Minggu lepas, abang sedara aku melangsungkan perkahwinannya. Kini geng lelaki kampung aku, tinggal adik sedara aku dan abang aku seorang jelah. Susah lepas nie nak ajak orang yang dah kahwin keluar malam. ( heheheh ) . tapi walaupun yang ada bilangan ini kecil, tapi aku rasa suatu hari nanti boleh jadi besar. ( yerk ke ? )
Kononnya aku nak balik kampung awal, tapi tak jadi. aku balik ke kampung sama dengan adik beradik aku, cuma tak ada kakak aku. kali nie balik bersama kakak ipar aku dan adik sedara aku dua orang.
Dan ini adalah gambar-gambar aku semasa dikampung.
Ini adalah ruang dapur kampung aku, Ruang makan bersama keluarga, yang macam ada tangga tu orang tua-tua panggil pangkin, macam tempat lepak =) . kat rumah aku ada, kat dalam bilik aku ni.
Dan ini adalah laluan ke tandas dan ke dapur dikampung aku. kat sebelah dia ada jamban duduk yang dah berkurun lama. =) . aku tak ambil gambar diatas sebab ada sedara perempuan aku tidur diatas.
Dan ini adalah ruang depan kampung aku, disinilah aku adik sedara pakcik dan makcik tidur, kalau kat bilik dah penuh.
Setiap pagi, macam nielah rupa ahli keluarga aku dikampung, tapi ini tak cukup ramai lagi.
Bila dah tiba masanya, semua orang pun balik ke kuala lumpur ....
Aku tak tahu ini bunga apa, makcik aku tanam dikampung
Sambil bosan main guitar
Ikan nie dimasak oleh makcik sedara aku, WOW sedap gile, serius. dan ikan nie dipancing oleh suami dia pakcik sedara aku nama ayah chik. ada gambar ikan dia tangkap.
Dan ini adalah opah sedara aku dan makcik sedara aku yang berada dikampung. Opah enda dan maknyah. kalau aku balik kampung mesti akan lepak kat rumah Opah enda main puzzle dan lain-lain. ( kuatkan minda )
Ini adalah opah aku, yang rambut terbukak tu. =) dan opah satu lagi tu, opah chik. semua opah aku sayang =)
Dan ini pula adalah anak buah aku =). dah pandai berjalan dan dah pandai solat dan dah pandai bercakap hehehe!!
Ahha, dan inilah ikan yang aku cakap tadi. sebenarnya 2 ekor, tapi sempat masak seekor sahaja. berapa kg aku tak pasti, tapi besar gile.
Inilah rupa muka depan kampung aku. tapi nie tak ramai lagi nie. =)
hahah!! ini adalah adik sedara aku, senang cerita pengikut aku dikampung hehe!! adik sedara aku dia cakap nak masak kan pancake untuk semua orang.
Ini adalah hasil pertama, memang banyak butter, sebab aku nak banyak butter sedap. tapi serius aku cakap sedap dia masak.
Dan 2 orang gadis ini adalah adik sedara aku, yang tudung ungu nie nama dia jannah ( muka macam baru bangun tidur ) , dan seorang lagi nama dia mardiyah. diorang nie jadi pembantu adik sedara aku azizi. =)
Aku balik kampung sebab abang sedara aku nie hah, beza umur dengan aku 1 tahun je heheh!! nielah kawan aku, kencing sama-sama, tidur sama-sama apa buat semua kat kampung sama-sama. dia yang ajar aku main meriam tin. hahah!! paling aku ingat, masa kat kampung pasal meriam tin. ada orang ajak lawan, meriam tin lawan meriam buluh. tin aku tak pernah tukar selama seminggu.
Masa aku nak ke rumah pengantin perempuan, aku saja snap gambar nie sebab nampak menarik bukan?.
Inilah pertama kali aku bertemu muka ke muka dengan pembuatan labu sayong. Terkenal dikuala kangsar ( perak ) tapi aku letak gambar nie je ok. yang lain simpan
Aku dan sedara, Setiap kali keluar, Air tropicana twister nie selalu menjadi pujaan hati. ada sekali kat kedai area kuala tu, aku beli air tropicana nie, sekali nak minum, beku gile air dia, macam sluppe. serius sedap gile.
Abang sedara aku kahwin, semuanya bergotong royong untuk menyediakan majlis perkahwinan, aku lambat datang nak tolong-tolong.sebab aku penat dan petang tu hujan, jadi terlena dikampung. ( sejuk weh!!! rasa macam kat cameron highland je )
Pagi tu aku sempat ambil gambar sebelum dipotong-potng, dan ini adalah gambar ayam. ada mau dekat 100 ekor ayam
Nie pula adalah lembu. ( menarik bukan ? )
Nie barang-barang sebelum dikupas dan dimasak
Secara jujurnya, aku gembira balik kampung walaupun sekejap. Dan aku gembira sebab ramai yang kali nie aku nampak tolong menolong didapur =). walaupun ada juga yang kurengggggggggg. tapi aku percaya, kalau setiap orang dapat memupuk sifat-sifat macam nie, baru best balik kampung =). kan ?
No comments:
Post a Comment