Sunday, December 27, 2009

Episode 15 ( Selamat tinggal )

Lagi beberapa hari akan menjelang tahun baru untuk kalender biasa. Ikutkan kalender islam dah beberapa minggu yang lepas. Masuk saja tahun baru nie, aku tak mahu toleh belakang lagi dalam hidup aku, aku tak mahu ingat apa yang telah terjadi. kalau teringat pun hanya kisah-kisah lawak mahupun kenangan sewaktu aku kat sekolah. Aku tak mahu ingat kenangan kisah-kisah lain daripada tu.

2010 aku harapkan sesuatu yang berjaya untuk aku. satu permulaan lagi sekali untuk aku merangkak dalam erti kejayaan aku.Kejayaan yang besar bagi aku, dan aku akan cuba. Dari awal hingga akhir, sampai aku mampu untuk teruskan sisa hidup ini.

Cara pemikiran aku juga harus matang, cakap hanya perlu diam bila sesuatu?. Aku rasa, apa erti kawan untuk aku, mungkin tidak seperti dulu. Dulu aku rasakan ramai, tapi sebenarnya segelintir. Rapat tak semestinya akan rapat sentiasa. itu yang seharusnya kita fikirkan. Manusia sentiasa akan jauh dan pergi.

Dalam perhubungan pula, aku rasa cukup untuk sekadar tahun ini. Tak ada kawan rapat untuk aku. siapa yang baca blog aku, tak ada wujud kawan rapat dalam hidup aku untuk seorang perempuan. sifat kawan rapat untuk aku hanya aku rasa sendiri. Siapa yang perlu dan tidak perlu.

Hidup aku untuk tahun 2009 hampir penamatnya. Heh , banyak kenangan juga aku rasa 2009. Aku tak tahu apa kenangan dan cerita aku untuk 2010 akan menjelang lagi beberapa hari. Aku harapkan ia terbaik untuk aku dan semua umat manusia dimuka bumi ini

No comments:

Post a Comment