" perempuan dicipta pelbagai-bagai emosi berbanding dengan lelaki "
Aku faham, kenapa ia berbeza dengan lelaki, kalau tengok segi perkataan pun sudah kita nampak bezanya bukan?. Senang cerita kita tengok nafsu perempuan berapa dan lelaki berapa. Kali nie aku cuma nak berkongsi cerita tentang alasan sebenarnya.
Aku bukan cuba untuk memburukan orang, tetapi kita ada akal dan mata, dapat mentafsir dengan baik dan jelas. Aku pun dah naik muak bila orang seperti kita dimuka bumi nie tidak dapat berfikir dengan sempurna. Hati keras ? hati Benci dan sebagainya, apa kejadah itu semuanya jika kalau diri sendiri pun tak terjaga dengan baik? senang cerita untuk hati yang Keras yang kononnya macam batu, Jangan sampai orang cuakkan air untuk tersedar daripada tidur yang lena.
Satu lagi, apabila kita tidak dapat berfikir untuk disatu pihak lagi, kita pandai bercakap tapi tak pandai menilai situasi orang, dalam hidup nie secara jujur dari pandangan aku, kita tak perlu pun guna alasan yang bodoh untuk lari daripada satu kennyataan yang sememangnya salah kita.
Contoh seperti aku dapat daripada satu cerita.........
Beliau tahu ayahnya sakit, tetapi langsung seperti tidak pedulikan ayahnya yang sedang sakit, tetapi disebalik itu, dia menyalahkan orang-orang disekelilingnya dengan alasan " mereka bukan pun ambil peduli tentang keluarga saya " ?
Berhenti saya disitu. Kalau anda mempunyai pakcik dan makcik yang baik hati tetapi salah seorang daripada adik sedara atau sedara kamu berkata bergini apa perasaan kamu?. Dari mata kamu yang dapat melihat dan dapat merasa nie, apa yang kamu berfikir ? ke atau kamu hanya mampu berkata " oh biasalah " ? .
Aku bukan apa, jangan sesekali menyalahkan orang lain jika kalau bukti tak cukup kukuh. jangan sesekali buat andaian sendiri jika kalau tak ada bukti yang cukup. nak salahkan orang atau menunding jari kepada orang, harus mempunyai alasan yang kukuh disertai jawapan-jawapan yang kukuh. Kenapa ada lagi manusia seperti ini ? aku masih bertanya kepada diri aku, tetapi jika yang sudi memberi pandangan sila. sebab aku meragui kenapa?
Jika kita sayang Mak bapak kita, kita tak akan tinggalkan mereka walaupun seinchi didalam kehidupan. Ambil berat terhadap mereka, dari segi pandangan aku zaman sekarang, anak-anak melayan ibu bapak seperti sesuka hati mereka.
Pernah dengar orang cakap macam nie
" Anak rintik , Bapak Borek " ?
satu lagi macam nie
" Like Father like Son " ?
Cuba kita letak kan diri kita didalam situasi mak atau ayah kita. Sumpah aku cakap, bila aku cakap macam nie baru nak kata " oh aku pernah rasa " tapi betul ke pernah rasa ? aku rasa jawapan yang sebenarnya harus dijawab sebenarnya " langsung tidak " sebab apa?
Jika kita faham apa itu beban diusia dewasa kelak, baru kita akan faham. tapi jika kita ada akal yang suka berfikir untuk cabaran.
Didunia nie, bagilah alasan yang sejujur-jujurnya, bukan alasan disebalik untuk melindung diri sendiri daripada masalah yang terjadi. Jangan menyalahkan orang lain walaupun kita tahu salah itu datang daripada mana.
No comments:
Post a Comment