Thursday, March 31, 2011

Episode 208 ( Syukur, akhirnya jalan itu telah menunjuk )



Alhamdulillah, akhirnya aku dapat temui sesuatu jawapan yang aku masih tertanya-tanya kenapa perkara ini berlarut hingga sekarang. Aku syukur atas kedua adik beradik aku cuba menyelesaikan masalah ini. Aku dan keluarga aku tak mahu ia berlarutan dan berpanjangan.
aku letak lagu nie sebab sifat kemanusia. Fahamilah liriknya dengan betul-betul, jika persengketaan ini berlarutan, tiada pengakhiran cerita.

Seperti kakak aku nasihat kepada aku " allah nak maafkan kita, ampunkan kita senang sahaja, tapi sesama manusia ini susah. kita ada alam lain yang sedang menunggu kita, jika kita tak maafkan orang atau berdendam maka ada hari lain untuk orang-orang seperti ini "

bila aku berfikir dan memahami, baru aku sedar bahwa alam ini ada alam lain lagi yang sedang menuggu bila aku mati nanti. apakah aku mendapat keredhaan allah swt atau tidak, aku tidak tahu, jadi lebih baik apa aku buat selesaikan didunia sebelum aku disoal tanpa aku sedar itu kesalahan.

Dan aku faham yang betul juga tak semestinya betul juga, seperti aku kena marah dengan kakak dan abang aku, orang cakap betul dan salah, kedua-duanya kena marah juga sebab kita tak mahu dendam itu terbentuk, dan ego pun menguasai diri. baru aku memahami.

Mungkin sedar juga, aku pun terabai dengan sikap peribadi aku. aku kata " apa guna ada perasaan seperti ini ? , baik matikan perasaan " bila aku fikirkan balik, aku telah menzalimi diri aku dan orang jika sifat seperti ini, islam tak ada ajar sifat seperti ini. Sumpah dari nama aku,
aku telah tewas dengan pendirian aku terhadap ini.

peribadi dan perilaku nabi muhammad saw yang harus kita contohi, bukan sifat yang terbentuk daripada pengaruh rakan dan TELEvISON dan cerita-cerita yang kita menonton. mungkin satu persatu allah swt cuba tunjukkan aku sesuatu, dan dugaan yang allah swt berikan kepada aku ini, telah membuka mata aku yang selama ini aku sedar, tetapi ditutup oleh syaitan.

Bila aku dengar lagu nie pula

Lirik dia membuatkan aku lagi kesedaran, selepas pagi tadi aku terbaca tafsiran al-quran

Tidak ada kebaikan dari banyak pembicaraan rahasia mereka,kecuali
pembicaraan rahasia dari orang yang menyuruh (orang ) bersedekah,
atau berbuat kebaikan atau mengadakan perdamaian diantara manusia.
Sesiapa yang berbuat demikian kerana mencari keredhaan allah,
maka kelah kami akan memberi pahala yang besar (an-nisa 114 )

Huraian dia tertulis seperti ini

Qatadah bin Numan ra. berkata "suatu hari, Fafi`ah bin zain da.,pemanku,
membeli beberapa karung terigu yang kemudian disimpan digudang miliknya,
gudang itu juga sebagai tempat penyimpanan peratalan perang. kemudian suatu malan,
gudang itu dibingkar dan seluruh isinya dicuri. kaum muslim pun mengadakan
penyelidikan atas pencurian itu. beberapa orang menjelaskan, pada malam kejadian bani ubairiq mengadakan
pesta dengan memasak tepung terigu yang lazat . namun, bani ubairiq mengelak tuduhan itu dan berkata
" demi allah sesungguhnya perlakuan adalah labid bin sahl. padahal Labid ra. dan bani ubairiq. Aku pun
menghadap rasulullah saw. dab menceritakan kejadian itu, Rasulullah saw bersabda
"aku akan mengadakan penilitian terlebih dahulu, 'mengetahui niat rasul saw. Dani ubairiq pun menghadap dan
menghasut beliau, " hai rasul, Sesungguhnya Qatadah dan pemannya Rafia`ah, telah menuduh seorang berakhlak baik
diantara kami sebagai pencuri,'Saat qatadah ra. menghadap kembali, rasul saw bersabda
"kau telah menuduh seorang berakhlak baik dari bani ubairiq sebagai pencuri ' atas ucapan beliau itu.
Turunlah ayat ini. "(HR,muslim Tirmidzi dan Hakim).

