Thursday, December 30, 2010

Episode 100 ( Selamat tahun baru 2011 )

Ini adalah Tulisan awal pada Khamis 30 december 2010. Lagi beberapa hari sebelum Berakhirnya tahun yang aku rasa pelbagai kejadian yang terjadi kepada aku. Senang cerita setiap tahun mesti akan ada punyalah =). Aku cuma nak kongsikan sedikit cerita apa yang telah berlaku dalam tahun nie yang aku ingat. Jadi kalau ada yang sakit hati atau terasa minta maaf eh. ini cuma pengalaman pahit dan manis saya saja. Walaupun yang masih hidup itu akan terasa tetapi ambilah ini satu pengajaran dan iktibar kita semua bahwa masa yang akan datang nie janganlah kita lakukan kembali, yang buruk kita campak jauh-jauh walaupun kita masih terluka atau sakit dengan apa orang tu lakukan kepada kita, tapi fikirlah, bahwa allah swt sanggup mengampunkan dan memaafkan hambanya inikan manusia, jika kalau rasul yang sering menegur hamba-hambanya apakah kita sesama manusia yang perlu menegur antara satu sama lain untuk peringatan diri.


Bulan

Jannuary 2010

-Masa tuh tengah hangat untuk membuat recording band aku pinguin

- banyak sangat road block yang berlaku kat petaling jaya ( sebab banyak sangat pencuri-pencuri disini haish )


February 2010

- Ada seseorang yang terasa dengan tulisan aku.

- Aku pernah terasa macam nak tinggalkan band aku tanpa sebab kenapa. Tetapi sayang tu masih ada sebenarnya ( maaf eh, ini adalah jawapan jujur walaupun tak sanggup sebenarnya )

- Aku telah menjadi manusia yang tiada perasaan terhadap semua. Dari saat itu aku seperti telah menghancurkan sesuatu sebenarnya. apa yang aku hancurkan pun masih tak pasti.

March 2010

- Aku rasakan semua disekeling aku ini hanyalah sandiwara hidup atau hanya pura-pura saja didepan aku

- Persembahan diklang bersama pinguin di Harbour place. Rasanya itu yang terakhir persembahan untuk tahun 2010

- Akhirnya tercipta juga lagu untuk dia. Selama ini sukarnya untuk aku menulis lagu sejak peristiwa itu. tetapi entah macam mana, allah swt mungkin telah membuka pintu ilham aku kembali.

April 2010

- Bulan nie aku rasa seperti aku sedang mempelajari bahasa aku sendiri iaitu bahasa rahasia aku. Aku pun tak pernah terfikir sebenarnya sehingga aku terpaksa menulis seperti ini untuk mengelak kekecewaan aku selama ini. orang kata aku nie Emosi. aku emosi sebab aku tak ada tempat nak melepaskan. faham tak kenapa aku buat macam nie? jika kalau aku ini betul manusia yang tiada perasaan kenapa aku berkelakuan seperti ini?

May 2010

- Rupa-rupanya bulan april aku ada show bersama band aku pinguin diLepaq Cafe.

-Secara tiba-tiba aku telah membuat lagu yang tiada perasaan

-Gila main game final fantasy 8. Siap dengan tips-tips aku tulis diblog aku. Rasanya memang gile aku main nie. 8 jam hanya untuk mendapatkan satu pedang yang gile. akhirnya aku berjaya mendapatkannya. bangga tetapi rasa bazir masa hahaha!! tetapi game tu aku rasa macam aku. sebab manusia yang tiada perasaan. akhirnya dia akan jatuh cinta juga.tetapi aku? biar masa menentukan bila. entah ada atau tiada tolak tepi.

June 2010

- Jasad aku merasakan kesakitan yang teramat sebenarnya. tapi aku takut untuk berjumpa dengan doktor. bagi aku semua orang akan sakit dan mati. jadi let it go ;p .

-Aku tulis sesuatu yang datang dari lubuk hati aku setelah aku mendengar cerita dari sahabat aku akan tentang hidupnya.kepada sedara-sedara aku yang masih lagi sedang mencari chek point dengan aku bacalah blog bulan june. lepas tu sebarkan kat semua orang ok! .

- 29 haribulan adalah hari jadi aku. hanya maksu, jannah dan najah yang datang ke rumah aku dan menyambut hari jadi aku. terima kasih kepada maksu yang sudi membeli kek untuk aku. terharu seketika =)

- Persiapan perkahwinan kakak aku.

July 2010

- World cup telah tiba, akhirnya germany team aku tahun nie kecundang. Dikalahkan oleh Spain yang menang nasib sebenarnya.

- Kakak aku kahwin akhirnya =) tahniah

August 2010

- Filem malaysia sedang hangat cerita tentang lagenda budak setan. bagi aku satu cerita menarik. tetapi seperti macam ada yang tak kena. walaupuna ku tak baca novel tu. bagi aku sedih dia berakhir dengan kegembiraan. walaupun akhirnya perempuan itu mati. bagi aku dia dapat juga perempuan itu dan dapat anak lagi tuh. =) heheh

- Puasa sedang berlaku disini =) tetapi ramadhan untuk aku tidak seindah sewaktu adanya kakak aku dan rakan-rakan

September 2010

- Hari raya pun telah menjelma,semua orang pun bersuka hari. tetapi disini entah macam mana boleh tetimbul sesuatu perkara.

