Thursday, April 28, 2011

Episode 217 ( Sid+diQ )


Bila dengar lagu nie, rasa nak menangis pun ada. dan sedih lagi bila dengar lagu nie teringat kat arwah bapak aku yang dah lama meninggal dunia sejak aku kecil lagi. bila lagi memikirkan situasi aku macam nie. aku rasa mak aku, dan ibu-ibu tunggal didunia adalah orang yang paling gagah menghadapi segala situasi yang terjadi. Sejak arwah bapak aku meninggal, mak aku hanya tumpu kepada hidup adik beradik aku.

Tiada untuk teman lelaki dan sebagainya. Sesungguhnya pengorbanan itu sangat besar daripada hidupnya selain melahirkan aku dan adik beradik aku. aku pun heran, jika pasangannya telah meninggal, pasangannya berkahwin lain. memang kahwin itu wajib dan bagi seorang lelaki, yang ingin beristeri lagi, harus berkahwin dengan perempuan yang sudah mempunyai anak, sebab itu akan lagi menyenangkan situasi si perempuan ( tak silap aku dari hukum seorang lelaki nak kahwin lagi satu ) tapi sayang, si lelaki semua mahu kahwin dengan si dara.

kakak aku kata, perangai bapak aku, macam aku. tapi perangai itu muncul sikit demi sedikit.
Ada orang hidup tanya bapak, berjaya didunia, tetapi aku masih lagi tidak lagi. apakah aku mampu berjaya didunia atau tidak? aku bukannya mencari kejayaan didunia, tetapi aku mencari kejayaan diakhirat juga. tapi kalau boleh biarlah semuanya seimbang.

Baru tadi aku berborak dengan mak aku, tetapi sebelum tu aku borak pasal perkara lain. bila nak habis berborak, aku nampak sebuah buku bertajuk " make it ! dont buy it " .

Dari situ aku ambil buku itu dan tanya siapa punya buku nie, dan mak aku jawab itu kepunyaan bapak aku. Dan terus aku menyebut

" kalau arwah bapak ada, rasanya rumah nie mungkin bapak jual dan bapak buat rumah baru dekat dengan kebun tak pun hidup siddiq tak macam nie, mungkin jadi seorang ahli makenik kereta "

dan situ aku rasa semacam hiba sesuatu bila memikirkan tentang arwah bapak aku. tak pernah aku dapat alami seperti mana abang dan kakak aku merasa. Mungkin aku nie nampak seperti tabah, dan adakalanya aku kecundang juga. tetapi sebaiknya lebih baik aku merahasiakan setiap situasi, hanya berbuat situasi itu dalam keadaan tiada apa-apa.

hakikatnya selama aku hidup nie, nyata aku mampu bertahan walau aku tidak ada seorang bapak atau ayah. Ada juga kadang-kadang tengok terasa cemburu dan sebagainya, tapi aku tahu, aku tak akan dapat seperti orang lain dapat, tetapi aku dapat sesuatu yang berharga allah swt berikan kepada aku. bukan sebagai pertukaran atau sebagai hadiah, tetapi allah swt memberi aku ujian yang sangat hebat sejak aku azali lagi.

ada yang orang gelar " anak tak ada bapak, dasar kurang ajar dan lain-lain " walaupun bergitu, aku dan adik beradik aku tetap hadapi dengan senyuman. walaupun perasaan terguris, dengan setiap perbuatan manusia, tetapi bila dah besar, kami anggapkan perkara itu adalah gangguan syaitan iblis yang cuba menghasut manusia untuk berkata seperti itu.

walaupun aku rasa hidup aku tak teratur, kucar kacir, kawan pun seperti mengambil kesempatan sebagainya, aku rasa aku hadapi ujian dengan tenang, ada pun rasa marah, tapi fikirkan balik jalan sebenarnya adalah tenang dan senyum. Bukan senyum dendam atau apa, senyum kerana ujian untuk aku seterusnya telah tiba.

