Wednesday, December 23, 2009

Episode 14 ( Kemenangan )

Oleh Akmal Hisham (Exco Pembangunan Sosial ABIM)

Pada 19 Disember 2009 (Sabtu): Angkatan Belia Islam Pusat (ABIM) dengan kerjasama ABIM Bangi telah mengajurkan perlawanan futsal persahabatan di Aktif Futsal Bangi. Sebanyak 6 pasukan telah menyertai iaitu ABIM Pusat, ABIM Bangi, Siddiq FC, Rentap FC, Garuda FC dan Legend FC. Perlawanan dimulakan pada jam 9 pagi dan tamat pada 12 tengah hari.Futsal Aktif2

6 Pasukan tersebut telah dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu Kumpulan A (Siddiq FC, ABIM Bangi dan Garuda FC) dan Kumpulan B (ABIM Pusat, Rentap FC dan Legend FC). Siddiq FC telah menjuarai Kumpulan A manakala Rentap FC pula juara bagi Kumpulan B. Bagi perlawan akhir antara Siddiq FC dan Rentap FC, kedua-dua pasukan mempamerkan persembahan yang menarik. Setelah tamat perlawanan akhir, keputusan telah memihak kepada Siddiq FC yang mengalahkan Rentap FC 3-1.





No comments:

Post a Comment