Oktober 2010

- Berlaku sesuatu pertengkaran disini antara manusia yang EGO BATU, yang kononnya HATI PANAS cuba bertemu dengan GUNUNG BERAPI. haish, minta maaf eh disini. aku tak tahu apa masalah dia sebenarnya? Aku dengan dia tak pernah langsung bercakap. apatah lagi nak bertegur. sejak bila jadi macam tu aku pun tak tahu. mungkin dari dia kot puncanya. Seperti kakak aku cakap. Takpe, mereka mereka jentik kita banyak kali, kita tak bising pun. tapi bila kita jentik sikittttttttttttttttttttttttttttttttt je. Mereka dah meraung macam HARIMAU hHAHAHHAHAHAHAHA. kat sini pun aku nak minta maaf. Manusia yang kurang bercakap dengan orang itu dan kurang bermesra. bila ditegur semuanya tak kena, lepas tu macam-macam kata dilemparkan. sudahlah, aku pun dah malas manusia seperti ini. bagi aku buang masa saja aku dijadikan lelaki yang patut menjaga kamu kamu kamu dan lain. jika kalau kamu rasa saya ini tidak menjaga kamu. abaikan saya. kalau terasa lagi. tak boleh nak buat apa =)

- Akhirnya aku dan abang aku membeli Playstation 2 walaupun playstation 3 dah ada dipasaran. tetapi ini saja yang kami mampu beli. Kami bukan orang kaya pun. kalau kami bekerja, banyak tangungjawab kami terhadap rumah, kereta dan ibu kami. Duit boleh dicari, tetapi cari punya banyak yang nak kena pakai. Repair sana sini. bayar bill dan kos makan lagi. jika suatu hari nanti, apakah anak-anak aku akan berfikir seperti fikiran aku? hmmm entahlah

- Akhirnya aku berjumpa dengan seorang gadis yang telah mengecewakan aku masa aku tingkatan 4 rasanya. Itulah perjumpaan yang pertama dan mungkin yang terakhir kot. Dia suruh aku beli dan ajar main guitar. jadi aku pun buat. aku tak tahu kejadian selepas itu. mungkin dia terasa aku delete dia dari facebook aku kot. lantak lah, aku delete sebab aku tak mahu jatuh cinta ataupun sakit hati melihat wanita, baik aku delete semua yang ada. yang MASIH ada tu. aku sengaja biarkan. sebab aku nak tengok riaksi kata-kata kejadah dari mereka.

November 2010

- Aku terjumpa pita kaset dimana ada suara ayah aku. walaupun hanya beberapa saat aku dengar suara dia. hmmm sukar untuk aku katakan.

- Ini adalah pengalaman manis aku pada usia macam ini. dimana aku menjaga anak buah pertama aku. memang susah menjadi seorang ayah dimana anaknya menangis diwaktu malam. baru aku tahu bertapa susah dan sukarnya menjadi ayah

December 2010

- Ketagihnya aku bermain game The three kingdoms. aduh!!

- Tiba-tiba yang telah menghilang datang kembali. ( siapa orang tu ? )

- Road tax kereta saga dihidupkan kembali


Inilah sepanjang tahun aku yang aku ingat. mungkin ada yang aku tak beberapa ingat, dan ada yang aku ingat aku malas nak cerita, takut nanti ada yang sakit hati dengan aku. walaupun aku dah bagi tahu yang apa aku tulis disini habis disini. Orang lain tidak tahu siapa aku melainkan sesiapa yang tahu. kenapa manusia bodoh suka belagak pandai? walaupun aku tahu ada yang malu. tetapi apakah mereka juga mengenali diri kamu?

kecilnya hati kamu kecil lagi hati saya. kecewanya kamu lagi kecewanya saya. aku tulis apa aku rasa. jika apa aku rasa ini adalah salah. kenapa anda anda anda dan anda tidak berubah untuk menjadi lebih baik daripada kesilapan? apakah pandangan ataupun riaksi saya ini tidak patut ditulis diblog saya? jika tiada sapa yang mahu mendengar cerita saya, dimana tempat hendak saya mengadu? hidup saya bukan seperti anda anda semua. saya manusia yang mengurungkan jiwa saya. sebab saya sedar akan diri saya. saya takut untuk bercinta, saya takut kehilangan, saya takut menghadapi segala ujian. tetapi saya harus juga menghadapi semua ini.

kerana itulah aku menyuruh baca daripada episode 1. aku tak berdendam dan aku tak menyimpan. bila aku tuliskan disini aku lega. bila aku bercakap sesama manusia, ada saja jawapan yang tidak enak didengar. jadi lebih baik saya membuat keputusan saya daripada mendengar keputusan manusia yang adakalanya tidak perikemanusian langsung. Fikirlah.