Aku berterima kasih kepada mak aku yang selama ini menjaga aku, dan tahu apa yang baik dan buruk untuk aku. Abang aku yang sentiasa membantu aku didalam kesusahan tidak aku lupa kakak aku yang sentiasa bersama aku didalam aku serabut dan sebagainya. Seorang kawan aku hilang kerana perkara dunia, dan muncul seorang kawan yang tidak seperti itu, aku harap apa yang berlaku ini dapat membantu segala perjalanan aku.

Banyak lagi yang aku tak tertulis pasal aku sebenarnya. ini hanya segelintir sahaja. Dan nama aku Muhammad As Siddiq Bin Abdul Rahim, orang panggil aku siddiq, dan dalam bahasa arab ertinya Yang benar. Jadi apa aku tulis adalah benar dari lubuk hati aku. apa aku cakap dan janji adalah benar dari lubuk hati aku.

Tuesday, April 26, 2011

Episode 216 ( bermain difikiran )


" meresap didalam minda dan dia berkata "
sesuatu yang tak mungkin
tetapi fikiran ini masih waras melainkan tidak
kadang-kadang bibir ini mahu senyum ketawa
tapi hati saja yang mampu melakukan semua

jasad sudah tidak mampu untuk lalui hidup seperti ini,
hidup seperti didalam penjara,
walaupun orang berkata penjara lebih teruk,
tetapi keadaan aku lebih teruk kehidupan dipenjara

setiap waktu aku bermain dengan fikiran aku,
seperti fikiran aku adalah teman aku, kawan aku, sahabat aku.
mungkin orang kata gila dan seangkatannya,

2 tahun aku jalani hidup seperti ini,
yang datang ditahan kerana tidak tahu apa perkara yang akan datang,
kini yang datang seperti harian aku kembali,
bosan dan lemah hidup aku sekarang

ingin aku lari, tetapi tidak aku tahu arah tujunya,
tidak lengkap isi didalam dompet aku,
mungkin kebodohan aku terserlah dengan soalan yang diberi oleh JPJ yang bangang !!!
kenapalah soalan dia bangang gile belaka.

mati membunuh diri sendiri adalah haram dan neraka jawapannya,
melainkan mati sendiri masuk syurga,
kalau mati sendiri masuk syurga
aku rasa dah ramai tidak hidup didunia nie

orang kata hidup ini tidak adil,
tetapi bagi aku ia adil,
setiap perkara sudah tercatit dan tertulis,
cuma dimana saja jawapan itu? kita harus mencari

jari aku ingin saja menunding,
tetapi bila menunding jari,
10 kali fikirkan balik,
20 kali dia akan menunding jari kepada aku

sejak perisitwa itu,
aku lebih rela mendiamkan diri,
merahsiakan kehidupan aku,
dan hanya pura-pura seperti masih itu aku lagi

ingin aku menjerit,
tapi nyata aku sudah tidak mampu lagi,
aku hanya mampu gelak didalam hati
sahaja

Monday, April 25, 2011

Episode 215 ( Sekian lama )


Sekian lama, aku tak dengar lagu nie. Kali pertama aku dengar lagu masa aku tingkatan 5 rasanya ( yerk ke ? kot lah ) ..... tetapi sejak Pentas maharaja lawak minggu ke-3 tak silap aku. jozan ada bawa lagu nie. masa tu zizan yang nyanyi lagu nie. rangkap pertama dia..
" Ku tak perduli
Bila ku benar benar cinta mati
Ku tak perduli "

Kan? jadi ia membuatkan aku terfikir macam pernah dengar saja lagu nie.bila aku mencari rupa-rupanya TBK. dalam blog lama aku pernah aku letak lagu nie. lirik lagu dia agak touching skit.
Tetapi yang original nyanyi lagu nie TBK ( tak tau lah kalau artis lama pernah nyanyi lagu nie ? ) . dengan keadaan sekarang, ramai yang mengatakan satu band nama julie ? hahaah lawak betul aku . orang tu seperti tak pernah buat kajian. ada yang pula kata lagu dewa. masa pertama kali aku dengar pun ingat dewa, tetapi yang asalnya memang tbk.