Aku dan keluarga aku memang dah lama cuba nak tamatkan masalah yang kami hadapi selama ini. tapi aku bersyukur kepada allah swt telah memberi waktu dan masanya. aku percaya, setiap apa yang terjadi ada hikmahnya, dan inilah hikmah selama aku dan keluarga aku nantikan.
semoga kita semua mencari keredhaan allah swt.

Saya hamba allah yang lemah, tak ada sifat benci melainkan yahudi. tak ada dendam, kerana dendam itu sifat syaitan.

Monday, March 28, 2011

Episode 207 ( Ia pecah ? )


Pasir pantai aku...................................
ia akhirnya pecah juga, aku ada 3 botol untuk buat perhiasan.
air laut dan pasir pantai pertama yang aku buat semasa aku berada dipangkor, kedua semasa berada di langkawi dan yang terakhir semasa aku berada di Pd.

Yang pecah nie botol aku semasa berada dilangkawi. tapi tak mengapa, jika kalau meman sudah tertulis untuk dipecahkan sebergini aku redha, lagi pun setiap kejadian ditangan allah swt, jika kalau ada yang terlanggar lalu jatuh aku tak kisah sebab aku redha =).

aku tahu suatu hari nanti botol-botol ini akan pecah juga.

Episode 206 ( alasan yang tak bernas aku pernah dengar )

seperti kakak aku cakap dengan aku

" perempuan dicipta pelbagai-bagai emosi berbanding dengan lelaki "

Aku faham, kenapa ia berbeza dengan lelaki, kalau tengok segi perkataan pun sudah kita nampak bezanya bukan?. Senang cerita kita tengok nafsu perempuan berapa dan lelaki berapa. Kali nie aku cuma nak berkongsi cerita tentang alasan sebenarnya.

Aku bukan cuba untuk memburukan orang, tetapi kita ada akal dan mata, dapat mentafsir dengan baik dan jelas. Aku pun dah naik muak bila orang seperti kita dimuka bumi nie tidak dapat berfikir dengan sempurna. Hati keras ? hati Benci dan sebagainya, apa kejadah itu semuanya jika kalau diri sendiri pun tak terjaga dengan baik? senang cerita untuk hati yang Keras yang kononnya macam batu, Jangan sampai orang cuakkan air untuk tersedar daripada tidur yang lena.

Satu lagi, apabila kita tidak dapat berfikir untuk disatu pihak lagi, kita pandai bercakap tapi tak pandai menilai situasi orang, dalam hidup nie secara jujur dari pandangan aku, kita tak perlu pun guna alasan yang bodoh untuk lari daripada satu kennyataan yang sememangnya salah kita.

Contoh seperti aku dapat daripada satu cerita.........

Beliau tahu ayahnya sakit, tetapi langsung seperti tidak pedulikan ayahnya yang sedang sakit, tetapi disebalik itu, dia menyalahkan orang-orang disekelilingnya dengan alasan " mereka bukan pun ambil peduli tentang keluarga saya " ?

Berhenti saya disitu. Kalau anda mempunyai pakcik dan makcik yang baik hati tetapi salah seorang daripada adik sedara atau sedara kamu berkata bergini apa perasaan kamu?. Dari mata kamu yang dapat melihat dan dapat merasa nie, apa yang kamu berfikir ? ke atau kamu hanya mampu berkata " oh biasalah " ? .

Aku bukan apa, jangan sesekali menyalahkan orang lain jika kalau bukti tak cukup kukuh. jangan sesekali buat andaian sendiri jika kalau tak ada bukti yang cukup. nak salahkan orang atau menunding jari kepada orang, harus mempunyai alasan yang kukuh disertai jawapan-jawapan yang kukuh. Kenapa ada lagi manusia seperti ini ? aku masih bertanya kepada diri aku, tetapi jika yang sudi memberi pandangan sila. sebab aku meragui kenapa?

Jika kita sayang Mak bapak kita, kita tak akan tinggalkan mereka walaupun seinchi didalam kehidupan. Ambil berat terhadap mereka, dari segi pandangan aku zaman sekarang, anak-anak melayan ibu bapak seperti sesuka hati mereka.