Tahun baru akan menjelang. usia semakin meningkat, jika kalau akal kita masih berfikiran kolot. maksud aku kolot disini lari daripada ajaran islam, lari daripada akidah dan semuanya. dimana kita akhirnya? manusia memang pandai berkata-kata tetapi kata-katanya ada rahasia disebaliknya. baik dan buruk itu akal yang berfikir.

2010 aku rasa banyak peristiwa pahit yang aku telah lalui seperti.

-Terkeluarnya salah seorang daripada band member aku, kerana atas masalah tertentu. Masalah ini berpunca dari segi salah faham daripada aku dan dia.

-kawan aku emosi dengan aku, atas sebab aku tak angkat call dan balas sms.

- kawan aku juga lebihkan kawan perempuannya dan lupakan janjinya. oh kat sini baru aku faham. kita hanya kawan bukan rakan ;) maaf.

-Kereta aku rosak dan tak berjalan agak lama juga sebab wayer tercabut.

-Sedara aku melemparkan sesuatu kepada aku. uiks, sapa makan cili dia terasa pedas.

-Rosaknya komputer kesayangan aku atas pemberian daripada kakak.

-Sentiasa teringat kepada orang yang disayangi. haish!

aku rasa itu saja kot yang aku ingat untuk tahun nie. mungkin tidaklah seberapa besar sangat, tetapi sakitnya hati siapa yang tahu. tetapi peritiwa manis untuk aku tahun nie ialah

-Buat pertama kali aku merasa menjadi seorang pakcik ( dapat anak buah darah daging yang sama ) sesungguhnya aku rasa itulah yang sangat manisnya sampaikan aku rasakan biar betul aku nie dah jadi pakcik. walaupun anak buah aku perempuan, aku harapkan dia menjadi yang terbaik daripada yang ada sekarang ini.

-Penantian abang aku dan aku untuk membeli playstion akhirnya terjawab.

-Kejayaan untuk satu rakyat malaysia atas kemenangan bola sepak.

-membuat persembahan didepan orang ramai bersama band pinguin aku.

-aku rasa dalam tahun nie kot aku dapat guitar elektrik, atas pemberian mak aku. ( terima kasih mak )

- aku berjaya turun 30kg dalam 3 bulan ( hebat tak ? )

-tak sangka yang aku suka bercucuk tanam ;p dan hasilnya banyak tumbuh-tumbuhan yang dapat aku rasa dengan segarnya. ( manislah tuh, selalu tanam asik mati je ;p )



Inilah peristiwa yang aku ingat sampai mati, tetapi persoalan yang selama aku cari mungkin tak akan terjawab. mungkin aku harus membiarkan soalan ini seperti aku membiarkan soalan-soalan SPM dimana aku tidak akan tahu jawapan itu.

Dalam hidup ini kita akan lalui pelbagai persoalan, antaranya Kenapa, mengapa, apakah, betul ke? jawapan aku tak akan terjawab untuk setiap orang kerana ramai yang tidak akan tahu tentang cerita ini. Penantian didalam hidup aku adalah sama jawapan untuk persoalan ini.

Bila aku sedih, aku hilang bayang,
bila aku simpan, aku akan tertanya.
apakah ia masih hidup atau mati?
jika mati tunjukanlah aku dimana pusaranya.
jika hidup temukanlah aku.
jika hidupnya lebih bagus dari hidup aku.
aku hanya mampu memberi senyuman untuknya,
walaupun gembira, sedih, pilu didalam hati.
biarlah aku hidup untuk mengenang.

kali terakhir aku melihat semasa aku darjah 2. Dari saat itu sampai tingkatan 3 aku jalani hidup tanpa adanya wanita didalam hidup aku. Tibanya ditingkatan 3. Hancurlah selepas itu, Semuanya hancur dan berkecai. ( malas nak cerita lagi )

Jummat 31 December 2010

Hari ini adalah hari terakhir untuk 2010. Semalam aku tidur awal. pukul 9-10 aku dah tidur sampai pukul 3 pagi. Sejuk sangat pada waktu malam sekarang. Apa aku nak buat dengan akhir tahun nie?

solat jumaat itu jawab, selepas solat jumaat? aku tak tahu lagi. Kawan-kawan pun tak ada ajak pergi ke mana. aku rasa 2010 aku hidup dalam dunia aku lagi sekali. Dimana dunia aku, Duduk didepanTV, tengok cerita apa yang disiarkan, main computer, main playstation dan main guitar.

haish!

( 8.03 am )

Kini Telah pun berakhir...2/20 pagi 1/1/11

Saat terakhir aku menjalani tugas sebagai manusia biasa

- solat jumaat

-Keluar bersama sahabat aku dan awek baru cinanya ( uiks jeles aku dia dapat awek cina )

-pergi ke pasar malam

-jumpa sahabat lama yag terpisah atas sebab kerja. ( apakah ini aku akan kembali bersama mereka ? )

-akhirnya aku tidur pada pukul 9. lebih sebab tak tahan nak tidur

Bila aku terjaga dari tidur. kini sudah aku melepasi tahun baru. sayang sekali. Tahun nie umur aku 24 tahun. Ya allah, Semakin dewasa untuk aku. 24 tahun pelbagai-bagai cabaran aku telah lalui.

aku harap apa yang aku tulis ini janganlah ambil hati, sebab aku dah lupakan. aku nak habiskan disini. kita semua telah lalui pelbagai rintangan sama ada baik, buruk, manis, pahit dan macam-macam lagi.

