Topic diradio pagi tadi agak membukak kan mata aku tentang hidup ini dan dari kawan-kawan aku yang post ayat-ayat cintan kat facebook. Aku secara menyedari sesuatu, Manusia sentiasa mencintai sesama manusia, tetapi lalai untuk mencintai allah swt. Seperti didalam radio berkata
" jika benar manusia itu mencintai allah swt, dia tahu halal dan haram baginya "
Itu baru ayat pertama dia berkata, dan aku dapat tangkap dan fahamkan maksudnya. Apakah sebenarnya Halal bagi sepasang kekasih? maksud aku bercinta. pegang tangan dah dikategorikan haram, berbual ditelefon dan cakap sayang dan lain pun dikatakan haram, sebab suara dia. (kan..). jalan berdua-duaan walaupun ditengah hari buta pun haram. Jadi fikir-fikirkanlah apa yang haram dan apa yang halal. Memang betul cinta untuk manusia dicari, tapi bagi aku apabila cinta sesama manusia nie, mereka lalai dengan tujuan yang sebenar, kemudian bersedih lalu berkata
" kenapa aku ditakdirkan bergini " dan lain-lain, bagi aku bila cakap seperti itu, adalah menyalahkan takdir. Sepatutnya kita harus berdoa, agar allah swt berikan kita pertunjuk kenapa ia berlaku.
memang betul, selama aku hidup diatas dunia sementara nie, hari ini aku mula terfikir apa kesalahan aku terhadap allah swt. kesalahan aku ialah tidak mencintai allah swt dengan sempurna seperti mana aku memberi cinta yang sempurna ( yerk ke ? ) maksud aku macam calling-calling, bagi barang dan lain-lain, tetapi aku jarang untuk allah swt.
Apakah kita mahu allah swt murka dengan perbuatan kita? pasti kita tidak mahu bukan. Kita mahu yang terbaik bukan? bila mahu yang terbaik, barulah kita berdoa kepada allah swt, tetapi sebelum ini apakah kita selalu berdoa kepadanya ? pasti jawapan yang terkata sekarang ini ialah, Jarang-jarang. Jarang-jarang itu dalam setahun berapa kali?
Aku pun hamba yang pernah alami situasi seperti ini. aku pernah rasa semua orang ada pasangan masing-masing kecuali aku. aku rasa kecewa juga dengan keadaan semua nie, tapi bila hari ini, dihari jumaat nie, baru aku faham. Daripada aku inginkan cinta sesama manusia, lebih baik aku dapatkan cinta dari allah swt.
Kita mencari keredhaannya, bukan mencarinya bila didalam kesusahan. aku mula merasa kecewa dengan perangai aku yang bergini selama ini. tetapi aku harap, kita semua dapat berfikir dan terus berfikir untuk perkara seperti ini.....
No comments:
Post a Comment