Aku dan mak aku menjaga anak buah aku ini. Bagi mak aku, ia sudah biasa menjaga budak kecil walaupun mak aku dah lama tak jaga budak kecil berusia bergini, Tetapi bukan untuk aku. Ini adalah pengalaman hidup untuk aku walaupun beberapa hari aku menjaganya. Pengalaman untuk aku ialah bagaimana rasanya menjadi seorang ayah dimana anaknya terjaga diwaktu malam.
Aku yang menidurkannya, aku memberinya mendengar lagu http://www.youtube.com/watch?v=ZTEO2jPSsxQ&feature=player_embedded ( tekan kalau nak dengar ) . kemudian aku pasang lagu 99 nama allah s.w.t bila dia sudah mamai, barulah aku tepuk2 untuk kasi dia tidur.
Selepas anak buah aku fatimah nie dah tidur. Mak aku suruh aku tidur dengan dia. Pengalaman pertama dimana aku menjaga anak buah aku tidur diwaktu malam. Kerana ayahnya keluar bermain futsall.( tak mengapa ) , Tepat pukul 12 atau 1 macam tu, aku sedang tidur terdengar suara budak-budak menangis. Aku ingat suara makhluk halus kacau. Rupa-rupanya anak buah aku tersedar daripada tidur.Cuba bagi susu dia tak nak, cuba tepuk-tepuk pun tak nak. jadi aku terpaksa kejutkan mak aku sebab dia dah menangis teruk. Akhrinya mak aku tukar lampin dia. Ingatkan selepas tukar lampin dia dah ok. Alamak dia senyum nak ajak main heheheheh!!!!.
Jadi aku pun ambil keputusan bukak komputer aku dan bagi dia dengar lagu yang aku letak diatas tadi. bagi sampai dia terlena. akhirnya dia terlena juga.
Jadi didalam fikiran aku, walaupun sekali aku merasa pengalaman seperti ini, aku masih tertanya-tanya " apakah aku sudah bersedia untuk tempuhi cabaran seperti ini selama 1 tahun setengah " ? . sampai sekarang aku masih meragui sama ada aku mampu atau tidak. Untuk menjadi seorang ayah adalah satu cabaran tetapi untuk membuat anak bukan satu cabaran tetapi sesuatu kesukaan setiap orang.
apatah lagi cuba mandikan anak-anak kecil ini. bergitu payah kerana mereka sering sahaja mengeliat. aku boleh uruskan seorang diri tetapi keadaan risau itu adalah kuat juga sebab takut aku tak boleh kawal situasi jika terjadi apa-apa.
Jadi, pengalaman paling berharga aku rasa sekarang ialah apabila seseorang itu telah ada anak. Apakah seseorang itu sanggup terima dengan hati terbuka? =)
No comments:
Post a Comment