Wednesday, August 18, 2010

Episode61 ( sistem baru )

Setiap orang mesti akan lalui sesuatu peristiwa atau perkara yang bakal dilalui. Kini aku rasa, aku dah tahu apa yang patut dan apa yang tidak patut. yang mana aku harus menilai dan mana aku harus tidak menilai. mungkin kita rasa " alahai, perkara ini masa aku kecik lagi dah belajar " , tapi bagi aku, bila kita fikir secara mendalam lagi halus, kita akan dapat merasakan baik dan buruknya.

dengan cara sistem aku untuk menguruskan diri aku ini. aku rasa, aku boleh sudah untuk membahagikan antara semua aspek. jika kalau aku rasa aku lebih kepada kawan, kini aku mahukan lebih kepada keluarga aku. sebab bila aku fikirkan, kadangkala kawan-kawan adalah punca otak kita ini dihasut. contohnya kawan kata ibu mereka tidak faham dengan mereka, kurang perhatian dan lain-lain lagi. bagi aku, adakah kita dapat meletakan diri kita didalam diri mereka.

anak-anak muda sekarang aku rasa, harus ada sistem dimana waktu-waktu tertentu harus diduduk dirumah,luangkan masa bersama keluarga. tetapi lagi bagus jika kalau satu minggu kita luangkan masa bersama keluarga. tak kisah dihari biasa atau hari minggu.

Friday, August 13, 2010

Episode 60 ( ......... )

Aku memang tak pernah baca buku lagenda budak setan mahupun tengok wayangnya lagi, tetapi sejak aku tertengok drama dia diastro prima, aku seperti mahu melihat apa jalan ceritanya ini. dan aku rasakan seperti sebuah cerita yang menari, sebab ini adalah sebuah buku cerita yang orang katakan paling kagum. aku tidak tahu bila buku itu diciptakan. tapi aku kagum dengan cerita malaysia sekarang, dah sudah mula bergerak selangkah dan selangkah.

Aku suka musik dan semua pun suka musik, dan aku dapat rasakan melodi dia sedap didengar setaip pendengar-pendengar remaja pada zaman sekarang.bagi aku melodi dia sangat sedih bergitu juga dengan liriknya.

gabungan yang bagus dan sesuai untuk jadikan soundtrack untuk lagenda budak setan.
aku membaca segelintir comment di youtube tentang lagu ini. semua orang berjiwang bila dengar lagu ini. tapi aku tak tahu siapa pennyanyi lagu asal ost nie. sebab bila aku usha satu video nie, namanya dari indonnesia.tapi apa-apa pun satu karya yang menarik dan bagus aku ucapkan, senang cerita kalau bila waktu malam, adalah sesuai sangat untuk dengar lagu macam nie, bila perasaan dikecewakan. tapi hakikatnya kita kena ingat. apa-apa pun tujukan juga kepada allah swt.

lirik yang mendalam




Bila cinta kini.
Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini
Hanyalah nestapa
Ditinggalkan cinta masa lalu
...
Dulu kau tawarkan
Manisnya janjimu
Yang ku sambut itu
Dengan segenap hatiku
Bila engkau pergi
Tinggalkanku

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku memilih
Cinta yang fana

Perginya dirimu
merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan
Uuu...
Dalam harapan

Friday, July 9, 2010

Episode 59 ( setelah )

Setelah aku sedari, perubahan ketara telah aku jadikan untuk sifat aku. aku telah buang sesuatu yang aku rasa patut ada didalam diri aku. walaupun aku rasa lega untuk diri aku, tetapi aku rasa kehilangan sesuatu.
peribadi diri aku bukan lagi seperti dulu. apa yang aku rasakan bukan seperti aku ingin rasakan lagi. kenapa kenapa kenapa kenapa dan kenapa.
kadangkala aku juga tak faham, kenapa orang tak memahami keadaan seseorang bila didalam keadaan yang tak kena.
sejak akhir-akhir ini, aku rasa seperti aku bukan hidup lagi didunia ini, bukan lagi siddiq yang aku rasa aku tahu siapa, bahkan aku rasa seperti tidak wujud didunia ini. bila aku bangun pagi , aku hanya rasakan kosong tanpa isi yang aku lalui hari-hari ( seperti mayat hidup yang berjalan ).
kadangkala bayangan juga menghantui aku. kemana saja aku pergi, melihat kiri dan kanan, bayangan itu menghantui aku, dan caranya juga menghantui diri aku.
aku lebih rela terkurung didalam rumah daripada menyeksakan diri aku ini. aku tak akan minta pandangan peribadi daripada orang, cuma aku minta pandangan yang aku rasa perlu seperti kehidupan asas.
aku mahu jalani kehidupan yang aku rasa hanya aku dan dunia aku.(bukan bererti aku mengambil sesuatu benda ok )
aku dapat rasakan diri aku hanya senyum dalam rahasia.gembira hanya saja-saja,






kamu seperti hantu
terus menghantuiku
kemanapun tubuhku pergi
kau terus membayangi aku
salahku biarkan kamu
bermain dengan hatiku
aku tak bisa memusnahkan
kau dari pikiranku ini

reff: di dalam keramaian
aku masih merasa sepi
sendiri memikirkan kamu
kau genggam hatiku
dan kau tuliskan namamu
kau tulis namamu
tubuhku ada di sini
tetapi tidak jiwaku
kosong yg hanya kurasakan
kau telah tinggali hatiku

Thursday, July 8, 2010

Episode 58 ( Jawapan ? )

Didalam fikiran anda apa yang anda rasa jawapan sebenar dari adolf hitler?