Selamat tahun baru saya ucapkan kepada Semua warga dunia. jika saya tersilap kata diblog ini, jika ada yang masih terasa juga lagi ( haish saya tak tahu nak cakap macam mana lagi ) siapa yang macam-macam lagilah. saya harap anda maafkanlah saya dari hujung kaki ke hujung rambut. kita ditahun baru harus memulakan cara yang baru. Pahit yang lama haruslah kita buang jauh-jauh jika kalau nak simpan juga, simpanlah jumlah yang sikit agar kita tidak terbabas dengan rayuan syaitan iblis.

selamat tahun baru


Friday, December 24, 2010

Episode Khas

Jadi ( well ) tiba-tiba hati terasa baik pula dihari ini tanpa sebab kenapa dan apa puncanya.
Cuma terasa nak kongsi yang lama. dan ini adalah blog lama aku. Sejak tahun 2008 kot ? ye lah kot. Blog yang aku rasa entah apa-apa dan berterabur. Jadi aku bagi untuk sesiapa yang nak godek-godek blog aku nie. sila lah masuk. tak ada apa-apa yang menarik pun, cuma aku akan biar sampai awal tahun depan sahaja. selepas itu aku akan tutup kembali tanpa diketahui oleh orang lain. kalau cuba cari kat google search pun tak akan keluar :)


ini adalah sekali didalam hidup anda, yang mungkin cuba melihat, meneliti, apa lagi tentang siapa siddiq nie? . oh Tetapi blog dahulu banyak cerita yang Wargh!! Wargh tu bukan cerita ganas-ganas, tetapi cerita puitis. ghaa!! cerita lama =) jadi sila melihat. minta maaf jika kalau tulisan berterabur dan ada karut-karut sedikit. =)

Tetapi jika kalau ada apa-apa sila balas balik disini. jangan balas disana =) atau kotak borak disana =) sebab sana sama sekali saya tidak akan balas =)

Terima kasih. =) kepada yang sudi melihat dan membaca, dan cuba mencari rahasia tentang saya. Jika anda rasa saya ini ada buat salah dengan anda dan cuba manipulasikan KEPALA OTAK ORANG YANG LAIN sila lah cari sekarang =) mana tahu ada yang terjumpa dan bagi tahu yang lain jadi boleh lah kita chek point dengan dia kan? jadi silalah baca. Saya tahu siapa anda walaupun anda tutup account anda ke apa ke. sebab saya ada premium Blog punya account ;) heheh!! jadi sila lah godek-godek blog saya lagi kepada yang suka mencari masalah dengan saya =)

Episode 99 ( Hampir tiba masanya )

well atau didalam bahasa malaysia iaitu Jadi, hahah! minta maaf, masuk air sekejap. haish! penat setelah pulang daripada jamming bersama kawan-kawan. Sudah lama tak bermain alat muzik terutama sekali drum. Walaupun guitar adalah kelebihan aku, tetapi tak salah kalau diasah minat yang lain.

Hidup ini penuh dengan pancaroba bak kata lagu grey sky morning. tapi apakah ia bagus atau tidak itu semua kita akan lalui. Jadi bagi aku susah hampir tiba masanya untuk aku tamatkan episode 99 nie untuk tahun 2010 nie. Episode 100 insya allah aku akan tulis pada 1.1.11 nanti. Nombor pun cantik kata orang cina, tapi orang islam janganlah percaya dengan nombor-nombor seperti ini. nampak seperti mewah tapi sebenarnya mewah lagi kita berdoa kepada allah swt.

Hampir tiba masanya.......?

Banyak yang aku pendamkan selama ini, banyak yang aku lalui selama ini dan mungkin ada yang tidak faham aku alami sebenarnya. Aku bukan meminta kepada yang membaca cuba menjadi diri aku, tetapi aku mengerti bahawa manusia adakalanya tidak sempurna, walaupun sempurna sifatnya tetapi tidak sempurna akhlaknya, jiwanya, rohaninya dan akidahnya.

Kawan-kawan aku tidak faham apa aku sedang lalui, dan aku rasa yang fahamnya seorang sahaja aku rasa. walaupun aku pun kadang-kadang tak angkat phone dia, tak balas sms dia, tapi aku seperti dia tahu apa aku sedang buat dan dia tak kisah sangat dengan sikap aku. Aku rasa ia sesuai untuk aku gengamkan. tapi mampukah aku?

