menyalahkan setiap perkara yang berlaku,
tetapi mereka tidak nampak baik dan buruknya,
kerana hanya sebab yang tidak munahsabah.
Aku tidak kisah apa yang terjadi,
dan aku rasakan apa aku buat itu adalah betul dan benar,
aku cakap apa yang terkeluar daripada akal aku dan fikiran aku,
mungkin menyingungkan perasaan,
tetapi siapa yang akan membuat anda sedar jika tiada siapa yang akan menyingungkan perasaan?
Ramai yang mahu menang tanpa berfikir,
ramai yang mahukan keseronokan tanpa berfikir,
apa disebalik kesudahannya nanti?
Manusia cakap untuk kebaikan dan keburukan,
disitu kita harus mengunakan akal untuk berfikir apa,kenapa dan bagaimana.
tetapi manusia tetap dengan pendiriannya yang mahukan sesuatu,
dimana impian mereka mahu orang lain mendengar kata-kata mereka.
Jika dia mengatakan aku adalah orang yang tidak pernah pandai bersyukur dan sebagainya,
apa pula dengan dirinya?
sedangkan hidup aku sentiasa terima apa saja yang ada didunia ini,
aku tak mahu ramai orang menyukai aku kerana nanti ada yang tersingung dan terasa,
tetapi apa salah aku terhadap orang seperti itu?
aku hanya buat apa aku termampu,
aku tidak pernah meminta lebih daripada segalanya,
tetapi ramai yang menunding jari kepada aku,
mempersalahkan aku dan hidup aku,
entah mengapa aku rasakan hidup ini allah swt bagi aku terlalu cabaran,
Dalam hidup,
kita akan diterima pelbagai ujian dan dugaan,
disitu kita harus belajar mengalaminya,
apakah kita harus membenci orang?
seharunsya tidak,
dan seharusnya kita harus lagi mendekati orang seperti itu,
jangan kita lari daripada orang itu,
tetapi jika orang itu yang lari daripada kita,
maka kita haruslah cari jalan bagaimana untuk selesaikan.
Masalah tidak pernah hilang daripada sifat manusia,
manusia yang tenang pun mempunyai masalah,
jadi gunalah akal dan fikiran kamu dengan sebaiknya,
seperti kamu kata ini adalah dugaanku dan inilah cabaranku.
bukan niat aku untuk merosakkan atau membaling najis kepadanya,
tetapi apa gunanya akal dan fikiran,
apa gunanya jika kita ada perasaan jika kita mampu cakap " aku faham apa kau alami "
pernahkah kita alami perasaan orang itu?
secara jujurnya aku sentiasa cuba alami perasaan orang,
tetapi aku rasakan dia tidak akan pernah faham bagaimana perasaan hidup yang aku lalui.
aku tidak mahu menonjolkan perasaan ini didepan dirinya,
aku lebih suka mendiamkan diri dan berfikir " apa jika kalau aku menjadi dirinya, apa yang aku akan buat? "
mungkin aku hanya pandai tulis disini katanya, tetapi bila didepan aku tidak pandai melepaskan diri aku,
aku bukanlah yang suka melepaskan kata-kata didepan manusia,kerana itu adalah syaitan yang cuba menghasutkan diri sesama manusia.
hidup aku jika tanpa dikawal maka hancurlah orang didepan aku. tidak kisah perempuan atau lelaki.
hidup aku erti sabar telah sampai ditahap mendidih,
bila hilangnya didih itu pun tidak tahu.
Aku cakap untuk kesedaran,
bukan untuk cacian,
tetapi apakah daya,
manusia sentiasa terasa,
dulu aku juga pernah rasa seperti itu,
tetapi aku fikirkan balik,
sama ada ia tujukan kepada aku atau tidak,
memang aku diwaktu itu ditahap kosong,
aku tunggu dia balas apa,
namum memang benar ia tujukan kepada aku.
terima kasih kepada akal dan fikiran yang memberi petunjuk kepada aku.
aku tidak kisah hilang segala-galanya,
tetapi aku kisah hilangnya syurga allah swt,
hilangnya hidayah daripada allah swt,
dan hilangnya yang ada bersama allah swt.
aku manusia biasa,
dan kita semua adalah manusia biasa.
apa yang kita belajar bersama haruslah gunakan sebaiknya,
bukan lagi memburukan keadaan,
akal dan fikiran adalah aset utama setiap orang.
apa gunanya kita tidak asahkan akal untuk hadapi dunia berbandingkan pelajaran.
jika pelajaran kita asahkan otak tetapi dunia kita tidak berfikir maka rosaklah ia
No comments:
Post a Comment