Hidup ini penuh dengan pancaroba bak kata lagu grey sky morning. tapi apakah ia bagus atau tidak itu semua kita akan lalui. Jadi bagi aku susah hampir tiba masanya untuk aku tamatkan episode 99 nie untuk tahun 2010 nie. Episode 100 insya allah aku akan tulis pada 1.1.11 nanti. Nombor pun cantik kata orang cina, tapi orang islam janganlah percaya dengan nombor-nombor seperti ini. nampak seperti mewah tapi sebenarnya mewah lagi kita berdoa kepada allah swt.
Hampir tiba masanya.......?
Banyak yang aku pendamkan selama ini, banyak yang aku lalui selama ini dan mungkin ada yang tidak faham aku alami sebenarnya. Aku bukan meminta kepada yang membaca cuba menjadi diri aku, tetapi aku mengerti bahawa manusia adakalanya tidak sempurna, walaupun sempurna sifatnya tetapi tidak sempurna akhlaknya, jiwanya, rohaninya dan akidahnya.
Kawan-kawan aku tidak faham apa aku sedang lalui, dan aku rasa yang fahamnya seorang sahaja aku rasa. walaupun aku pun kadang-kadang tak angkat phone dia, tak balas sms dia, tapi aku seperti dia tahu apa aku sedang buat dan dia tak kisah sangat dengan sikap aku. Aku rasa ia sesuai untuk aku gengamkan. tapi mampukah aku?
Kemudian, aku rasa dah lama aku tak bergaul dengan perempuan atau bahasa kasarnya berso-sial dengan gadis-gadis. Parah hati sampai bila tak akan sembuh sebenarnya. tetapi apa yang berlaku sebenarnya kita harus redha dengan kehendaknya. Takdir penentuan kita harus cari dimana. walaupun aku rasa seksa dihati sendiri, luka lagi melihat dia didepan mata walaupun seinchi ( WOhO ) , tapi aku faham situasinya walaupun itu bukan kehendak aku, tetapi kehendak dia. aku tidak boleh buat apa-apa sebab aku sangat memahi diri dia. jadi bila aku terkena, jadi aku faham. apa yang telah terjadi, tak mungkin akan kembali. jadi bagi aku tentang cinta. aku bebaskan. tak ada tawaran hati lagi . biar aku bebaskan jiwa ini. kosongkan. aku harap suatu hari nanti apa yang terbaik untuk aku, apa yang telah dijodohkan, ditakdirkan diharapkan itu adalah untuk aku. 1 peluru mungkin aku dah gunakan. tidak terkena sasarannya. untuk mengisi semula harus dicari dimana adanya peluru hidup. mungkin selama ini aku tembak mengunakan peluru kapur, tembak tak sakit rasanya.
jika dibentangkan tentang kerja pula. aku rasa aku telah bazirkan hidup aku dengan sia-sia, tapi bagi aku jangan ada rasa sia-sia, aku harus rasakan itu adalah anugerah untuk aku. tetapi aku pun haruslah membuka mata, Rezeki tak akan datang bergolek didepan mata. Kejayaan harus bermula daripada bawah. Kemahiran perlu diasah dan diasah supaya kita boleh mahir lagi dengan kemahiran yang ada. duit simpanan aku pun tak seberapa sangat. kos sara hidup semakin meningkat setiap hari dan tahun, jadi kos untuk kahwin + anak-anak harus dipersiap sedia daripada sekarang.
Hidup ini diberikan masa 24 jam sehari ada siang ada malam ada pagi ada tengah hari ada petang. semuanya cukup. tetapi apa yang kita buat seperti semuanya tak cukup. Kenapa ? aku rasa untuk diri aku 24 jam mungkin aku tahu dimana hilangnya waktu aku, hilangnya jiwa aku, semuanya hilang hilang hilang dan hilang.
jadi aku rasa untuk tahu depan aku rasa, biar cara aku, hidup aku, sifat aku, akidah aku yang menentukan. bila tiba masanya akal juga akan mengubah langkah seterusnya.
No comments:
Post a Comment