Kemudian, aku rasa dah lama aku tak bergaul dengan perempuan atau bahasa kasarnya berso-sial dengan gadis-gadis. Parah hati sampai bila tak akan sembuh sebenarnya. tetapi apa yang berlaku sebenarnya kita harus redha dengan kehendaknya. Takdir penentuan kita harus cari dimana. walaupun aku rasa seksa dihati sendiri, luka lagi melihat dia didepan mata walaupun seinchi ( WOhO ) , tapi aku faham situasinya walaupun itu bukan kehendak aku, tetapi kehendak dia. aku tidak boleh buat apa-apa sebab aku sangat memahi diri dia. jadi bila aku terkena, jadi aku faham. apa yang telah terjadi, tak mungkin akan kembali. jadi bagi aku tentang cinta. aku bebaskan. tak ada tawaran hati lagi . biar aku bebaskan jiwa ini. kosongkan. aku harap suatu hari nanti apa yang terbaik untuk aku, apa yang telah dijodohkan, ditakdirkan diharapkan itu adalah untuk aku. 1 peluru mungkin aku dah gunakan. tidak terkena sasarannya. untuk mengisi semula harus dicari dimana adanya peluru hidup. mungkin selama ini aku tembak mengunakan peluru kapur, tembak tak sakit rasanya.

jika dibentangkan tentang kerja pula. aku rasa aku telah bazirkan hidup aku dengan sia-sia, tapi bagi aku jangan ada rasa sia-sia, aku harus rasakan itu adalah anugerah untuk aku. tetapi aku pun haruslah membuka mata, Rezeki tak akan datang bergolek didepan mata. Kejayaan harus bermula daripada bawah. Kemahiran perlu diasah dan diasah supaya kita boleh mahir lagi dengan kemahiran yang ada. duit simpanan aku pun tak seberapa sangat. kos sara hidup semakin meningkat setiap hari dan tahun, jadi kos untuk kahwin + anak-anak harus dipersiap sedia daripada sekarang.

Hidup ini diberikan masa 24 jam sehari ada siang ada malam ada pagi ada tengah hari ada petang. semuanya cukup. tetapi apa yang kita buat seperti semuanya tak cukup. Kenapa ? aku rasa untuk diri aku 24 jam mungkin aku tahu dimana hilangnya waktu aku, hilangnya jiwa aku, semuanya hilang hilang hilang dan hilang.

jadi aku rasa untuk tahu depan aku rasa, biar cara aku, hidup aku, sifat aku, akidah aku yang menentukan. bila tiba masanya akal juga akan mengubah langkah seterusnya.

Sunday, December 19, 2010

Episode 98 ( Tersangkut dipertengahan jalan )

Sejak aku ada Ps2 nie, aku asik beli game dan selalu main game adventure sahaja. Aku suka sebab game tu lama dan kita belajar tektik-tektik, manalah tahu suatu hari nanti terkena kan? =)
sekarang nie game yang aku tengah main ialah metel gear 2. wargh~~ separuh mati aku main, tak sampai habis lagi, aku rasa nak dekat habis dia dah tersangkut =.=!

Separuh masa aku habiskan untuk game nie juga. Masa ps1 dahulu abang aku yang main game nie, sekarang aku pula yang main, tapi aku dah main no 3 punya. heheh langkah 1 Ep tak main. tapi sekarang sedang main dan tersangkut. aku dah tukar cd, tapi masih sama. aku tak tahu sama ada ps aku yang buat hal atau cd tu sebenarnya? nak juga aku main SEKEJAPPPPPPPPPPPPPPP saja kat sana lepas tu save dan main kat rumah aku. takut cd tu memang sangkut je kat part tu. haish!! membuatkan aku dah 3 hari tak main metal gear solid 2 nie.

buat julung2 kali aku tak usha youtube macam mana nak lepas satu mission nie ;) well walaupun main Normal tapi MAK Aih!! tercirit aku sebenarnya. tapi BEST =) hehhe!! ok lah.
tahun baru pun dah nak dekat. tahun baru islam dah pun lepas... =)
jadi apa matlamat baru?
hehehe nantikan

Episode 97 ( akal untuk berfikir, perasaan untuk emosi , jiwa untuk naluri )

Manusia diberi akal untuk berfikir, aku dah banyak kali terangkan, bahkan setiap kali kalau baca buku cerita pasti akan tertulis seperti yang aku cakapkan. aku pernah terbaca satu artikel dimana,
manusia yang berjaya mengharungi masalah adalah manusia yang berani bermain dengan perasaan sesama manusia, dan yang pandai berfikir untuk mencari punca+kenapa+bagaimana+konklusi dan pertimbangan yang sesuai.

selepas sudah berfikir dengan jawapan yang tertanya-tanya dalam kepala, barulah kita mencari perasaan yang sesuai, kenapa harus mencari perasaan yang sesuai? sebab semua orang tahu manusia tidak suka perasaan yang boleh mendatangkan emosi orang naik darah, bukan tak boleh, boleh tapi seperti aku terangkan tadi. kita harus berfikir dengan jawapan yang sesuai dan baru kita memulakan emosi.

selepas melepaskan emosi, melepaskan jiwa atau naluri adalah combo sebenarnya. sebenarnya ia ikut ciri-ciri soalan yang dikemukan oleh orang sebenarnya, contoh dia macam nie.

