Sunday, November 14, 2010

Episode 87 ( Jika aku memilih sahabat )

Mungkin ramai yang tidak tahu sahabat bagaimana yang sesuai untuk dijadikan sahabat. Seperti diri aku. Mungkin aku adakalanya cuba menjadi sahabat yang baik. tetapi aku kadang-kadang rasa diri aku diperbodohkan oleh orang-orang disekeliling. Jadi jika aku mencari sekali lagi sahabat aku akan mencari seperti ciri-ciri sahabat rasullulah s.a.w iaitu saidina abu bakar as-siddiq.

Ciri-cirinya amat aku kagumi. Jika aku dapat sahabat seperti Abu bakar as siddiq nescaya aku tak akan sekali-kali akan mengabaikannya. Dulu aku dapat sahabat hanya keranakan hiburan+kepentingan+dan lain-lain, tetapi kali ini aku cuba mencari sesuatu kelainan. Dimana susah senang seorang sahabat akan sama-sama memahami.

Dulu aku pernah ada sahabat seperti ini. Tetapi akhirnya dia telah berpindah tempat. Jadi aku telah kehilangan. Kawan, rakan,teman, karib mahupun sahabat adalah berlainan maksud walaupun orang kata sama saja. Tetapi beza daripada setiap individu.

Kawan.
Kawan boleh dijadikan seperti kawan baru kenal. Kawan gitu-gitu saja. tak lebih daripada seorang kawan. Apa maksud tak lebih dari kawan, maksudnya dia berkawan dengan orang itu setakat ala kadar saja. kenal atas nama sahaja.

Rakan.
Rakan adalah dimana sewaktu sekolah rendah mahupun menengah dimana rakanlah akan menolong kita daripada terkena denda daripada cikgu. Rakan ini seperti yang sentiasa bersama diwaktu belajar mahupun waktu rehat. Sentiasa menolong antara satu sama lain didalam sekolah

teman.
Teman seperti menemani seseorang didalam waktu kesusahan, didalam dilema mahupun didalam keraguan. Dimana saya orang A ada masalah. Orang A ini akan mencari orang B untuk menceritakan masalah dan sebagainya. B ini akan mencari jalan penyelesaian dengan caranya. Dimana kebosanan A melanda B yang akan menjadi mangsanya.

karib.
Karib ini ialah pertengahan untuk Teman dan rakan.

Sahabat.
Bila tanyakan inilah sahabat aku dunia dan akhirat. Apa yang terlintas daripada setiap fikiran anda yang cakap bergitu? bagi aku maksud sahabat ini adalah unic sekali dimana sahabat ini hanya ada beberapa orang sahaja didalam sejuta. Sahabat ini dia akan menasihati tentang dunia dan akhirat, akan menegur jika kalau kita melakukan kesalahan. Sahabat tak akan bercakap melulu tanpa perasaan.Apa bila bercakap pasal sahabat. Ramai yang terkeliru apa sahabat sebenarnya. Jika kalau diberi duit orang terus cakap inilah sahabat aku dunia dan akhirat, jika kalau orang bagi macam-macam baru kenal 2-8 kali jumpa dah bagi macam-macam oh inilah sahabat.mungkin orang itu cuba menjadi sahabat kita. tetapi apakah kita sudi menerima menjadi sahabatnya hingga akhir hayat?

sahabat tak akan meninggalkan sahabatnya. sahabatnya sentiasa memujuk sahabatnya jika kalau diantara mereka telah lari daripada landasan agama. sahabat juga kisah apa yang terjadi kepada rakannya dan cuba mencari jalan penyelesaian. Bukan hanya sekadar berdiam diri. sahabat juga tak ingin memutus sesama sahabatnya.

Tetapi apa yang telah terjadi pada zaman sekarang? Sahabat hanya atas nama sahaja. Jika betul sahabat tunjukkanlah sifat sahabat.

mungkin apa aku cakap ini tidak seberapa bagus lagi.tetapi cubalah cari dan terfikir akan sifat-sifat saidina abu bakar as siddiq yang sentiasa bersama Nabi Muhammad s.a.w


Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik?

Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

1. Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;

2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;

3. Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;

4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;

5. Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;

6. Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;

7. Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;

8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;

9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;

10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;

11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;

12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;

13. Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;

14. Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.

Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita.

No comments:

Post a Comment