Bulan
Jannuary 2010
-Masa tuh tengah hangat untuk membuat recording band aku pinguin
- banyak sangat road block yang berlaku kat petaling jaya ( sebab banyak sangat pencuri-pencuri disini haish )
February 2010
- Ada seseorang yang terasa dengan tulisan aku.
- Aku pernah terasa macam nak tinggalkan band aku tanpa sebab kenapa. Tetapi sayang tu masih ada sebenarnya ( maaf eh, ini adalah jawapan jujur walaupun tak sanggup sebenarnya )
- Aku telah menjadi manusia yang tiada perasaan terhadap semua. Dari saat itu aku seperti telah menghancurkan sesuatu sebenarnya. apa yang aku hancurkan pun masih tak pasti.
March 2010
- Aku rasakan semua disekeling aku ini hanyalah sandiwara hidup atau hanya pura-pura saja didepan aku
- Persembahan diklang bersama pinguin di Harbour place. Rasanya itu yang terakhir persembahan untuk tahun 2010
- Akhirnya tercipta juga lagu untuk dia. Selama ini sukarnya untuk aku menulis lagu sejak peristiwa itu. tetapi entah macam mana, allah swt mungkin telah membuka pintu ilham aku kembali.
April 2010
- Bulan nie aku rasa seperti aku sedang mempelajari bahasa aku sendiri iaitu bahasa rahasia aku. Aku pun tak pernah terfikir sebenarnya sehingga aku terpaksa menulis seperti ini untuk mengelak kekecewaan aku selama ini. orang kata aku nie Emosi. aku emosi sebab aku tak ada tempat nak melepaskan. faham tak kenapa aku buat macam nie? jika kalau aku ini betul manusia yang tiada perasaan kenapa aku berkelakuan seperti ini?
May 2010
- Rupa-rupanya bulan april aku ada show bersama band aku pinguin diLepaq Cafe.
-Secara tiba-tiba aku telah membuat lagu yang tiada perasaan
-Gila main game final fantasy 8. Siap dengan tips-tips aku tulis diblog aku. Rasanya memang gile aku main nie. 8 jam hanya untuk mendapatkan satu pedang yang gile. akhirnya aku berjaya mendapatkannya. bangga tetapi rasa bazir masa hahaha!! tetapi game tu aku rasa macam aku. sebab manusia yang tiada perasaan. akhirnya dia akan jatuh cinta juga.tetapi aku? biar masa menentukan bila. entah ada atau tiada tolak tepi.
June 2010
- Jasad aku merasakan kesakitan yang teramat sebenarnya. tapi aku takut untuk berjumpa dengan doktor. bagi aku semua orang akan sakit dan mati. jadi let it go ;p .
-Aku tulis sesuatu yang datang dari lubuk hati aku setelah aku mendengar cerita dari sahabat aku akan tentang hidupnya.kepada sedara-sedara aku yang masih lagi sedang mencari chek point dengan aku bacalah blog bulan june. lepas tu sebarkan kat semua orang ok! .
- 29 haribulan adalah hari jadi aku. hanya maksu, jannah dan najah yang datang ke rumah aku dan menyambut hari jadi aku. terima kasih kepada maksu yang sudi membeli kek untuk aku. terharu seketika =)
- Persiapan perkahwinan kakak aku.
July 2010
- World cup telah tiba, akhirnya germany team aku tahun nie kecundang. Dikalahkan oleh Spain yang menang nasib sebenarnya.
- Kakak aku kahwin akhirnya =) tahniah
August 2010
- Filem malaysia sedang hangat cerita tentang lagenda budak setan. bagi aku satu cerita menarik. tetapi seperti macam ada yang tak kena. walaupuna ku tak baca novel tu. bagi aku sedih dia berakhir dengan kegembiraan. walaupun akhirnya perempuan itu mati. bagi aku dia dapat juga perempuan itu dan dapat anak lagi tuh. =) heheh
- Puasa sedang berlaku disini =) tetapi ramadhan untuk aku tidak seindah sewaktu adanya kakak aku dan rakan-rakan
September 2010
- Hari raya pun telah menjelma,semua orang pun bersuka hari. tetapi disini entah macam mana boleh tetimbul sesuatu perkara.