anda sedang marah dengan sahabat anda, jadi anda perlu berfikir bagaimana nak mulakan perbualan seperti ini, dan bila anda yang memulakan, anda harus ada jawapan yang kukuh dan benar. Kemudian baru anda melepaskan perasaan yang anda rasa soalan yang bermain difikiran anda sama seperti perasaan anda. Jiwa dan naluri selalu dapat digabungkan semasa tengah marah, bercinta ( nak lepaskan perasaan ) dan didalam dilema.

ini cuma tips dari aku.......... =)

Tuesday, December 7, 2010

Episode 96 ( Bagaikan disihir )

Abang aku danial dan akmal pernah berkata " game nie dulu kita pernah main kat komputer " aku tak beberapa ingat sehinggalah munculnya kat Playstation 1 . Masa tu aku dan abang aku semua main, siap buat orang sendiri. Game nie sebenarnya game gunakan otak untuk kita berfikir, senang cerita game taktikal. Kita dijadikan maharaja dalam game nie, Memang menarik dan best ( game nie tak ada cheat langsung senang cerita, berusaha dengan mengunakan otak sebaik yang mungkin ). Jika dulu game kat ps1 senang sikit nak main, tak sampai sebulan dah habis. Sebab aku buang orang, bunuh orang, tukar officer, senang kiri kanan, suruh komputer uruskan serangan seterusnya. tapi ini SUSAHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH.

Aku dah main game nie rasanya dekat 4 hari, aku baru dapat mentadbir separuh daripada negeri china sebenarnya, Oh lupa nak bagi tahu, game nie mengisahkan sejarah negeri china, Pernah dengar tentang the three kingdoms?

Ok cerita dia bermula tentang Liu bei, Zhang fei dan Guan Yu, mereka nie sebenarnya bukan darah yang sama, tapi zaman dulu, membuat sahabat menjadi adik beradik adalah penting didalam peperangan. Ahha, jika dulu aku cakap aku Mencari sahabat seperti " syaidina abu bakar as-siddiq " perangai mereka bertiga ini lebih kurang sama. Mereka menjaga satu sama lain. Mereka telah berjanji bahwa "tidak akan berpecah sehingga titisan terakhir " macam tu lah maksud dia. Boleh chek kat wikipidia kalau nak info lebih. Aku sangat kagum dengan Liu Bei sebab dia nie adalah seorang Pentadbir yang bagus, dia membuat penyilaian yang hebat, Guan yu pula seorang Pahlawan yang Hebat dan dikagumi sebenarnya, dia juga seorang penasihat untuk liu bei, Zhang fei nie Sama tahap dengan guan yu tapi kurang skit daripada guan yu. Tapi mereka bertiga memang sama hebat.

tapi tak silap aku, ada seorang pengawai tu lagi hebat, nama dia zhang apa tah. dia mampu menewaskan 1,000 orang askar ( gile tak gile dia nie, hati kentang goreng betul ). Aku memang kagum dengan setiap peristiwa sejarah china nie.

Karektor-karektor yang aku boleh ingat buat masa nie

Lu bu
Sun ce
Tai shi chi
Cao Cao ( hahahaah dia nie aku nak kena musnahkan dalam game, musuh utama )
Huang zhong,
Sima yi,
Zhang Fei ( yerk ke? )

Alamak!!! hehehe aku kena ingat balik lah.

Orait, dan ini adalah peta yang aku sedang main dalam game, tapi aku punya tak macam nie. aku punya hampir separuh nie aku punya sebenarnya separuh daripada bawah sampai ke tengah merah atas. Tapi dalam map nie sekarang, warna Hijau itu ialah kawasan Liu Bei, Merah tu Sun ce dan Biru tu Cao Cao. Memang payah nak tewaskan semua nie dalam masa seminggu.
Sekarang nie aku main kat Ps2 aku, sehari lebih kurang 12 jam aku bazirkan. Bodohnya aku nie.
Sampaikan otak aku dah rasa lain macam, mata aku dah tak betul. semua tak betul lah senang cerita. tapi aku bagaikan disihir apabila aku main game nie.

Yang aku pasti game nie mamang menarik, tapi payah nak main daripada dulu punya control.aku lebih suka dulu daripada sekarang.......

haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!

Saturday, December 4, 2010

Episode 95 ( tiba-tiba aku suka dengar lagu nie )



Years from now

(Intro)
What will I be years from now
What will I wear how will I look
I think too much I think too much

(Verse 1)
Sometimes its scary over thinking
What you have or haven't done
You think too much you think too much

(Verse 2)
Will the rain smell the same
Will our loosing trentrous game
And the star much shine
The color seems so blurry

(Bridge)
Will l endup all alone
Without a shoulder to cry on

(Chorus)
What will I be years from now
I have answered them but none have answered me
And when my time has come
I hope my last seconds in this life will have you
Will have you...


(Verse 3)
Will the rain smell the same
Will our loosing trentrous game
And neglect most people views
Seems so worthy

----------------------------------------------------------------------------------------

Pertama kali aku dengar lagu nie tak silap kat youtube kot ? sebab aku sedang cari satu lagu aizat yang setiap kali aku nak kereta sure lagu tu berbunyi masa zaman bulan puasa lepas. rupa-rupanya lagu sg.lui lah , tapi aku tak kisah sebab itu aku tertarik dengan lagu english yang aizat buat nie, melodi dia rancak walaupun lirik dia sedih yang didalam keraguan sebenarnya. Bila aku baca comment orang kat facebook tentang lagu nie, ada yang mengatakan macam lagu stay, tapi bagi aku CELAH MANEEEE? tapi tak apa lah itu pendapat orang.

