Monday, November 29, 2010
Episode 92 ( Aku )
Sunday, November 28, 2010
Episode 91 ( Keluarga )
Ini adalah gambar keluarga aku semasa hari raya tahun 2009. Gambar ini diambil dirumah opah sedara aku, Sebelah rumah opah aku saja. Asalnya rumah ini adalah rumah moyang aku belah mak. Banyak sejarah katanya keluarga mak aku. Kebanyakan keluarga bila aku tanya semua rapat dengan belah ibu mereka. Belah ayah mereka? hanya segelintir sahaja aku tahu. tapi tidak mengapa.Tuesday, November 23, 2010
Episode 90 ( Mendung lalu hujan )
Apakah lumrah hidup seseorang harus diulangi dan diulangi perkara yang sama ataupun sikit demi sedikit setiap orang ditinggalkan? Berjalan dalam gelap adalah sesuatu perkara yang setiap orang pernah jalani? aku faham dengan takdir yang aku lalui.Wednesday, November 17, 2010
Episode 89 ( jangan cari masalah kalau tak ada orang cari masalah )
Manusia kalau marah adalah seperti api, apatah lagi jika kalau manusia kalau sebelum hilang sabar ia seperti gunung berapi yang sedang nak meletus. kenapa manusia marah? manusia marah sebab kerana mulut, kerana perangai, kerana hutang dan sebagainya. tetapi paling sekali manusia marah ialah kerana mulut dan perangai sebenarnya.Tak kan ayat macam ini pun nak terasa? Aku hanya memberi pandangan tentang hari raya korban semalam. Aku tak minta sedikit pun orang itu ucap terima kasih kepada aku dan lain yang telah banyak menolong dia dalam hidup ataupun tolong walaupun seketika. Cuma aku terfikir jika kalau hari raya aidil fitri kita harus wajib kata orang memaafkan orang yang telah buat salah dengan kita, Kenapa tidak juga dihari raya korban? dimana secara sedar atau tidak sedar ramai diantara orang yang kita kenal telah banyak berkorban dengan kita? Contohnya seperti diwaktu kita didalam kesusahan, didalam keraguan, didalam kesempitan dan lain-lain dengannya. Kita harus jadi bangsa yang dapat berfikir secara positif, dalam islam kita harus berfikir apa,mengapa,kenapa dan bagaimana.
Monday, November 15, 2010
Episode 88 ( 3 hari suku )
Ini ialah gambar anak buah aku. Usianya 8 bulan dan Boleh berdiri dan berjalan. Tetapi jalan kena pegang tangan. untuk beberapa hari ini aku menjaga anak buah aku ini. Mak dia ada kursus kerja dan ayahnya ( abang aku ) pun berkerja. Jadi tak ada siapa untuk jaga dia dihari minggu.Sunday, November 14, 2010
Episode 87 ( Jika aku memilih sahabat )
Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik?
Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:
1. Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
3. Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
5. Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
6. Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
7. Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;
13. Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;
14. Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.
Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita.
Saturday, November 13, 2010
Episode 86 ( hanya untuk 3 saat )
Ini adalah kisah sedih tentang aku untuk aku berkongsi bersama. Walaupun muke aku nie adakalanya gembira, ganas, brutal dan sebagainya tetapi ada juga muka aku diwaktu-waktu kesedihan juga. Bermulalah beberapa bulan atau tahun yang lepas dimana abang aku danial sedang mengemas barang-barangnya ke rumah baru.