Thursday, July 8, 2010

Episode 58 ( Jawapan ? )

Didalam fikiran anda apa yang anda rasa jawapan sebenar dari adolf hitler?

Episode 57 (Saya Rasa Kekalahan Germany ialah)

Perlawanan yang menarik antara Germany dengan spain. Walaupun Team aku akhirnya kalah, tapi tak bermakna sampai disini. Sebab ada lagi perlawanan diantara tempat ke 3 dan ke 4 . aku dah tak kisah perlawanan seterusnya sebab bagi aku tak ada maknya lagi jika germany tak masuk ke final .

kekalahan 1-0 bukanlah erti kalah besar, ia seumpama kalah tipis sahaja.Biar kalah didalam perlawanan 45 , bukan kalah penalty yang semata-mata nasib. Bagi aku punca kekalahan germany sebenarnya tak bermanya , germany seperti keletihan, adakalanya aku nampak seperti cuak untuk mendapatkan bola dari pihak tentangan. sedikit tiada serangan balas yang dibuat oleh germany.


walaupun kalah euro dengan spain 1-0 dan world cup 1-0 juga dengan spain. aku boleh nampak disini ialah markah yang tipis. Permain spain juga hebat aku lihat tadi, dari segi skill yang mereka pamerkan tadi.tetapi tak ada nasib sudah.


ini bukan aku nak cakap apa, tetapi bagi aku, setiap perlawanan usahlah kita bercakap riak selagi perlawanan tidak selesai. ini adalah bukti-bukti peminat germany yang riak


Akhirnya Germany pun tak kemana selain bertanding untuk tempat ke 3 dan 4 saja nanti. Pada Piala dunia tahun nie ada juga sejenis BINATANG heheh yang telah membuatkan aku menjadi berang kerana ramalannya yang tepat tentang perlawanan bola. tetapi bagi aku , tak elok kita percaya perkara seperti ini.

Nama binatang nie paul, dengar khabar dia dari germany ( gile pembelot sotong nie bila semi final , tak sayang nyawa betul sotong nie, kalau dia kat malaysia dah lama aku goreng masak tepung tempura )

Aku juga seorang ahli sukan dan banyak perlawanan yang telah aku hadapi, dan aku ingat juga kata-kata jurulatih aku

" walau sekuat mana kita pun jangan pandang rendah terhadap lawan kita, paling penting kita harus ada sopan-santun diatas padang, dan jangan riak dan angkuh "

static perlawanan antara Germany dan spain pula menunjukkan Germany telah berjaya mengalahkan Spain sebanyak 8 kali dan Spain mengalahkan Germany sebanyak 7 kali , dan seri sebanyak 6 kali . Nampaknya kedua-dua pasukan ini sebenarnya kuat walaupun beza kekalahan hanya 1 perlawanan sahaja ( dah termasuk Game tadi ) tak percaya boleh layar ke sini http://www.fifa.com/worldfootball/statisticsandrecords/headtohead/team1=esp/team2=ger/index.html

Apa-apa pun germany berjaya melepasi semua halangan kecuali dengan spain. aku bukan orang yang sokong team lain kemudian dengar orang tu sokong team tu terus tak suka =) . jadi fikir-fikirkanlah. aku memang sokong germany dan italy dari aku mula hidup dan aku tak pernah terfikir pun germany akan melangkah besar sampai macam ini.



Jadi sebagai penuntup aku terhadap piala dunia tahun ini, aku harapkan sesuatu yang menarik lagi 4 tahun yang akan datang =)

Wednesday, July 7, 2010

Episode 56 ( piano )

Terpegun seketika aku melihat video ini, sebab aku suka dengan lagu dia. Hebat !

Tuesday, July 6, 2010

Episode 55 ( drum )

Guitar telah aku belajar, walaupun aku tak hebat bermain petik, tetapi bolehlah juga, daripada orang yang tahu main guitar tetapi tak tahu chord guitar yang betul, kadangkala basic chord pun tak tahu.Bukan nak tunjuk belagak bagus,tetapi kita harus tahu dimana chord A sampai G.
Sekarang aku telah mula belajar bermain drum.

bolehlah juga aku main,walaupun tidak sempurna seperti orang-orang biasa. aku main drum pelik sedikit, sebab aku tangan kiri jadi main pun pelik sedikit. aku belajar skit-skit cara bermain drum,
aku banyak melihat video di Youtube yang banyak menolong aku sebenarnya.

ini adalah salah satu video yang aku selalu tengok



walaupun aku tak boleh main double paddle tapi aku suka tengok orang main drum macam nie..
oh, ini adalah salah satu video pemain drumm terbalik. ( ini adalah lagu fav aku )


aku main macam budak nie main



ada seorang pakcik nasihat aku tentang music nie

" kalau betul minat dengan music, paling sikit perlu tahu alat2 music adalah 5 barang, lepas tu mesti tahu note taugeh "

tetapi aku tak tahu note taugeh.

aku hanya tahu main 3 alat music saja.
-Guitar/ bass
-Keyboard
-seruling ( tapi dah tak reti nak tiup dan tak tahu note kat mana )

aku nak belajar main violin tetapi harga violin plak macam cirit nak beli..tengoklah dulu macam mana. No money cant buy.. =)