Tetapi, ramai yang sudah membawa lagu nie. apa-apa pun aku suka yang asli lagu nie. Sebab yang asli suara dia cool dan muzik dia memikatkan ingatan aku, berbeza daripada gubahan lagu yang orang tukarkan.

apa-apa pun ia sebenarnya sebuah band yang lama....aku pun tak tahu apa cerita selanjutnya. aku selalu cari info dengan wikipidea dan info-info yang aku baca, melihat tarikh dan meneliti page-page yang lain....

Monday, April 18, 2011

Episode 214 ( Lagu yang bergaya )


Lagu tema ending naruto yang ke 7 ( Long kiss goodbye - HALCALI ). Serius aku cakap bergaya, tak keras tak lembut. walaupun perempuan yang nyanyi, tapi seperti aku selalu terangkan melodi sebenarnya penting dalam sesebuah lagu. Melodi dan arrengment lagu ( susunan music tu sendiri macam mana ) , jadi lagu itu akan sentiasa bermain didalam minda kita untuk ingat. Tapi fikirkan balik macam dah ................Tutttttttttttt kan =).

secara amnya, aku suka lagu nie walaupun aweks yang nyanyi dan melodi dia aku rasa merangkumi ciri-ciri yang aku rasa, aku sendiri pun tak mampu nak buat melodi seperti ini. tapi ini lirik dia setelah diubah dalam bahasa english... kalau nak bahasa melayu, copy paste kat google translate =)


“How long before we see each other again?”
What made me think that
You were saying it with a nice expression?
I pretend that there’s nothing bothering me
I’ll listen ’till morning as you make excuses
Because I want us to be connected

I don’t even want to see your face along the Meguro river anymore
No development will come from this, my cell phone dances
If it’s goodbye mail, I want to forget about it
“Hold me tight” but “I want to disappear to somewhere”
Any time that you’re talking too much you don’t seem to notice*
I let you see that “I cry” a little while pretending to be strong
How well did those tears work on you?

Even though “I want to be loved” in my own way, it fills me, but I can’t see you
I just have the feeling that I’ll never see you again…
I want to tell you that, but I can’t find the right words
Maybe it’s okay if I lie, but I can’t even say “Don’t go away”

The strange voice he has when he sneezes
The screwed up face he has when he laughs
His habit of rubbing his eyes when he can’t stop sweating
No matter how you look at him, his personality is boring

Our styles aren’t similar at all
He’s uselessly shy, a bit of bad taste
The smirk he has when he lies is annoying
I figured those out ages ago, it sucks

I just didn’t have a boyfriend at that time
It was just a relationship for me to kill time with
Those are the excuses I told my friends
There’s no way I was pursuing him… huh?

He tries to win me over with boring jokes
And I’m sick of his nonstop talking
I’ve always locked him out, and now I’m knocking

Even though “I want to be loved” in my own way, it fills me, but I can’t see you
I just have the feeling that I’ll never see you again…
I want to tell you that, but I can’t find the right words
Maybe it’s okay if I lie, but I can’t even say “Don’t go away”

When our hands come apart
Will you forget someday?
About me?

Even though “I want to be loved” in my own way, it fills me, but I can’t see you
I just have the feeling that I’ll never see you again…
I want to tell you that, but I can’t find the right words
Maybe it’s okay if I lie, but I can’t even say “Don’t go away”


“How long before we see each other again?”
What made me think that
You were saying it with a nice expression?
I pretend that there’s nothing bothering me
I’ll listen ’till morning as you make excuses
Because I want us to be connected

I don’t even want to see your face along the Meguro river anymore
No development will come from this, my cell phone dances
If it’s goodbye mail, I want to forget about it
“Hold me tight” but “I want to disappear to somewhere”
Any time that you’re talking too much you don’t seem to notice*
I let you see that “I cry” a little while pretending to be strong
How well did those tears work on you?

