Peribahasa pernah mengatakan, Kerana mulut badan binasa dan tajam lagi lidah daripada pisau. tetapi bagi aku fikir dahulu sebelum bertindak. Apa gunanya kita ada akal untuk berfikir daripada binatang yang tak dapat berfikir sebelum bertindak.
Ini adalah cerita daripada kisah aku dimana ada orang terasa dengan percakapan aku? bagi aku lawak untuk aku. Sebab aku hanya tulis daripada pandangan aku terhadap dunia dan orang disekeliling aku tetapi, kadang-kadang aku selalu post lirik-lirik lagu diwall facebook aku. Aku pun heran apa yang dia marah sangat sampai aku boleh menyebabkan kemarahan dia? dimana aku rasa aku post biasa saja bila aku lihat kembali kesemuanya. Masuk kali ni dah ada beberapa orang terasa sebenarnya. aku pun tak faham. Apakah orang seperti ini sebenarnya dia cuba rapat dan sayang dengan aku tetapi dia terasa apa aku cakap? oh kalau terasa ambil pengajaran jadikan pengalaman hidup, bukan untuk marah dengan sesuka hati. Kerana marah itu adalah perangai syaitan dan iblis.
bila aku chek balik baru-baru punya post out aku. aku hanya tulis macam nie saja
Tak kan ayat macam ini pun nak terasa? Aku hanya memberi pandangan tentang hari raya korban semalam. Aku tak minta sedikit pun orang itu ucap terima kasih kepada aku dan lain yang telah banyak menolong dia dalam hidup ataupun tolong walaupun seketika. Cuma aku terfikir jika kalau hari raya aidil fitri kita harus wajib kata orang memaafkan orang yang telah buat salah dengan kita, Kenapa tidak juga dihari raya korban? dimana secara sedar atau tidak sedar ramai diantara orang yang kita kenal telah banyak berkorban dengan kita? Contohnya seperti diwaktu kita didalam kesusahan, didalam keraguan, didalam kesempitan dan lain-lain dengannya. Kita harus jadi bangsa yang dapat berfikir secara positif, dalam islam kita harus berfikir apa,mengapa,kenapa dan bagaimana.
Memang kalau orang perli kita, diri ini marah. Tetapi fikir juga korban orang itu kepada kita apa yang telah dia lakukan. Diwaktu kita dalam kebosanan. Dia datang berhiburkan kita didalam waktu dia tengah sibuk. Ramai orang berkorban masa untuk orang. Ramai yang tidak sedar. Bagi aku manusia seperti ini bodoh. Tidak reti menghargai orang.
jadi sebelum kita baca status orang difacebook. Baca secara terperinci dan berfikir dahulu kenapa dan bagaimana untuk menyelesaikan masalah peribadi jika kalau anda terasa dengan status seseorang difacebook termasuk facebook aku kalau orang tu sedang membaca blog aku. Terima kasih.
No comments:
Post a Comment