Katakanlah, aku bagi lagu nie kat orang? uiks sure dia pelik kan? tapi ramai yang tak pelik bila kita cakap aku dedicatekan lagu nie untuk kau?. Ramai orang yang tidak akan faham sebenarnya. Sebab sejak 2-3 hari lepas aku ada terbaca wall facebook daripada satu persatuan nie, dia cakap " jika anda ingin memikat seseorang, lagu apakah yang anda akan memberi kepadanya? "
disitu aku nampak banyak yang kata " aku tak pernah terfikir pun, tapi bila dah terputus baru terfikir "
hahahahhahahahah!!! aku dah lama buat perangai macam tuh, setiap yang pernah aku cuba berikan, ada lagu-lagunya, tapi, ada yang tidak juga sebab time tu aku rasa aaaaaaaaaaaaaaaa lantak lah. tapi lagu nie aku buatkan jadi motivasi untuk aku. lagu motivasi yeargh!!.

Thursday, December 2, 2010

Episode 94 ( Hampir tiba penghujung tahun )

Sekarang ialah 2 december 2010, tahun depan ialah 2011. Apa langkah-langkah persedian aku?
banyak persedian aku sebenarnya. Aku hanya merancang tetapi allah swt yang akan memutuskan.Aku pun rasa telah lama aku tak usha awek, tetapi aku kuatkan didalam hati, bahwa jangan ada buat masa sekarang nie, parah itu masih belum sembuh sepenuhnya. Hampir 1 tahun aku tak usha aweks-aweks, tiada bercakap, dia duduk semeja mahupun sebagainya walaupun ada tetapi awek member but still aku buat bodoh.

sambung kembali cerita asal aku, aku harus tukarkan set-set diri aku ini sebelum menjelang set 12 bulan akan datang. persedian harus dilakukan secara baik-baik sekali lagi dan jangan aku tersalah langkah.

Sekali lagi didalam hidup aku, hidup biarlah sederhana, apa yang ada-adalah, jika tiada yang datang, untuk apa aku harapkan. aku tidak mahu lagi terus berharap yang tidak hadir dan meletakan diri untuk orang lain. Jika kalau aku mampu berusaha dan orang lain mampu berusaha maka aku dan orang-orang disekeliling aku pun mampu juga untuk berusaha.
Aku juga ingin memperbanyakan herbs-hersb yang ada dirumah aku, lebih baik menanam makanan daripada yang tidak boleh dimakan.

aku juga ingin berfikiran sederhana, bagi aku untuk tahun depan aku tidak mahu berfikir beban ( dan sebenarnya aku tahu bila aku cakap seperti ini beban itu akan datang lagi banyak )
hati aku juga sudah kuat untuk menghalangkan perasaan jatuh cinta sebab aku dah set kan didalam minda aku. ( aku dah lama setkan sejak peristiwa itu )

tetapi,
jika itu adalah segalanya maka aku akan akhirkan peluru aku yang terakhir untuknya. hidup aku hanya seperti sebuah pistol yang cuba menembak tepat dihati. ( kerana itulah aku berniat agar aku jauhkan hidup daripada wanita-wanita disekeliling aku, aku tak mahu hidup didalam bayangan dan kennyataan )

Dari segi pergaulan, aku akan cuba menjadi lebih terbaik daripada sekarang, aku cuba menjadi seperti khalifah agung persahabatan aku sangat kagumi iaitu saidina abu bakar as-siddiq dan aku akan cuba mencontohi sifatnya selagi mampu. Jika kalau agama aku akan cuba mengikut nabi kita muhammad s.a.w

dan ini adalah langkah-langkah awal aku untuk persediaan. harinya hampir tiba penghujung waktu apakah aku masih hidup dihari esok pun tidak tahu sebenarnya

Wednesday, December 1, 2010

Episode 93 ( Mimpi )

Anda pernah mimpi? mimpi yang benar-benar terjadi didalam jangkaan masa beberapa saat,minit,jam, hari atau bulan sebaliknya? ini bukanlah cerita dongeng yang aku cuba sampaikan. tetapi ini adalah mimpi aku yang kabur akan jawapannya. Tetapi orang tua berkara jika kalau kita mimpi ular maka itu adalah mimpi jin. aku ada buku tafsiran mimpi, tetapi aku malas nak bukak untuk melihat isi kandungannya. Dulu aku rajin membaca tafsiran mimpi. tapi sejak akhir-akhir ini aku malas .