Oktober 2010
- Berlaku sesuatu pertengkaran disini antara manusia yang EGO BATU, yang kononnya HATI PANAS cuba bertemu dengan GUNUNG BERAPI. haish, minta maaf eh disini. aku tak tahu apa masalah dia sebenarnya? Aku dengan dia tak pernah langsung bercakap. apatah lagi nak bertegur. sejak bila jadi macam tu aku pun tak tahu. mungkin dari dia kot puncanya. Seperti kakak aku cakap. Takpe, mereka mereka jentik kita banyak kali, kita tak bising pun. tapi bila kita jentik sikittttttttttttttttttttttttttttttttt je. Mereka dah meraung macam HARIMAU hHAHAHHAHAHAHAHA. kat sini pun aku nak minta maaf. Manusia yang kurang bercakap dengan orang itu dan kurang bermesra. bila ditegur semuanya tak kena, lepas tu macam-macam kata dilemparkan. sudahlah, aku pun dah malas manusia seperti ini. bagi aku buang masa saja aku dijadikan lelaki yang patut menjaga kamu kamu kamu dan lain. jika kalau kamu rasa saya ini tidak menjaga kamu. abaikan saya. kalau terasa lagi. tak boleh nak buat apa =)
- Akhirnya aku dan abang aku membeli Playstation 2 walaupun playstation 3 dah ada dipasaran. tetapi ini saja yang kami mampu beli. Kami bukan orang kaya pun. kalau kami bekerja, banyak tangungjawab kami terhadap rumah, kereta dan ibu kami. Duit boleh dicari, tetapi cari punya banyak yang nak kena pakai. Repair sana sini. bayar bill dan kos makan lagi. jika suatu hari nanti, apakah anak-anak aku akan berfikir seperti fikiran aku? hmmm entahlah
- Akhirnya aku berjumpa dengan seorang gadis yang telah mengecewakan aku masa aku tingkatan 4 rasanya. Itulah perjumpaan yang pertama dan mungkin yang terakhir kot. Dia suruh aku beli dan ajar main guitar. jadi aku pun buat. aku tak tahu kejadian selepas itu. mungkin dia terasa aku delete dia dari facebook aku kot. lantak lah, aku delete sebab aku tak mahu jatuh cinta ataupun sakit hati melihat wanita, baik aku delete semua yang ada. yang MASIH ada tu. aku sengaja biarkan. sebab aku nak tengok riaksi kata-kata kejadah dari mereka.
November 2010
- Aku terjumpa pita kaset dimana ada suara ayah aku. walaupun hanya beberapa saat aku dengar suara dia. hmmm sukar untuk aku katakan.
- Ini adalah pengalaman manis aku pada usia macam ini. dimana aku menjaga anak buah pertama aku. memang susah menjadi seorang ayah dimana anaknya menangis diwaktu malam. baru aku tahu bertapa susah dan sukarnya menjadi ayah
December 2010
- Ketagihnya aku bermain game The three kingdoms. aduh!!
- Tiba-tiba yang telah menghilang datang kembali. ( siapa orang tu ? )
- Road tax kereta saga dihidupkan kembali
Inilah sepanjang tahun aku yang aku ingat. mungkin ada yang aku tak beberapa ingat, dan ada yang aku ingat aku malas nak cerita, takut nanti ada yang sakit hati dengan aku. walaupun aku dah bagi tahu yang apa aku tulis disini habis disini. Orang lain tidak tahu siapa aku melainkan sesiapa yang tahu. kenapa manusia bodoh suka belagak pandai? walaupun aku tahu ada yang malu. tetapi apakah mereka juga mengenali diri kamu?
kecilnya hati kamu kecil lagi hati saya. kecewanya kamu lagi kecewanya saya. aku tulis apa aku rasa. jika apa aku rasa ini adalah salah. kenapa anda anda anda dan anda tidak berubah untuk menjadi lebih baik daripada kesilapan? apakah pandangan ataupun riaksi saya ini tidak patut ditulis diblog saya? jika tiada sapa yang mahu mendengar cerita saya, dimana tempat hendak saya mengadu? hidup saya bukan seperti anda anda semua. saya manusia yang mengurungkan jiwa saya. sebab saya sedar akan diri saya. saya takut untuk bercinta, saya takut kehilangan, saya takut menghadapi segala ujian. tetapi saya harus juga menghadapi semua ini.
kerana itulah aku menyuruh baca daripada episode 1. aku tak berdendam dan aku tak menyimpan. bila aku tuliskan disini aku lega. bila aku bercakap sesama manusia, ada saja jawapan yang tidak enak didengar. jadi lebih baik saya membuat keputusan saya daripada mendengar keputusan manusia yang adakalanya tidak perikemanusian langsung. Fikirlah.
Tahun baru akan menjelang. usia semakin meningkat, jika kalau akal kita masih berfikiran kolot. maksud aku kolot disini lari daripada ajaran islam, lari daripada akidah dan semuanya. dimana kita akhirnya? manusia memang pandai berkata-kata tetapi kata-katanya ada rahasia disebaliknya. baik dan buruk itu akal yang berfikir.
2010 aku rasa banyak peristiwa pahit yang aku telah lalui seperti.
-Terkeluarnya salah seorang daripada band member aku, kerana atas masalah tertentu. Masalah ini berpunca dari segi salah faham daripada aku dan dia.
-kawan aku emosi dengan aku, atas sebab aku tak angkat call dan balas sms.
- kawan aku juga lebihkan kawan perempuannya dan lupakan janjinya. oh kat sini baru aku faham. kita hanya kawan bukan rakan ;) maaf.
-Kereta aku rosak dan tak berjalan agak lama juga sebab wayer tercabut.
-Sedara aku melemparkan sesuatu kepada aku. uiks, sapa makan cili dia terasa pedas.