Pernah dengar orang cakap macam nie

" Anak rintik , Bapak Borek " ?
satu lagi macam nie

" Like Father like Son " ?

Cuba kita letak kan diri kita didalam situasi mak atau ayah kita. Sumpah aku cakap, bila aku cakap macam nie baru nak kata " oh aku pernah rasa " tapi betul ke pernah rasa ? aku rasa jawapan yang sebenarnya harus dijawab sebenarnya " langsung tidak " sebab apa?

Jika kita faham apa itu beban diusia dewasa kelak, baru kita akan faham. tapi jika kita ada akal yang suka berfikir untuk cabaran.

Didunia nie, bagilah alasan yang sejujur-jujurnya, bukan alasan disebalik untuk melindung diri sendiri daripada masalah yang terjadi. Jangan menyalahkan orang lain walaupun kita tahu salah itu datang daripada mana.

Friday, March 25, 2011

Episode 205 ( Betul atau tidak ? atau apakah ? )

Baru beberapa minit yang lepas, aku dipanggil oleh kakak aku, mengatakan ada kawan aku didepan rumah. Tetapi disebaliknya bukan, ada seorang brader nie aku tak tahu siapa nama dia, cuma memperkenalkan umur dia yang berusia 36 tahun, dan baru sihat daripada TB katanya, tidak itu juga, dia mempunyai anak 4 orang, yang sulung berusia 9 tahun dan yang paling kecil sekali berusia 1 tahun.

Cerita dia sebenarnya membuatkan terdiam sementara waktu, sebab dia berkata bergini

"abang, saya nak cakap sikit boleh?, saya datang sini pun agak malu dan kalau boleh saya nak minta kerja kat abang, sebab esok saya akan bekerja jadi pemandu lori "

disitu aku tak terasa apa-apa lagi, tapi didalam fikiran aku " apa hal plak nie ? "

kemudian, bermulakan cerita asalnya

"saya tak ada adik beradik, saya anak yatim piatu, tak pernah rasa kasih sayang daripada adik beradik, kalau saya ada adik beradik mungkin saya harap mereka boleh membantu saya yang dalam kesusahan, mak ayah saya meninggal masa saya umur 4 tahun, jadi saya dimasukan kedalam rumah anak yatim, disitu saya kami telah berjanji tiadak akan melakukan larangan allah swt" . katanya

otak aku pada waktu itu berfikir, sedih dan agak hiba dengan kata-kata dia. tapi memandangkan hari ini hari jumaat, hari segala hari, aku tanya kepada dia

" apa tujuan abang datang ke sini ? dan macam mana boleh tergerak hati kerumah nie? "

dia berkata

" saya tadi baru lepas solat jumaat kat masjid bawah nie, entah macam mana saya tergerak hati nak kerumah abang "

dalam fikiran aku, apakah ? apa nie ? . sambil itu aku tak jawab banyak persoalan, aku terus tanya kakak aku untuk pendapat dia.

dari pemikiran aku tujuan pertama dia sebenarnya
-dia tak ada duit nak bekerja esok, jadi dia perlukan duit dan menyara anak isteri dia
-dia nak beli susu untuk anak dia

jadi kesimpulan untuk kakak aku ialah teman dia beli susu kat kedai. aku diberi duit untuk membeli susu kat dia, tapi disitu dia macam gelisah sikit, aku tak dapat membaca dia dengan sempurna.

tapi cara dia cakap seperti aku tidak percaya dengan dia, dan dia seperti malu dengan tindakan apa dia buat dengan aku, tetapi apasalahnya jika betul niat dia ke rumah aku untuk membeli susu untuk anak dia? bagi aku, itu tak menjadi satu masalah, niat hati dia tak ada duit nak beli susu untuk anak dia, dan meminta pertolongan, aku sudi menolong. tetapi disini macam tersasar daripada apa dia minta.

aku tahu dia meminta duit, tapi susu anak lebih penting daripada duit kalau diikutkan. kesimpulan aku pada hari jumaat nie agak keliru sedikit untuk aku. aku masih terfikir-fikir,
apakah allah swt sengaja memberi ujian bergini terhadap aku ?