Even though “I want to be loved” in my own way, it fills me, but I can’t see you
I just have the feeling that I’ll never see you again…
I want to tell you that, but I can’t find the right words
Maybe it’s okay if I lie, but I can’t even say “Don’t go away”

The strange voice he has when he sneezes
The screwed up face he has when he laughs
His habit of rubbing his eyes when he can’t stop sweating
No matter how you look at him, his personality is boring

Our styles aren’t similar at all
He’s uselessly shy, a bit of bad taste
The smirk he has when he lies is annoying
I figured those out ages ago, it sucks

I just didn’t have a boyfriend at that time
It was just a relationship for me to kill time with
Those are the excuses I told my friends
There’s no way I was pursuing him… huh?

He tries to win me over with boring jokes
And I’m sick of his nonstop talking
I’ve always locked him out, and now I’m knocking

Even though “I want to be loved” in my own way, it fills me, but I can’t see you
I just have the feeling that I’ll never see you again…
I want to tell you that, but I can’t find the right words
Maybe it’s okay if I lie, but I can’t even say “Don’t go away”

When our hands come apart
Will you forget someday?
About me?

Even though “I want to be loved” in my own way, it fills me, but I can’t see you
I just have the feeling that I’ll never see you again…
I want to tell you that, but I can’t find the right words
Maybe it’s okay if I lie, but I can’t even say “Don’t go away”

Sunday, April 17, 2011

Episode 213 ( mata datang ke akal )


Sebelum yang membaca disini , sila dengar dan lihat video clip lagu nie dan berfikir sejenak.

Sering kita lihat orang yang kurang upaya meminta sedekah dan lain-lain. Tetapi apakah betul mereka sebenarnya OKU ? aku tahu pihak kerajaan pun ada juga cuba menyelesaikan masalah seperti ini. tapi ini dari segi pandangan aku.

Apa kita buat dan berfikir pun semua, rujuk kepada agama kita ( islam ). Apakah islam ini sebenarnya menyusahkan orang? tidak sesama sekali jawapannya. kita diberi jasad yang sempurna berbanding mereka divideo nie. Tetapi aku terfikir juga apaka rakyat ( rakyat=diri sendiri ) , membantu antara satu sama lain?

Ada yang berkata, orang yang kurang upaya ini dapat bantuan kewangan daripada pihak kerajaan. tetapi pernahkah kita terfikir cukup untuk mereka?. hidup dibandar nie memerlukan wang yang banyak dan sehari mungkin memerlukan 2 perkerjaan. fikir atau tidak dengan keperluan asas dan bayaran lain-lain?

Sebulan dengan kos yang diberi Rm400-600. apakah sebenarnya cukup untuk membantu? anak-anak yang mempunyai ibu-bapa kurang upaya apakah mereka dapat membantu situasi sebuah keluarga? bukan untuk aku kondem orang atau apa, cuma aku terfikir dengan kenderaan mereka, situasi mereka, apatah lagi dengan masa depan mereka berbanding dengan aku ini.

meminta sedekah tanpa permit? uiks, mesti pelik bukan. itu yang aku dengar sebenarnya, ada yang kata susah untuk dapat permit dan sebagainya. fikirlah manusia sentiasa kesusahan, memang benar adakalanya harus membantu. tetapi jika ada yang membantu pun tidak dapat membantu, bagaimana jalan lain? fikirkan disitu.

apa-apa pun kita harus kembali kejalan yang benar, manusia sering lupa dan lupa. Serupa juga dengan aku. ingatan untuk kita semua seperti salah satu lagu raihan yang dimainkan oleh budak-budak ini - Demi masa -



" hidup biarlah berjasa dan berbakti,
tetapi janganlah kita berjasa dan berbakti untuk habuan didunia,
habuan diakhirat lebih indah berbanding dunia " .
- Dari saya sendiri

Wednesday, April 13, 2011

Episode 212 ( 18 tahun )

Tak silap aku, gambar nie selepas aku habis sekolah................Kot. tapi percaya atau tidak, zaman yang paling kita akan ingat sampai mati apabila kita usia 16,17,18 tahun . Percaya atau tidak itu terserah kepada setiap orang.

