Kerana aku nampak disetiap penjuru hidup aku. Setiap hari sebelum aku tidur, aku sentiasa berfikir akan sesuatu perkara kenapa? kenapa ia harus terjadi? tak kisah sama ada perkara yang hidup ataupun yang telah mati. Kita harus bersedia untuk menerima keadaannya jika kita tersalah berfikir sama ada jawapan yang positif ataupun negetif.
Setiap yang kita rapat akan hilang dengan sekelip mata, yang mana juga kita percaya akan hilang kepercayaan. Jadi perkara seperti ini tidak adil untuk setiap orang. Jadi aku terfikir, apakah ini semuanya? apakah ini adalah takdir ataupun naluri ? ataupun memang sifat manusia bergitu?
Aku lebih rela mendiamkan diri daripada menonjol daripada dulu aku pernah buat. Fikirkan balik jika aku buat yang betul mesti ada orang yang cemburu atau marah dan bengang. jika aku buat salah pun perkara yang sama. Jadi apa yang sesuai untuk orang itu boleh terima aku? jika dia rasakan aku ini adalah sempurna dalam hidup dia. kenapa dia tidak saja menjadi diri aku? aku baca buku dimana dia tulis seperti ini " jika seseorang banyak berfikir sesuatu perkara didalam hidup, maka hidupnya lebih bagus daripada manusia yang tidak berfikir " dan " jika kegagalan adalah kemenangan tetapi kegagalan tanpa berfikir adalah kerugian " mungkin ada ramai yang tak faham dengan maksud terakhir itu.
Maksud terakhir ialah dimana kegagalan itu haruslah berfikir dengan kemenangan. hidup dengan berfikir adalah hidup kemenangan. Kemenangan tak akan datang bergolek seperti hidup menunggu. Seperti kita sedang bermain. Kenapa orang membuat taktik untuk menentang musuh? kenapa kita serang depan-depan bergitu sahaja?
Ada juga manusia yang malas berfikir dan memberi orang berfikir. tetapi namanya diberi kepada orang yang malas berfikir. Hidup ini mungkin tidak adil bagi sesetengah orang rasa. tetapi bagi aku ini hanyalah didunia. Dunia ini hanya sementara. Sementara seperti kita bercakap dengan orang " rileks lah sementara nak tunggu pakcik leman nak solat, kita pergi lah ke kedai dulu " jadi fikirlah sementara tu macam mana.
sementara kita tunggu ajal kita tiba. kita akan tunggu, bagi orang seseorang yang terbaca blog aku ini sekarang.
Mendung itu indah
hujan itu rahmat ilahi
takdir hidup hanyalah sementara
tapi
perjalanan sementara masih panjang
No comments:
Post a Comment