Aku ada masalah dengan kereta proton saga aku dengan ah-lai. Penghawa dingin aku ada masalah. suis kat mana tah dia bocor. aku kena tukar benda tu dalam Rm 30.00 (benda tu dekat dengan gas aircond). masa dia betulkan aircond aku, aku ingatkan dia pasang tu standart low, rupa-rupanya high selepas aku bla dari kedai ah-lai. damn, aku terasa bengang sebab sebelum nie, low aku bagaikan high, high aku bagaikan sejuk -1 celsius . kini tak seperti dulu.
hari nie hujan saja, mendung-mendung lalu hujan. aku penat hari nie, bawa kereta 1 hari, dengan keadaan tak mandi dari pukul 5 pagi sampailah sekarang. rasa ngantuk dan sebagainya, abang aku mesti complaint punya. duh duh duh duh,.
hujan nie membuatkan rasa mengantuk pun ada,rasa nak tidur dengan nyenyak pun ada. tapi sebenarnya aku terfikir satu perkara.
kenapa dia menipu kat aku? kenapa tak jujur saja dengan aku?
(jawab bagi orang yang rasa dia pernah menipu dengan aku)
aku pun perlu tahu apa sebab harus menipu....
tapi jangan marah dan bengang dengan soalan aku..........
sebab aku perlukan jawapan yang jujur,ikhlas dan benar dari mulut yang menipu.
No comments:
Post a Comment