Bagi aku Tingkatan 4 adalah zaman sesi pengenalan dunia hitam. maksud aku hitam adalah zaman dimana hati mula rasa macam senior, kemudian hati semakin berani nak buat diluar jangkaan, sebab usia sebenarnya =). tapi aku cakap dari segi pandangan aku.

tingkatan 4 dan 5 aku hidup seperti manusia biasa, dan sekarang pun biasa juga =) . biasa aku pun ada juga diluar jangkaannya seperti ponteng kelas ( ponteng kelas bagi kes aku dulu, lepak kat kelas kawan, atau pun jalan-jalan kat area kawasan sekolah ) .

Tetapi, selepas habis sekolah. semua diam seketika waktu, sebab tak ada lesen untuk bergerak ke rumah kawan-kawan. tetapi selepas ada lesen semua rajin calling-calling, tetapi sesiapa yang ada lesen awal, itu adalah hadiah terbesar diorang, =) .

lepas habis sekolah, macam-macam perangai pun menjadi. Menjadi yang baik, buruk apa lagi? percaya atau tidak, hampir 51% budak-budak yang diam masa sekolah, bila habis sekolah mereka akan bertukar menjadi budak diluar pemikiran kita. Masa disekolah kita nampak budak nie senyap, baik, kena buli selalu. tetapi bila dah habis sekolah, budak yang senyap akan menjadi budak yang happening dengan kawan-kawan barunya, yang baik menjadi luar batas kerana sikap baiknya, jadi berjaga-jaga dengan sifat yang baik. yang kena buli nie memang hebat, dia boleh menjadi kaki pukul.

yang jahat atau nakal, akan berubah sikit-sikit menjadi sifat baik sebab dia dah bosan. sifat macam nie bagi aku dia dah matang melihat dunia dan merasa apa itu dunia. Akal dapat mengtafsir baik buruk sesuatu keadaan yang akan datang.

jadi aku bukan nak bangga dengan diri aku, tetapi cukuplah kat sekolah aku dapat mengawal semua situasi keadaan. tetapi ada hampir-hampir kena buang sekolah. tapi syukur tak kena =)
jadi apa kita buat didunia nie sebenarnya allah swt nampak, walaupun kita cakap kat kawan kita macam nie

" alahai, takde sapa nampak lah weh apa ko buat, cuak-cuak plak ko "

secara amnya, aku tahu ramai yang tergoda ayat macam nie, walaupun ada yang cakap

" ada dowh yang nampak, allah nampak bai apa aku buat "

jika ayat macam nie memang terkeluar dari mulut kita, dari situ allah swt sedang menguji keimanan kita, sama ada kita mahu atau tidak. =)

bagi aku 18 tahun ada usia yang paling menarik dan kesukaan aku. 18 tahun yang aku tak akan lupa sampai bila-bila. =)

Monday, April 11, 2011

Episode 211 ( hmmmmm )



Wokeh, apa-apa pun dengar lagu nie untuk ambil mood. lagu nie rileks dan sempoi. bunyi guitar sahaja. banyak yang sebenarnya untuk aku tulis, tapi aku agak leceh untuk tulis sebab aku rasa dunia nie dah banyak orang tulis perkara yang sama cuma pendapat yang berbeza-beza. tapi aku rasa macam nak gelak pun ada sebab kenapalah aku jumpa manusia yang diberi akal tapi akalnya seperti letak dilutut.