jika benar ini adalah satu ujian, aku rasa aku sendiri tidak tahu sama ada apa aku lakukan itu betul atau tidak. tetapi yang penting akhir kata aku kepada dia,

" ada duit tak nak beli minyak? "
"tak ada bang, nie pun kalau boleh abang doa-doakan lah saya sampai kerumah saya "

tak fikir panjang aku minta kakak aku Rm 3.00 untuk beli minyak motor, dia gerak dengan muka hampa.

tapi aku masih tertanya-tanya, jika kalau betul dia susah dan kesimpitan, kenapa dia tak membuat tindakan berkata benar kepada aku dan apabila aku ajak beli susu dia macam tak payahlah abang?

pengalaman yang memberi erti untuk aku pertama kali terjadi macam nie dalam tahun nie

Monday, March 21, 2011

Episode 204 ( ke kampung )

Minggu lepas, abang sedara aku melangsungkan perkahwinannya. Kini geng lelaki kampung aku, tinggal adik sedara aku dan abang aku seorang jelah. Susah lepas nie nak ajak orang yang dah kahwin keluar malam. ( heheheh ) . tapi walaupun yang ada bilangan ini kecil, tapi aku rasa suatu hari nanti boleh jadi besar. ( yerk ke ? )

Kononnya aku nak balik kampung awal, tapi tak jadi. aku balik ke kampung sama dengan adik beradik aku, cuma tak ada kakak aku. kali nie balik bersama kakak ipar aku dan adik sedara aku dua orang.

Dan ini adalah gambar-gambar aku semasa dikampung.

Ini adalah ruang dapur kampung aku, Ruang makan bersama keluarga, yang macam ada tangga tu orang tua-tua panggil pangkin, macam tempat lepak =) . kat rumah aku ada, kat dalam bilik aku ni.
Dan ini adalah laluan ke tandas dan ke dapur dikampung aku. kat sebelah dia ada jamban duduk yang dah berkurun lama. =) . aku tak ambil gambar diatas sebab ada sedara perempuan aku tidur diatas.
Dan ini adalah ruang depan kampung aku, disinilah aku adik sedara pakcik dan makcik tidur, kalau kat bilik dah penuh.
Setiap pagi, macam nielah rupa ahli keluarga aku dikampung, tapi ini tak cukup ramai lagi.





Bila dah tiba masanya, semua orang pun balik ke kuala lumpur ....
Aku tak tahu ini bunga apa, makcik aku tanam dikampung
Sambil bosan main guitar
Ikan nie dimasak oleh makcik sedara aku, WOW sedap gile, serius. dan ikan nie dipancing oleh suami dia pakcik sedara aku nama ayah chik. ada gambar ikan dia tangkap.
Dan ini adalah opah sedara aku dan makcik sedara aku yang berada dikampung. Opah enda dan maknyah. kalau aku balik kampung mesti akan lepak kat rumah Opah enda main puzzle dan lain-lain. ( kuatkan minda )
Ini adalah opah aku, yang rambut terbukak tu. =) dan opah satu lagi tu, opah chik. semua opah aku sayang =)
Dan ini pula adalah anak buah aku =). dah pandai berjalan dan dah pandai solat dan dah pandai bercakap hehehe!!
Ahha, dan inilah ikan yang aku cakap tadi. sebenarnya 2 ekor, tapi sempat masak seekor sahaja. berapa kg aku tak pasti, tapi besar gile.
Inilah rupa muka depan kampung aku. tapi nie tak ramai lagi nie. =)
hahah!! ini adalah adik sedara aku, senang cerita pengikut aku dikampung hehe!! adik sedara aku dia cakap nak masak kan pancake untuk semua orang.
Ini adalah hasil pertama, memang banyak butter, sebab aku nak banyak butter sedap. tapi serius aku cakap sedap dia masak.
Dan 2 orang gadis ini adalah adik sedara aku, yang tudung ungu nie nama dia jannah ( muka macam baru bangun tidur ) , dan seorang lagi nama dia mardiyah. diorang nie jadi pembantu adik sedara aku azizi. =)
Aku balik kampung sebab abang sedara aku nie hah, beza umur dengan aku 1 tahun je heheh!! nielah kawan aku, kencing sama-sama, tidur sama-sama apa buat semua kat kampung sama-sama. dia yang ajar aku main meriam tin. hahah!! paling aku ingat, masa kat kampung pasal meriam tin. ada orang ajak lawan, meriam tin lawan meriam buluh. tin aku tak pernah tukar selama seminggu.
Masa aku nak ke rumah pengantin perempuan, aku saja snap gambar nie sebab nampak menarik bukan?.
Inilah pertama kali aku bertemu muka ke muka dengan pembuatan labu sayong. Terkenal dikuala kangsar ( perak ) tapi aku letak gambar nie je ok. yang lain simpan

