Hampir 1 tahun aku menyimpannya untuk diri aku yang sekian lama mahukannya. tetapi jika kalau aku hilangnya dengan sekelip mata. Habislah harapan aku lagi. Terpaksa aku menyimpan kembali khazanah hidup aku. Bukan senang untuk aku berkorban selama hampir 1 tahun, jaga dengan rapi.
Itulah Kisah rambut aku dimana aku rasa hampir 1 tahun aku tak potong. Sayang dan berat hati ini jika suatu hari nanti aku terpaksa juga potong rambut ini demi kerjaya aku. Aku sekarang ini ada 2 peluang untuk memulakan kerjaya aku. Tetapi aku didalam dilema kerana rambut aku dan janggut aku. Kadangkala aku risau juga dengan aspek segi solat aku juga. Maklumlah kerjaya sebagai tukang masak hari-hari duduk dapur. aku paling risau bila waktu jumaat. Setiap umat islam lelaki wajib melaksanakan tugas solat jumaat. Dulu aku pernah dihalang oleh seorang chef. Tapi aku malas nak cakap dimana. Dia katakan kepada aku " jika kalau awak pergi solat jumaat, siapa nak jaga dapur nie kalau ada orang order " . Ya allah , didalam hati aku memang mula-mula rasa bersalah. tetapi aku lagi rasa bersalah dengan allah swt. akhirnya aku jumpa dengan chef seorang lagi yang membenarkan kebenaran aku ke masjid untuk menunaikan solat.
bergitu sukar sekali jika terjadi bergitu. sebab bagi aku jika malaysia ini masih lagi sebuah negara islam. Maka hak undang-undang islam didalam pekerjaan didalam sektor kerajaan mahupun swasta haruslah dilaksanakan. Kenapa sukar sangat untuk ikut landasan agama yang kita ada sekarang ini?
Duit boleh dicari, tetapi wajib didalam agama tak boleh diganti, jadi keputusan aku untuk kerjaya nie masih lagi didalam dilema. mahu atau fikirkan secara dalam-dalam. hmmmmmm
No comments:
Post a Comment