Salah satunya apabila difacebook aku ada orang post soalan macam nie " apakah anda berbangga menjadi seorang islam ? "

aku heran, ada yang islam mengeluarkan kennyataan berbunyi seperti ini " ini soalan remeh, tak payah jawab " masya allah, bagi aku jika orang bertanya kepada aku apakah aku berbangga atau tidak, seharusnya aku akan menjawab ia, sesungguhnya itu adalah agama aku. aku tak tahu apa yang umat islam dimalaysia sedang bermain didalam fikiran mereka sampaikan sanggup mengeluarkan seperti itu. Ada pula yang tidak, ini lagi aku geleng kepala.

sehinggalah aku usha page dia dan aku terkejut dengan website dia beri kepada seorang lelaki. aku pada masa itu rasa macam Terkaku sementara waktu sebab dia boleh bagi website seperiti itu. lalu aku jumpa blog dia dan aku usha. diblognya, dia pun menyentuh persoalan seperti ini.

Aku heran, apakah setiap kesalahan kita nie nak kena tegur dengan ustaz atau ustazah baru kita sedar? sedangkan orang lain pun boleh menegur kesalahan kita, sama ada kita mahu atau tidak. berbalik pula dari segi menegur, kita islam menegur orang bukan pakai main api untuk berlawan orang seperti api. islam itu indah, belajar dari setiap orang apa yang tahu itukan lebih elok daripada kita tidak tahu langsung.

Tapi aku harap, apa yang aku tulis kepadanya, membuatkan dia terfikir. Kita ada akhirat sentiasa menunggu kita. Jadi si gadis itu aku senyum sentiasa dengan tindakannya yang berusia itu. Seharusnya apabila kita sudah baligh, kita harus tahu baik buruk setiap perkara.

dan aku hanya mampu berkata " inilah yang dikatakan islam 50% " yang umat islam kita sekarang nie letak didalam dada. masya allah, aku pun heran dengan keadaan negara aku sekarang. aku heran dari segi pemikiran anak-anak muda seperti aku sekarang ini. keraguan keimanan mereka membuatkan aku tertanyan-tanya.

Mereka mengatakan diri mereka islam, tetapi pelbagai haram mereka lakukan. apakah mereka tidak mengambil iktibar dari kisah nabi-nabi saw kita?

cukup untuk aku menyentuh bab nie, aku ada baca satu lagi blog mengatakan lelaki suka menguji wanita. hehehe!!!!

Dari pandangan aku, semua orang sama, lelaki atau perempuan.
tak ada cacat celanya, semua sama. melainkan beberapa perkara =).
kadang-kadang lelaki menguji seorang wanita itu untuk melihat sejauh mana dia boleh bertahan dengan ujian, tetapi janganlah kena ujian tendang tumbuk. itu bukan ujian, itu seksaan. ujian maksud aku seperti kata-kata. macam dia beri pilihan A dan B mana dia akan pilih.
disitu dia akan memikir dari pandangannya sendiri.

pemikiran orang jarang sekali akan dapat persamaan. Jika aku, satu soalan akan aku tanya sampai aku tak mampu nak jawab kenapa kat orang tu balik. ada pula yang suka add perempuan di laman web sosialnya, sebab ?

-Dia kemurungan? heh =) , mungkin
-sengaja ? mungkin juga
-motif ? - tepat

motif dia asalnya bermula dengan perkataan sengaja, bila sengaja itu, dia telah menjadi hobi, kemudian dia akan riak didepan kawan-kawannya. motif utamanya mungkin selama ini dia tak ada kawan perempuan jadi dia segan didepan kawan-kawannya bahwa dia ada kawan perempuan? uiks sampai bergitu sekali ya. bahaya nie, =)

tapi setiap orang ada motifnya sendiri. ada yang sengaja tanpa motif dan ada yang mempunyai motif tersendiri. itu terletak kepada pendirian orang yang buat bergitu rupa.

