Cerita dia sebenarnya membuatkan terdiam sementara waktu, sebab dia berkata bergini
"abang, saya nak cakap sikit boleh?, saya datang sini pun agak malu dan kalau boleh saya nak minta kerja kat abang, sebab esok saya akan bekerja jadi pemandu lori "
disitu aku tak terasa apa-apa lagi, tapi didalam fikiran aku " apa hal plak nie ? "
kemudian, bermulakan cerita asalnya
"saya tak ada adik beradik, saya anak yatim piatu, tak pernah rasa kasih sayang daripada adik beradik, kalau saya ada adik beradik mungkin saya harap mereka boleh membantu saya yang dalam kesusahan, mak ayah saya meninggal masa saya umur 4 tahun, jadi saya dimasukan kedalam rumah anak yatim, disitu saya kami telah berjanji tiadak akan melakukan larangan allah swt" . katanya
otak aku pada waktu itu berfikir, sedih dan agak hiba dengan kata-kata dia. tapi memandangkan hari ini hari jumaat, hari segala hari, aku tanya kepada dia
" apa tujuan abang datang ke sini ? dan macam mana boleh tergerak hati kerumah nie? "
dia berkata
" saya tadi baru lepas solat jumaat kat masjid bawah nie, entah macam mana saya tergerak hati nak kerumah abang "
dalam fikiran aku, apakah ? apa nie ? . sambil itu aku tak jawab banyak persoalan, aku terus tanya kakak aku untuk pendapat dia.
dari pemikiran aku tujuan pertama dia sebenarnya
-dia tak ada duit nak bekerja esok, jadi dia perlukan duit dan menyara anak isteri dia
-dia nak beli susu untuk anak dia
jadi kesimpulan untuk kakak aku ialah teman dia beli susu kat kedai. aku diberi duit untuk membeli susu kat dia, tapi disitu dia macam gelisah sikit, aku tak dapat membaca dia dengan sempurna.
tapi cara dia cakap seperti aku tidak percaya dengan dia, dan dia seperti malu dengan tindakan apa dia buat dengan aku, tetapi apasalahnya jika betul niat dia ke rumah aku untuk membeli susu untuk anak dia? bagi aku, itu tak menjadi satu masalah, niat hati dia tak ada duit nak beli susu untuk anak dia, dan meminta pertolongan, aku sudi menolong. tetapi disini macam tersasar daripada apa dia minta.
aku tahu dia meminta duit, tapi susu anak lebih penting daripada duit kalau diikutkan. kesimpulan aku pada hari jumaat nie agak keliru sedikit untuk aku. aku masih terfikir-fikir,
apakah allah swt sengaja memberi ujian bergini terhadap aku ?
jika benar ini adalah satu ujian, aku rasa aku sendiri tidak tahu sama ada apa aku lakukan itu betul atau tidak. tetapi yang penting akhir kata aku kepada dia,
" ada duit tak nak beli minyak? "
"tak ada bang, nie pun kalau boleh abang doa-doakan lah saya sampai kerumah saya "
tak fikir panjang aku minta kakak aku Rm 3.00 untuk beli minyak motor, dia gerak dengan muka hampa.
tapi aku masih tertanya-tanya, jika kalau betul dia susah dan kesimpitan, kenapa dia tak membuat tindakan berkata benar kepada aku dan apabila aku ajak beli susu dia macam tak payahlah abang?
pengalaman yang memberi erti untuk aku pertama kali terjadi macam nie dalam tahun nie
No comments:
Post a Comment