Saturday, November 13, 2010

Episode 86 ( hanya untuk 3 saat )

Ini adalah kisah sedih tentang aku untuk aku berkongsi bersama. Walaupun muke aku nie adakalanya gembira, ganas, brutal dan sebagainya tetapi ada juga muka aku diwaktu-waktu kesedihan juga. Bermulalah beberapa bulan atau tahun yang lepas dimana abang aku danial sedang mengemas barang-barangnya ke rumah baru.

Tiba-tiba terjumpa satu kaset lama. Aku awalnya nak buang sebab itu hanyalah sebuah kaset buruk dan lama. Entah elok atau tidak lagi, Tidak sempat untuk aku campak kan ke dalam tongsampah abang aku cepat-cepat bagi tahu yang kaset tu ada suara ayah aku.

Seumur hidup aku. tak pernah langsung aku dapat dengar suara ayah aku macam mana. Akhirnya aku simpan kaset itu. Beberapa bulan lepas tak silap aku. Akhirnya aku terbukak niat untuk cuba mendengar suara ayah aku bagaimana. pada asalnya aku memang pelik siapa lelaki nie? aku tanya kepada mak aku. " ini ke suara bapak " mak aku pun dah lupa , tanya kepada opah aku masa ada dirumah aku dan opah aku cakap " nie lah suara bapak siddiq " , hmmmmm.

Hanya 3 saat aku hanya dapat mendengar suara bapak aku. Ada orang yang tidak pernah langsung dengar mahupun berjumpa kedua-ibu bapa mereka. Ada yang masih kecil ibu bapa telah meninggal dunia. Sedih aku terasa bila aku tahu apa yang mereka rasa.
aku hilang ayah aku sewaktu aku berusia 1 tahun lebih tak silap.tetapi aku cukup bertuah walaupun aku hanya dapat mendengar selama 3 saat. walaupun tak seberapa, tetapi aku tahu itu suara bapak aku.

Orang cakap macam-macam kat aku. Tetapi apakah mereka tahu disebalik aku sebenarnya? setiap peristiwa aku telah lalui. Daripada kecil sampailah aku ke dewasa. Aku marah bukan sebab aku benci. Sebab aku sayang dan risau. Jika aku biarkan itu bermaksud aku memang benci. Tetapi ada juga manusia yang marah kerana benci juga. Tetapi itu bukan sifat aku.

Orang lain ada yang tidak menghargai kedua ibu-bapa mereka. malah ada yang ayahnya kahwin dua pun anaknya buat endah dengan ayah mereka. Tidak tahu erti cuba bermesra. Apakah bila suatu hari nanti ayah mereka telah mati. Baru mereka tahu rasa sedih? hanya diri mereka saja yang tahu perasaan diwaktu itu.

walaupun aku hidup tanpa bapak, atau pangilan kasar. Anak takde bapak ( memang kurang ajarlah kalau orang cakap macam tu kan? ) tetapi aku cukup diberi pelbagai kehidupan oleh mak aku dan adik beradik aku. Pengalaman dan erti kasih sayang terhadap adik beradik aku susah nak cakap. Kami sentiasa tolong dibelankang satu sama lain.

Adakalanya kurang mesra sebab tak tahu nak cakap apa. tetapi bila ada masalah kami tetap akan tolong dan sebagainya. Sebab kami tahu bertapa susahnya hidup tanpa ada seorang ayah dan mak seorang suri rumah yang mendidik dan membesarkan kami sehingga hari ini.


No comments:

Post a Comment