Wednesday, June 30, 2010

Episode 54 ( Pengiraan sebelum dan selepas kahwin )

Usia semakin meningkat dan salah satu untuk dicapai setiap manusia ialah KAHWIN. ramai yang kata tanggungjawab yang penting dan kata belum bersedia, seperti aku selalu kata kepada kawan-kawan aku, jika kau melakukan sesuatu perkara adakah kau perlu bersedia? adakalanya tidak. kerana kahwin dapat menghindari melakukan zina dan pelbagai lagi.

bagi umur seperti aku ini, masih belum puas dengan apa yang aku ada, tetapi aku tetap berfikir pasal kahwin. Untuk kahwin kita perlukan persediaan. Maksud persediaan ialah Duit atau wang yang cukup

Ramai yang berfikir " oh 10 Ribu cukup untuk Kesemuanya " tetapi apakah ia sebenarnya cukup?
bagi aku 10 ribu tidak cukup. 10 ribu hanya dapat menolong sedikit daripada apa yang dibelanjakan. Pada zaman sekarang satu kepala untuk tetamu dianggarkan 10 ringgit akan dapat sebanyak 4 lauk dan nasi ( 10 ringgit adalah harga murah pada zaman sekarang ) ada yang satu kepala Rm 12-15 ringgit.

jadi fikirlah jika anda menjemput tetapi sebanyak 500 orang dan 1 kepala ialah 10 ringgit maka , daripada 10 ribu telah tinggal 5 ribu. Dan untuk sewa dewan paling murah saya ingat dalam 2ribu atau 3 ribu. Sewa Meja dan kerusi Rm 1 ribu ( kalau sewa kemah , 1 kemah Rm 500 tidak silap )

disitu telah menunjukkan tidak cukup , sebab jika sewa baju pengantin + P.A system + orang kompang , hadiah untuk tetamu yang datang + untuk membuat card + set bilik pengantin, disini telah menunjukkan 10 ribu tidak cukup untuk membuat kesemuanya.


ini adalah pengiraan untuk berkahwin...

ini adalah pengiraan selepas berkahwin......

-harga rumah paling murah pun 2 ratus ribu. itu pun tengok dekat area mana dan berapa kaki persegi,

-jika beli kereta , fikir untuk servis, kalau rosak,

-Motor ( kalau kita seorang lelaki yang rasa tak mengapa pergi kerja naik motor, saving minyak kereta dengan servis )

-Selepas dapat anak..bayar Hospital, kalau swasta kena ada 8 Ribu. kalau kerajaan memang berbaloi..

susu anak satu tin 80 ringgit..

aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

sungguh memeningkan kepala..
sebab saya tak suka berfikir pasal duit..
bila fikir pasal duit, akan pening kepala..
sebab duit seperti air yang mengalir


Tuesday, June 29, 2010

Episode 53 ( Selamat hari jadi pada diri sendiri )

Dan Allah swt telah panjangkan umur aku pada usia 23 tahun pada hari ini. Dan Allah swt juga selamatkan Ibu aku sewaktu aku didalam kandungan.Ramai orang yang tak tahu ucap selamat hari lahir sendiri kepada ibu sendiri.

Perjalanan aku 23 tahun masih didalam kekeliruan dan pelbagai cabaran yang harus aku hadapi seperti kerjayaan, peribadi dan paling penting keluarga yang bakal cipta dengan siapa? masih menjadi tanda pertanyaan.

aku berharap pada usia 23 tahun, akan aku mula untuk mencapai satu persatu impian dan harapan untuk mak aku.

23 tahun sebenarnya sudah lama melangkah keluar, tapi aku seperti keluar dan masuk. kerja dan tak kerja. lalai dan tidak lalai.jadi aku perlu perkuatkan setiap kiri dan kanan aku dimana-mana aku berada

Semoga allah swt melindungi aku dan merahmati aku didunia dan diakhirat. semoga allah swt panjangkan umur mak aku untuk melihat aku kahwin, ada anak dan paling penting ialah melihat aku berjaya..sebab semua ibu bapa ingin melihat anak mereka berjaya

Sunday, June 27, 2010

Episode 52 ( asas kehidupan harian )

Menjelang hari selasa minggu depan 29.06.10 nie, aku telah berusia 23 tahun. Dan aku masih bergini dan bergitu saja. Tapi apakah selepas aku hadir pada event semalam, band aku dan aku akan berubah? jawapan itu terletak kepada takdir allah swt.

Bulan depan katanya akan buat promosi band di stesen radio, dan akan buat record 1 lagu. jadi band aku cadangkan lagu akanku kejar ( sesiapa nak dengar boleh ke page pinguin difacebook ).

tutup cerita disini.

Mungkin cerita ini aku pernah ceritakan pada suatu ketika dahulu diblog aku yang aku telah tutup kepada umum untuk membaca,tetapi bagi aku elok untuk aku ceritakan balik untuk kali kedua disini.malangnya masa tidak mengizinkan, kerana aku ada beberapa perkara yang harus dihabiskan dengan segera. insya allah akan aku percepatkan kerja-kerja aku dan tulisan aku ini...