa nie sangat menarik, aku lukis gambar dinosour besar kat dinding rumah aku lepas tu aku tulis nama habsah. "hahahahaha" mak aku dengan marahnya, kenalah pukul. menderita aku waktu itu sebab 1 hari tak dapat jumpa habsah. Agak bengong aku waktu tu kan? hehe.

satu hari, tah macam mana boleh terkeluar cakap "bila besar nanti habsah nak kahwin dengan siddiq" aku pun cakap benda yang sama, jadi aku mainlah kahwin-kahwin, mune dengan fiza dah berapi dengan kita orang. memang masa tu gaduh pedang lagi sekali lah. hahahaha!!!

cinta monyet waktu kecik-kecik. sampailah satu hari, dia pindahkan rumah, sebab bapak dia dapat rumah baru. jadi aku pun agak kecewa dengan situasi tu. sempat gak aku jumpa dia. masa tu tak silap aku, waktu tu aku sekolah petang atau pagi. memang aku turun dari bas letak beg depan rumah lari ke rumah dia. sempat gak jumpa dia. tapi aku tak cakap banyak masa tu, cuma bersedih saja sebab hilang sesuatu dalam hidup rasanya.

Dan pada masa itu, berakhirlah hidup aku. Malam tu aku rasa kecewa sebab aku tak tahu dimana dia berada dan semualah, aku mulakan sesi mengemukkan badan. Makcik aku suka beli cokolat, aku tension. aku tension lalu makan cokolat, aku tak ada mood nak makan. waktu itu makanan kegemaran aku ialah minyak sapi bersama telur goreng mahupun ikan goreng. Kakak aku pujuk rayu semualah. jadi aku pun makan dan makan. akhirnya hasilnya ialah GEMUK.
Dalam masa 1 tahun aku naik berat badan.

tapi betul ke kalau kita ingat orang tu, orang tu pun akan ingat kat kita juga?
aku harapkan benda yang sama, tapi lagi menarik kalau aku dapat jumpa orang yang aku ingin sangat jumpa.

baru aku teringat, aku tak pernah buat lagu untuk dia. aku selalu buat lagu waktu aku kecewa setelah aku hampa, tapi kisah cerita diantara aku dengan habsah nie masih tak ada lagi. tengoklah macam mana. "maybe"

apa-apa pun rumah aku masih dikawasan yang sama,tak pernah berubah, cuma berubah pun warna rumah dan mak aku upgradekan jadi 2 tingkat.

semoga allah swt makbulkan pemintaan aku satu persatu dalam hidup ini.....amin

Sunday, December 27, 2009

Episode 15 ( Selamat tinggal )

Lagi beberapa hari akan menjelang tahun baru untuk kalender biasa. Ikutkan kalender islam dah beberapa minggu yang lepas. Masuk saja tahun baru nie, aku tak mahu toleh belakang lagi dalam hidup aku, aku tak mahu ingat apa yang telah terjadi. kalau teringat pun hanya kisah-kisah lawak mahupun kenangan sewaktu aku kat sekolah. Aku tak mahu ingat kenangan kisah-kisah lain daripada tu.

2010 aku harapkan sesuatu yang berjaya untuk aku. satu permulaan lagi sekali untuk aku merangkak dalam erti kejayaan aku.Kejayaan yang besar bagi aku, dan aku akan cuba. Dari awal hingga akhir, sampai aku mampu untuk teruskan sisa hidup ini.

Cara pemikiran aku juga harus matang, cakap hanya perlu diam bila sesuatu?. Aku rasa, apa erti kawan untuk aku, mungkin tidak seperti dulu. Dulu aku rasakan ramai, tapi sebenarnya segelintir. Rapat tak semestinya akan rapat sentiasa. itu yang seharusnya kita fikirkan. Manusia sentiasa akan jauh dan pergi.

Dalam perhubungan pula, aku rasa cukup untuk sekadar tahun ini. Tak ada kawan rapat untuk aku. siapa yang baca blog aku, tak ada wujud kawan rapat dalam hidup aku untuk seorang perempuan. sifat kawan rapat untuk aku hanya aku rasa sendiri. Siapa yang perlu dan tidak perlu.

Hidup aku untuk tahun 2009 hampir penamatnya. Heh , banyak kenangan juga aku rasa 2009. Aku tak tahu apa kenangan dan cerita aku untuk 2010 akan menjelang lagi beberapa hari. Aku harapkan ia terbaik untuk aku dan semua umat manusia dimuka bumi ini

Wednesday, December 23, 2009

Episode 14 ( Kemenangan )

Oleh Akmal Hisham (Exco Pembangunan Sosial ABIM)

Pada 19 Disember 2009 (Sabtu): Angkatan Belia Islam Pusat (ABIM) dengan kerjasama ABIM Bangi telah mengajurkan perlawanan futsal persahabatan di Aktif Futsal Bangi. Sebanyak 6 pasukan telah menyertai iaitu ABIM Pusat, ABIM Bangi, Siddiq FC, Rentap FC, Garuda FC dan Legend FC. Perlawanan dimulakan pada jam 9 pagi dan tamat pada 12 tengah hari.Futsal Aktif2

6 Pasukan tersebut telah dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu Kumpulan A (Siddiq FC, ABIM Bangi dan Garuda FC) dan Kumpulan B (ABIM Pusat, Rentap FC dan Legend FC). Siddiq FC telah menjuarai Kumpulan A manakala Rentap FC pula juara bagi Kumpulan B. Bagi perlawan akhir antara Siddiq FC dan Rentap FC, kedua-dua pasukan mempamerkan persembahan yang menarik. Setelah tamat perlawanan akhir, keputusan telah memihak kepada Siddiq FC yang mengalahkan Rentap FC 3-1.