Monday, December 28, 2009

Episode 16 ( Perasaan Terkenang )

Kadang-kadang aku sentiasa terfikir, "dimana kawan-kawan sekolah rendah aku dulu"? apakah mereka masih wujud atau tidak? kawan-kawan rendah semasa aku rendah bukit bintang 2 pada tahun 1999 aku tamat sekolah rendah.

Beberapa hari lepas aku baru saja jumpa dengan kawan sekolah rendah aku yang dulu rapat gile dengan aku. Boleh dikatakan sekepala ( Qayyum ). Nama dia nie tak luput dari mulut kakak aku juga mak aku, sebab dia sentiasa saja dengan aku. Kini aku jumpa dia dikelana jaya. Qayyum dengan adiknya berniaga shisha kat Kelana jaya.

Boleh tahan juga shisha dia. tapi bagi aku bagus lagi jai shisha kat hartamas. minta maaf aku tulis secara terbuka.

Dipagi nie, terfikir "kalau kita terfikir pasal seseorang, adakah dia akan kita jumpa kembali"? tak kisahlah kawan sekolah rendah ataupun cinta lama. Tapi aku ada cerita lama yang mengajar aku sesuatu yang berharga sepanjang hidup aku. Semua orang mesti ada cinta pertama dan ini cinta pertama aku. Mungkin bagi yang membaca, seperti tak masuk akal, tapi ini sebenarnya ialah kennyataan.

Masa aku tadika, aku memang kurus gile. kurus gile tak sampai keding sangat,kurus biasa-biasa, orang kata macho type lah hehehe!!!. Ada anak jiran aku, nama dia Habsah sakinah, aku ingat lagi dia nie, rupa dia bagi aku wow gile lah. tak luput dari ingatan aku masa dulu. Pada waktu yang sama, perasaan tu terbahagi kat 2 orang. salah seorangnya ialah kawan masa aku kecil dahulu, munghiny ( mune ) yang suka dia juga, dan ada seorang perempuan nama dia hafiza (fiza) yang masa tu gile kat aku (serius, ini cerita betul).

tapi apa boleh buat, aku dengan habsah masa tu bagaikan sedang hangat bercinta tanpa diketahui oleh 2 orang manusia ini. petang-petang kami bermain sama-sama, sampaikan kadang-kadang aku dengan mune gaduh pasal habsah, siap main lawan pedang, siapa kalah dapat fiza.

aku ingat waktu tu. tapi apa boleh buat, rumah aku jarang berapa baris dengan rumah habsah, dan rumah fiza pula satu baris dengan rumah aku. kadang-kadang lepas aku balik sekolah aku terus ke rumah dia, saja-saja main-main dengan dia,tengok tv sama-sama, mak aku marah gak dengan aku nie,sebab kat rumah ada tv tapi tak nak tengok tv kat rumah.

satu hari, aku kena tahan, mak aku tak kasi keluar rumah, masa nie sangat menarik, aku lukis gambar dinosour besar kat dinding rumah aku lepas tu aku tulis nama habsah. "hahahahaha" mak aku dengan marahnya, kenalah pukul. menderita aku waktu itu sebab 1 hari tak dapat jumpa habsah. Agak bengong aku waktu tu kan? hehe.

satu hari, tah macam mana boleh terkeluar cakap "bila besar nanti habsah nak kahwin dengan siddiq" aku pun cakap benda yang sama, jadi aku mainlah kahwin-kahwin, mune dengan fiza dah berapi dengan kita orang. memang masa tu gaduh pedang lagi sekali lah. hahahaha!!!

cinta monyet waktu kecik-kecik. sampailah satu hari, dia pindahkan rumah, sebab bapak dia dapat rumah baru. jadi aku pun agak kecewa dengan situasi tu. sempat gak aku jumpa dia. masa tu tak silap aku, waktu tu aku sekolah petang atau pagi. memang aku turun dari bas letak beg depan rumah lari ke rumah dia. sempat gak jumpa dia. tapi aku tak cakap banyak masa tu, cuma bersedih saja sebab hilang sesuatu dalam hidup rasanya.

Dan pada masa itu, berakhirlah hidup aku. Malam tu aku rasa kecewa sebab aku tak tahu dimana dia berada dan semualah, aku mulakan sesi mengemukkan badan. Makcik aku suka beli cokolat, aku tension. aku tension lalu makan cokolat, aku tak ada mood nak makan. waktu itu makanan kegemaran aku ialah minyak sapi bersama telur goreng mahupun ikan goreng. Kakak aku pujuk rayu semualah. jadi aku pun makan dan makan. akhirnya hasilnya ialah GEMUK.
Dalam masa 1 tahun aku naik berat badan.

tapi betul ke kalau kita ingat orang tu, orang tu pun akan ingat kat kita juga?
aku harapkan benda yang sama, tapi lagi menarik kalau aku dapat jumpa orang yang aku ingin sangat jumpa.

baru aku teringat, aku tak pernah buat lagu untuk dia. aku selalu buat lagu waktu aku kecewa setelah aku hampa, tapi kisah cerita diantara aku dengan habsah nie masih tak ada lagi. tengoklah macam mana. "maybe"

apa-apa pun rumah aku masih dikawasan yang sama,tak pernah berubah, cuma berubah pun warna rumah dan mak aku upgradekan jadi 2 tingkat.

semoga allah swt makbulkan pemintaan aku satu persatu dalam hidup ini.....amin

No comments:

Post a Comment