Setiap keluarga ada caranya tersendiri dan ini adalah ciri keluarga mak aku.Semasa arwah ayah aku ada, adik beradik mak aku akan datang duduk dirumah mak aku. Dimana mak aku sayangkan adik-adiknya. Senang cerita seperti aku dan adik beradik aku. Manusia zaman sekarang ini ramai yang benci dengan darah sendiri, tetapi tidak seperti mak aku. Seburuk mana pun mereka, seego mana pun mereka dan apa-apa jua, mak aku tetap sayang dengan adik-adik dia.
Pada malam tadi, ramai juga sedara-sedara aku datang. sudah lama tidak datang ramai seperti zaman-zaman dahulu dimana adik beradik mak aku selalu berkumpul ramai-ramai dirumah mak aku. Jika beberapa tahun dahulu aku dan adik sedara aku selalu bermain dan berborak, kini zaman itu tidak dilalui lagi. Bukan aku yang menghindarinya tetapi aku tidak tahu dimana puncanya. bila besar semua orang ada EGO masing-masing. Semua orang mempersalahkan orang-orang lain. tetapi tidak melihat kepada diri mereka dan mencari kelemahan pada diri sendiri.
Aku tulis seperti ini bukan kerana aku benci tetapi ini adalah fahaman terhadap diri aku.Mungkin dulu aku rapat dengan pakcik dan makcik aku, tetapi aku sendiri yang hendak menjauhkan diri ini, Sebab aku rasa ada pihak yang seperti tidak puas dengan kelakuan keluarga aku. Dimana salahnya adik beradik aku pun tidak tahu, tetapi kami tidak mengapa. Setitik air daripada mak aku pun tidak kami cincangkan. Kami tidak pernah pun untuk lari daripada masalah tetapi kami cuba selesaikan secara aman.
Aku tulis macam kerana, aku tidak faham didalam sesebuah keluarga mesti ada orang yang tidak kena. mesti ada salah seorang yang tidak puas hati yang aku rasa seperti tiada sebab. Aku nak tahu sangat motif utamanya apa?. apakah ia cuba memusnahkan orang-orang disekelilingnya? ataupun selepas puas rapat dengan orang itu terus abaikan? aku pun tidak faham.
ada juga bila sudah bertanya tetapi dijawab "semua ini kita serahkan kepada allah swt" ? lagi pelik aku untuk mengetahui jawapan-jawapan yang terbantut didalam kepala otak aku. bagi aku untuk senangkan lagi cerita, ini seperti seorang yang ego tanpa memperdulikan masa yang allah swt ciptakan.
aku sedih dengan sikap orang seperti ini, dimana egonya hanya memperbodohkan diri sendiri, merosakan tali silaturahim yang ada. jika kalau aku diberikan kuasa untuk memutarkan masa dan dapat membaca fikiran orang itu kan senang. tetapi itu hanyalah mimpi dunia sahaja. perkara itu tidak mungkin terjadi.
kepada sesiapa yang terbaca blog aku, diharapkan ambilah pengajaran dimana, Buruknya saudara kita, kejinya sedara itu, itu tetap sedara kita. Apakah kita mampu berlawan dengan kata-kata yang telah tercatit dimana " barang sesiapa memutuskan silaturahim antara keluarganya maka nerakalah akhirat mereka" ? aku tidak sanggup untuk memutuskan sedara aku walaupun aku tahu ada diantara mereka sebenarnya benci dan marah kepada aku. bagi aku itu adalah perkara biasa. tetapi cubalah bukakan minda dan akal fikiran. Manusia kadang-kadang terlupa untuk berfikir dan mengingati setiap perkara.
Jangan juga abaikan sedara-sedara yang kita rasa tidak membawa faedah untuk kita, kat sini pun aku nampak, ada manusia juga hanya mendekati sedara-sedara yang membawakan faedah untuk dirinya. Kita boleh nampak disini. Orang tidak akan rapat terus dengan kita hanya pasal sesuatu perkara, dia akan datang sikit dan sikit seperti orang biasa. Jadi fikirlah, jika kalau kita rapat dengan orang yang membawa faedah, apa perasaan kita suatu hari nanti , diri kita pula yang terkena?
apa yang kita buat akan terjadi balik. tetapi aku harap, kebaikan yang keluarga aku cuba selesaikan harapnya tidak sampai ke tangan anak-anak sedara aku atau anak-anak aku suatu hari nanti. aku tak nak ada putusnya sedara, ataupun bencinya dengan sedara sendiri.
walaupun muka aku ini ganas dan jarang bercakap. tetapi cubalah untuk bercakap, aku benci bila aku ini hanya digunakan hanya kepentingan diri sendiri. aku tak suka juga, jika sedara aku buat seperti aku terangkan diatas.
Sebab aku pernah terkena. Kita jarang berbicara, tetapi dengan sedara lain pandai pula untuk bercakap, tiba-tiba datang dan meminta tolong? dalam hati asalnya memang tidak mahu. tetapi aku fikirkan 2 perkara sahaja. Jika aku tidak tolong maka aku tidak dapat pahala dan jika aku seperti memutuskan maka neraka lah untuk aku. Manusia juga tidak dapat menerima keadaan daripada kennyataan sebenarnya. jika diberikan jawapan kennyataan yang sebenar, ada saja jawapan yang dia mahu diberikan tanpa berfikir kenapa orang itu cakap bergini.
Jadi fikir-fikirkanlah.
"aku tulis apa aku rasa, aku tulis apa aku lihat, aku tulis hanya dari sudut pandangan aku, tetapi jika ada yang terasa aku harap minta maaf, bukan untuk buat terasa, tetapi aku masih mencari-cari jawapan yang hilang itu"
( Gambar ini kecil sahaja, tak perlu risau siapa diri anda yang ada didalam gambar ini, tak perlu nak heboh-hebohkan kepada orang lain, tiada diletakan dimana lokasi atau tempatnya. fikir betul-betul sebelum cuba cerita buruk kepada orang lain )
No comments:
Post a Comment