-Rosaknya komputer kesayangan aku atas pemberian daripada kakak.
-Sentiasa teringat kepada orang yang disayangi. haish!
aku rasa itu saja kot yang aku ingat untuk tahun nie. mungkin tidaklah seberapa besar sangat, tetapi sakitnya hati siapa yang tahu. tetapi peritiwa manis untuk aku tahun nie ialah
-Buat pertama kali aku merasa menjadi seorang pakcik ( dapat anak buah darah daging yang sama ) sesungguhnya aku rasa itulah yang sangat manisnya sampaikan aku rasakan biar betul aku nie dah jadi pakcik. walaupun anak buah aku perempuan, aku harapkan dia menjadi yang terbaik daripada yang ada sekarang ini.
-Penantian abang aku dan aku untuk membeli playstion akhirnya terjawab.
-Kejayaan untuk satu rakyat malaysia atas kemenangan bola sepak.
-membuat persembahan didepan orang ramai bersama band pinguin aku.
-aku rasa dalam tahun nie kot aku dapat guitar elektrik, atas pemberian mak aku. ( terima kasih mak )
- aku berjaya turun 30kg dalam 3 bulan ( hebat tak ? )
-tak sangka yang aku suka bercucuk tanam ;p dan hasilnya banyak tumbuh-tumbuhan yang dapat aku rasa dengan segarnya. ( manislah tuh, selalu tanam asik mati je ;p )
Inilah peristiwa yang aku ingat sampai mati, tetapi persoalan yang selama aku cari mungkin tak akan terjawab. mungkin aku harus membiarkan soalan ini seperti aku membiarkan soalan-soalan SPM dimana aku tidak akan tahu jawapan itu.
Dalam hidup ini kita akan lalui pelbagai persoalan, antaranya Kenapa, mengapa, apakah, betul ke? jawapan aku tak akan terjawab untuk setiap orang kerana ramai yang tidak akan tahu tentang cerita ini. Penantian didalam hidup aku adalah sama jawapan untuk persoalan ini.
Bila aku sedih, aku hilang bayang,
bila aku simpan, aku akan tertanya.
apakah ia masih hidup atau mati?
jika mati tunjukanlah aku dimana pusaranya.
jika hidup temukanlah aku.
jika hidupnya lebih bagus dari hidup aku.
aku hanya mampu memberi senyuman untuknya,
walaupun gembira, sedih, pilu didalam hati.
biarlah aku hidup untuk mengenang.
kali terakhir aku melihat semasa aku darjah 2. Dari saat itu sampai tingkatan 3 aku jalani hidup tanpa adanya wanita didalam hidup aku. Tibanya ditingkatan 3. Hancurlah selepas itu, Semuanya hancur dan berkecai. ( malas nak cerita lagi )
Jummat 31 December 2010
Hari ini adalah hari terakhir untuk 2010. Semalam aku tidur awal. pukul 9-10 aku dah tidur sampai pukul 3 pagi. Sejuk sangat pada waktu malam sekarang. Apa aku nak buat dengan akhir tahun nie?
solat jumaat itu jawab, selepas solat jumaat? aku tak tahu lagi. Kawan-kawan pun tak ada ajak pergi ke mana. aku rasa 2010 aku hidup dalam dunia aku lagi sekali. Dimana dunia aku, Duduk didepanTV, tengok cerita apa yang disiarkan, main computer, main playstation dan main guitar.
haish!
( 8.03 am )
Kini Telah pun berakhir...2/20 pagi 1/1/11
Saat terakhir aku menjalani tugas sebagai manusia biasa
- solat jumaat
-Keluar bersama sahabat aku dan awek baru cinanya ( uiks jeles aku dia dapat awek cina )
-pergi ke pasar malam
-jumpa sahabat lama yag terpisah atas sebab kerja. ( apakah ini aku akan kembali bersama mereka ? )
-akhirnya aku tidur pada pukul 9. lebih sebab tak tahan nak tidur
Bila aku terjaga dari tidur. kini sudah aku melepasi tahun baru. sayang sekali. Tahun nie umur aku 24 tahun. Ya allah, Semakin dewasa untuk aku. 24 tahun pelbagai-bagai cabaran aku telah lalui.
aku harap apa yang aku tulis ini janganlah ambil hati, sebab aku dah lupakan. aku nak habiskan disini. kita semua telah lalui pelbagai rintangan sama ada baik, buruk, manis, pahit dan macam-macam lagi.
Selamat tahun baru saya ucapkan kepada Semua warga dunia. jika saya tersilap kata diblog ini, jika ada yang masih terasa juga lagi ( haish saya tak tahu nak cakap macam mana lagi ) siapa yang macam-macam lagilah. saya harap anda maafkanlah saya dari hujung kaki ke hujung rambut. kita ditahun baru harus memulakan cara yang baru. Pahit yang lama haruslah kita buang jauh-jauh jika kalau nak simpan juga, simpanlah jumlah yang sikit agar kita tidak terbabas dengan rayuan syaitan iblis.
selamat tahun baru
No comments:
Post a Comment