Episode 57 (Saya Rasa Kekalahan Germany ialah)

Perlawanan yang menarik antara Germany dengan spain. Walaupun Team aku akhirnya kalah, tapi tak bermakna sampai disini. Sebab ada lagi perlawanan diantara tempat ke 3 dan ke 4 . aku dah tak kisah perlawanan seterusnya sebab bagi aku tak ada maknya lagi jika germany tak masuk ke final .

kekalahan 1-0 bukanlah erti kalah besar, ia seumpama kalah tipis sahaja.Biar kalah didalam perlawanan 45 , bukan kalah penalty yang semata-mata nasib. Bagi aku punca kekalahan germany sebenarnya tak bermanya , germany seperti keletihan, adakalanya aku nampak seperti cuak untuk mendapatkan bola dari pihak tentangan. sedikit tiada serangan balas yang dibuat oleh germany.


walaupun kalah euro dengan spain 1-0 dan world cup 1-0 juga dengan spain. aku boleh nampak disini ialah markah yang tipis. Permain spain juga hebat aku lihat tadi, dari segi skill yang mereka pamerkan tadi.tetapi tak ada nasib sudah.


ini bukan aku nak cakap apa, tetapi bagi aku, setiap perlawanan usahlah kita bercakap riak selagi perlawanan tidak selesai. ini adalah bukti-bukti peminat germany yang riak


Akhirnya Germany pun tak kemana selain bertanding untuk tempat ke 3 dan 4 saja nanti. Pada Piala dunia tahun nie ada juga sejenis BINATANG heheh yang telah membuatkan aku menjadi berang kerana ramalannya yang tepat tentang perlawanan bola. tetapi bagi aku , tak elok kita percaya perkara seperti ini.

Nama binatang nie paul, dengar khabar dia dari germany ( gile pembelot sotong nie bila semi final , tak sayang nyawa betul sotong nie, kalau dia kat malaysia dah lama aku goreng masak tepung tempura )

Aku juga seorang ahli sukan dan banyak perlawanan yang telah aku hadapi, dan aku ingat juga kata-kata jurulatih aku

" walau sekuat mana kita pun jangan pandang rendah terhadap lawan kita, paling penting kita harus ada sopan-santun diatas padang, dan jangan riak dan angkuh "

static perlawanan antara Germany dan spain pula menunjukkan Germany telah berjaya mengalahkan Spain sebanyak 8 kali dan Spain mengalahkan Germany sebanyak 7 kali , dan seri sebanyak 6 kali . Nampaknya kedua-dua pasukan ini sebenarnya kuat walaupun beza kekalahan hanya 1 perlawanan sahaja ( dah termasuk Game tadi ) tak percaya boleh layar ke sini http://www.fifa.com/worldfootball/statisticsandrecords/headtohead/team1=esp/team2=ger/index.html

Apa-apa pun germany berjaya melepasi semua halangan kecuali dengan spain. aku bukan orang yang sokong team lain kemudian dengar orang tu sokong team tu terus tak suka =) . jadi fikir-fikirkanlah. aku memang sokong germany dan italy dari aku mula hidup dan aku tak pernah terfikir pun germany akan melangkah besar sampai macam ini.



Jadi sebagai penuntup aku terhadap piala dunia tahun ini, aku harapkan sesuatu yang menarik lagi 4 tahun yang akan datang =)

Wednesday, July 7, 2010

Episode 56 ( piano )

Terpegun seketika aku melihat video ini, sebab aku suka dengan lagu dia. Hebat !

Tuesday, July 6, 2010

Episode 55 ( drum )

Guitar telah aku belajar, walaupun aku tak hebat bermain petik, tetapi bolehlah juga, daripada orang yang tahu main guitar tetapi tak tahu chord guitar yang betul, kadangkala basic chord pun tak tahu.Bukan nak tunjuk belagak bagus,tetapi kita harus tahu dimana chord A sampai G.
Sekarang aku telah mula belajar bermain drum.

bolehlah juga aku main,walaupun tidak sempurna seperti orang-orang biasa. aku main drum pelik sedikit, sebab aku tangan kiri jadi main pun pelik sedikit. aku belajar skit-skit cara bermain drum,
aku banyak melihat video di Youtube yang banyak menolong aku sebenarnya.

ini adalah salah satu video yang aku selalu tengok



walaupun aku tak boleh main double paddle tapi aku suka tengok orang main drum macam nie..
oh, ini adalah salah satu video pemain drumm terbalik. ( ini adalah lagu fav aku )


aku main macam budak nie main



ada seorang pakcik nasihat aku tentang music nie

" kalau betul minat dengan music, paling sikit perlu tahu alat2 music adalah 5 barang, lepas tu mesti tahu note taugeh "

tetapi aku tak tahu note taugeh.

aku hanya tahu main 3 alat music saja.
-Guitar/ bass
-Keyboard
-seruling ( tapi dah tak reti nak tiup dan tak tahu note kat mana )

aku nak belajar main violin tetapi harga violin plak macam cirit nak beli..tengoklah dulu macam mana. No money cant buy.. =)