Mimpi pelik yang aku pernah alami ialah aku bergaduh dengan syaitan atau jin aku pun dah lupa, diwaktu itu aku tertidur petang, sebab aku penat balik sekolah. masa itu tidak silap, aku tingkatan 5. Aku tidur didalam bilik kakak aku dalam pukul 3 petang setelah aku balik jalan kaki daripada LRT taman paramount rumah aku. Aku mimpi asalnya aku mempunyai kawan yang baik dengan aku, akhirnya dia berubah menjadi yang aku tidak sangka, dia berubah bentuk menjadi yang aku pun tak tahu itu jin atau syaitan sebenarnya?

ayat dia cakap kepada aku " aku akan bunuh kau " masa itu mimpi aku dengan dia adalah seorang pahlawan dan entah macam mana aku boleh bergaduh pun dah lupa, akhirnya didalam pertempuran tu ramai yang terkorban sebenarnya. aku hampir mati didalam mimpi aku, sebelum dia nak tikam aku, dia huruskan mata pedang tu kat tangan kanan aku, ada calar yang agak panjang. tiba-tiba azan maghirb. tiba-tiba aku bangun, bila aku bangun terasa sakit dan pedih ditangan aku, rupa-rupanya berdarah betul. mak aku pelik apa aku buat sampai tangan aku berdarah masa tu. aku pun pelik nak cakap sebenarnya. esok disekolah kawan aku pun pelik apa aku buat kat rumah sebenarnya. jika kalau aku terangkan mesti diketawakan. tetapi biarlah.

sampailah aku tahu mimpi aku seperti benar-benar terjadi, esok harinya tertidur lagi, dia datang kembali dengan berkata "pertarungan kau dan aku masih belum tamat lagi " alamak, mimpi yang sama datang kembali, kali ini aku potong kepala dia, tetapi dia masih hidup dan berkata " sampai bila pun kau tak akan boleh matikan aku " itulah ayat terakhir dia berkata kepada aku. mimpi yang pelik pernah aku alami .

Mimpi kedua aku ialah, aku mempunyai sebuah rumah besar dan putih, aku balik naik teksi sebab kereta aku rosak. bila aku masuk aku lihat dirumah aku banyak kertas-kertas yang aku tidak tahu apa isi kandung dia. bila aku bukak pintu aku disambut oleh budak-budak. rupanya itu adalah anak aku. tetapi, sebelum itu aku tanya " erk, siapa korang nie? " ada budak aku rasa-rasa dalam 12 tahun cakap , " apalah ayah, anak sendiri pun tak kenal" lagi lah aku terkaku didalam mimpi, akhirnya aku pun bermesra dengan diorang, lalu turun seorang perempuan dimana tinggi dia paras bahu aku macam tu dengan muka berkabur, aku berkata lagi sekali " siapa awak nie " diwaktu itu dia cubit aku, uikhs, lagi aku pelik, lalu dia berkata " isteri sendiri pun tak kenal?" lagi lah aku pelik dengan mimpi macam nie. aku alami mimpi seperti ini sebanyak 10 kali tidak silap aku. dalam setahun mimpi yang sama datang kembali.

tetapi baru-baru ini aku mimpi binatang, dimana aku mimpi ular, aku mimpi ular sawa, tedung dan ular-ular bisa yang lain, tetapi ular sawa nie berkata didalam mimpi aku " jangan risau siddiq, aku akan melindungi kau didalam kesusahan "

erkk, disitu aku mula cuak dengan mimpi aku, aku tanya kat mak aku, dan mak aku pun dah cuak dengan mimpi aku.tetapi mak aku cerita, diwaktu aku kecil dahulu, mak aku pernah mimpi ada seekor ular sawa kejar mak aku dengan aku (masa bayi lagi ) bila sampai dibukit, dia berdiri macam ular tedung lalu jatuhkan badan dia, tetapi mak aku tetap pegang aku. aku tidak tahu apa mimpi itu cuba sampaikan.

Orang kata, mimpi itu adalah permainan hidup, tetapi mimpi aku selalunya akan terjadi, seperti beberapa tahun lepas, aku mimpi kereta member aku terbalik, dalam masa 3-9 bulan memang betul kereta dia terbalik.banyak aku mimpi akan terjadi, tetapi ia mengambil masa yang lama. bila aku rasa aku pernah alami, maknanya aku pernah lalui didalam mimpi aku, dan aku tahu apa yang akan terjadi seterusnya, tetapi itu adalah mimpi. allah swt yang mengawal semuanya.

apa-apa pun kita patut merujuk kepada orang yang lebih arif tentang mimpi ini, mimpi bukanlah sesuatu perkara yang main-main. mimpi boleh datang dengan secara wujudnya. orang kata jika kita terjaga daripada mimpi makanya itu mimpi betul.tetapi lebih betul lagi bila kita terjaga diwaktu pertengahan pagi atau sebelum subuh macam tu. apa-apa pun tanya kepada orang yang arif tentang maksud mimpi ini. mimpi juga adalah maksud sesuatu yang allah swt cuba sampaikan. tetapi kita harus tahu apakah maksud disebalik mimpi itu, seperti aku selalu juga mimpi mati, bila baca balik rupa-rupanya allah swt ingin aku sedar daripada kesilapan aku. dosa besar , dosa kecil atau dosa terselindung yang aku pernah buat. jadi fikir-fikirkanlah mimpi anda

=)