Aku dan sedara, Setiap kali keluar, Air tropicana twister nie selalu menjadi pujaan hati. ada sekali kat kedai area kuala tu, aku beli air tropicana nie, sekali nak minum, beku gile air dia, macam sluppe. serius sedap gile.

Abang sedara aku kahwin, semuanya bergotong royong untuk menyediakan majlis perkahwinan, aku lambat datang nak tolong-tolong.sebab aku penat dan petang tu hujan, jadi terlena dikampung. ( sejuk weh!!! rasa macam kat cameron highland je )

Pagi tu aku sempat ambil gambar sebelum dipotong-potng, dan ini adalah gambar ayam. ada mau dekat 100 ekor ayam
Nie pula adalah lembu. ( menarik bukan ? )
Nie barang-barang sebelum dikupas dan dimasak


Secara jujurnya, aku gembira balik kampung walaupun sekejap. Dan aku gembira sebab ramai yang kali nie aku nampak tolong menolong didapur =). walaupun ada juga yang kurengggggggggg. tapi aku percaya, kalau setiap orang dapat memupuk sifat-sifat macam nie, baru best balik kampung =). kan ?

Tuesday, March 15, 2011

Episode 203 ( Masanya hampir tiba )

(0)9,1
(20)0,(0)5,(20)2,(0)1,8
(0)2,5,(20)8,3,(30)1,(20)1,(0)1

(20)9,(0)5,(20)6,(0)5,(20)8,0,2
(0)4,(30)1,(20)2,(30)1

Sunday, March 13, 2011

Episode 202 ( Bermain didalam fikiran ( secara jujurnya ) )



Dengan jujur aku berkata didalam blog aku, aku tak pernah lupakan orang sama orang tu nak lupakan aku, suruh lupakan dia, dan macam-macam lagi. secara jujurnya aku pun tak tahu kenapa aku jadi macam nie. Aku tahu juga , aku seperti hidup didalam kepura-puraan.

dalam tidur ke, tak tidur ke, aku selalu tutttttttttttt. hmmmm tapi aku hanya berdoa dan berdoa untuk kebaikan masing-masing. Semalam aku lepak dengan salah seorang kawan lama aku, Dan aku cerita segala dari lubuk hati aku, tapi lubuk macam mana pun, ada yang aku seperti buat-buat mencari jalan penyelesaikan walaupun aku sendiri mampu selesaikannya, sebab nak cerita panjang dan lepak lama, saja buat cerita kononnya tak boleh selesaikan sendiri =). biasalah itu aku hehe!! tapi betul juga cakap kawan aku. Dari segi pandangan dia, dia berkata aku nie terlampau lembut dengan kawan, sampaikan kawan memijak kepala dan abaikan aku.

Dari segi usha awek, memang betul. aku tak pandai buat ayat manis tapi aku reti buat perkara yang manis. contohnya aku buat diluar jangkaan otak dia yang aku mampu buat sesuatu. hye hye hye hye. lupa matlamat utama aku. tak akan ada awek. ok ok ok ok ok ok!!!
semakin sewel aku sejak akhir-akhir nie. tapi lagu nie buat aku touching gile ditahap haish!~~ aku boleh teringat kat dia. walaupun aku teringat kat dia setiap hari. tapi perkara itu tak mungkin. tak mengapalah. seperti aku pernah tulis yang aku rasa aku hidup seperti cukup sempurna, aku mampu hadapi pelbagai masalah, walaupun orang kata beban patut dikongsi bersama, tapi aku mampu hadapi seorang diri.tak perlu kan siapa-siapa kecuali allah swt sahaja.