Sunday, April 17, 2011

Episode 213 ( mata datang ke akal )


Sebelum yang membaca disini , sila dengar dan lihat video clip lagu nie dan berfikir sejenak.

Sering kita lihat orang yang kurang upaya meminta sedekah dan lain-lain. Tetapi apakah betul mereka sebenarnya OKU ? aku tahu pihak kerajaan pun ada juga cuba menyelesaikan masalah seperti ini. tapi ini dari segi pandangan aku.

Apa kita buat dan berfikir pun semua, rujuk kepada agama kita ( islam ). Apakah islam ini sebenarnya menyusahkan orang? tidak sesama sekali jawapannya. kita diberi jasad yang sempurna berbanding mereka divideo nie. Tetapi aku terfikir juga apaka rakyat ( rakyat=diri sendiri ) , membantu antara satu sama lain?

Ada yang berkata, orang yang kurang upaya ini dapat bantuan kewangan daripada pihak kerajaan. tetapi pernahkah kita terfikir cukup untuk mereka?. hidup dibandar nie memerlukan wang yang banyak dan sehari mungkin memerlukan 2 perkerjaan. fikir atau tidak dengan keperluan asas dan bayaran lain-lain?

Sebulan dengan kos yang diberi Rm400-600. apakah sebenarnya cukup untuk membantu? anak-anak yang mempunyai ibu-bapa kurang upaya apakah mereka dapat membantu situasi sebuah keluarga? bukan untuk aku kondem orang atau apa, cuma aku terfikir dengan kenderaan mereka, situasi mereka, apatah lagi dengan masa depan mereka berbanding dengan aku ini.

meminta sedekah tanpa permit? uiks, mesti pelik bukan. itu yang aku dengar sebenarnya, ada yang kata susah untuk dapat permit dan sebagainya. fikirlah manusia sentiasa kesusahan, memang benar adakalanya harus membantu. tetapi jika ada yang membantu pun tidak dapat membantu, bagaimana jalan lain? fikirkan disitu.

apa-apa pun kita harus kembali kejalan yang benar, manusia sering lupa dan lupa. Serupa juga dengan aku. ingatan untuk kita semua seperti salah satu lagu raihan yang dimainkan oleh budak-budak ini - Demi masa -



" hidup biarlah berjasa dan berbakti,
tetapi janganlah kita berjasa dan berbakti untuk habuan didunia,
habuan diakhirat lebih indah berbanding dunia " .
- Dari saya sendiri

No comments:

Post a Comment