Aku bukannya manusia yang bagus, banyak lagi yang harus aku belajar,melihat dan memahami situasi keadaan disekeliling. belajar alam membuatkan aku faham kenapa allah swt ciptakan kepada kita, =)

Thursday, April 7, 2011

Episode 210 ( Pizza )



Pizza adalah salah satu makanan kesukaan aku dan kesukaan aku untuk membuat pastry dia. sampai sekarang aku minat dengan pastry, walaupun aku belajar masak-masak lain.
Agak-agak berapa harga untuk buat pizza sendiri? ini agak-agak aku jelah

tepung gandum 1kg =1.90 sen
Tomato 1 biji = 1.00
Yis 1 pack = 2.00
Ayam cincang 1 pack =5.90 sen ( kot )
cheese 1 pack = 12.00
tomato sos = 1.90
capsicum 1 biji = 1.00 - 2.90 ( tengok berat dan besar )

senang cerita kalau ada dalam 30 ringgit boleh dapat untuk 2 large pizza size 16 inchi.
cuba fikir betul-betul =). rajin nak buat atau rajin nak membazirkan duit =).


Friday, April 1, 2011

Episode 209 ( bodohnya orang yang cuba belajar cinta tetapi tidak belajar sesuatu yang seharusnya)

Pagi tadi aku dengan kakak aku ke pasar untuk beli barang-barang untuk keduri malam nie. kenduri ramai-ramai adik beradik mak aku, kumpul dan baca doa bersama-sama untuk keluarga dan lain-lain.

Topic diradio pagi tadi agak membukak kan mata aku tentang hidup ini dan dari kawan-kawan aku yang post ayat-ayat cintan kat facebook. Aku secara menyedari sesuatu, Manusia sentiasa mencintai sesama manusia, tetapi lalai untuk mencintai allah swt. Seperti didalam radio berkata

" jika benar manusia itu mencintai allah swt, dia tahu halal dan haram baginya "

Itu baru ayat pertama dia berkata, dan aku dapat tangkap dan fahamkan maksudnya. Apakah sebenarnya Halal bagi sepasang kekasih? maksud aku bercinta. pegang tangan dah dikategorikan haram, berbual ditelefon dan cakap sayang dan lain pun dikatakan haram, sebab suara dia. (kan..). jalan berdua-duaan walaupun ditengah hari buta pun haram. Jadi fikir-fikirkanlah apa yang haram dan apa yang halal. Memang betul cinta untuk manusia dicari, tapi bagi aku apabila cinta sesama manusia nie, mereka lalai dengan tujuan yang sebenar, kemudian bersedih lalu berkata
" kenapa aku ditakdirkan bergini " dan lain-lain, bagi aku bila cakap seperti itu, adalah menyalahkan takdir. Sepatutnya kita harus berdoa, agar allah swt berikan kita pertunjuk kenapa ia berlaku.

memang betul, selama aku hidup diatas dunia sementara nie, hari ini aku mula terfikir apa kesalahan aku terhadap allah swt. kesalahan aku ialah tidak mencintai allah swt dengan sempurna seperti mana aku memberi cinta yang sempurna ( yerk ke ? ) maksud aku macam calling-calling, bagi barang dan lain-lain, tetapi aku jarang untuk allah swt.

Apakah kita mahu allah swt murka dengan perbuatan kita? pasti kita tidak mahu bukan. Kita mahu yang terbaik bukan? bila mahu yang terbaik, barulah kita berdoa kepada allah swt, tetapi sebelum ini apakah kita selalu berdoa kepadanya ? pasti jawapan yang terkata sekarang ini ialah, Jarang-jarang. Jarang-jarang itu dalam setahun berapa kali?

Aku pun hamba yang pernah alami situasi seperti ini. aku pernah rasa semua orang ada pasangan masing-masing kecuali aku. aku rasa kecewa juga dengan keadaan semua nie, tapi bila hari ini, dihari jumaat nie, baru aku faham. Daripada aku inginkan cinta sesama manusia, lebih baik aku dapatkan cinta dari allah swt.

Kita mencari keredhaannya, bukan mencarinya bila didalam kesusahan. aku mula merasa kecewa dengan perangai aku yang bergini selama ini. tetapi aku harap, kita semua dapat berfikir dan terus berfikir untuk perkara seperti ini.....