Monday, April 11, 2011

Episode 211 ( hmmmmm )



Wokeh, apa-apa pun dengar lagu nie untuk ambil mood. lagu nie rileks dan sempoi. bunyi guitar sahaja. banyak yang sebenarnya untuk aku tulis, tapi aku agak leceh untuk tulis sebab aku rasa dunia nie dah banyak orang tulis perkara yang sama cuma pendapat yang berbeza-beza. tapi aku rasa macam nak gelak pun ada sebab kenapalah aku jumpa manusia yang diberi akal tapi akalnya seperti letak dilutut.

Salah satunya apabila difacebook aku ada orang post soalan macam nie " apakah anda berbangga menjadi seorang islam ? "

aku heran, ada yang islam mengeluarkan kennyataan berbunyi seperti ini " ini soalan remeh, tak payah jawab " masya allah, bagi aku jika orang bertanya kepada aku apakah aku berbangga atau tidak, seharusnya aku akan menjawab ia, sesungguhnya itu adalah agama aku. aku tak tahu apa yang umat islam dimalaysia sedang bermain didalam fikiran mereka sampaikan sanggup mengeluarkan seperti itu. Ada pula yang tidak, ini lagi aku geleng kepala.

sehinggalah aku usha page dia dan aku terkejut dengan website dia beri kepada seorang lelaki. aku pada masa itu rasa macam Terkaku sementara waktu sebab dia boleh bagi website seperiti itu. lalu aku jumpa blog dia dan aku usha. diblognya, dia pun menyentuh persoalan seperti ini.

Aku heran, apakah setiap kesalahan kita nie nak kena tegur dengan ustaz atau ustazah baru kita sedar? sedangkan orang lain pun boleh menegur kesalahan kita, sama ada kita mahu atau tidak. berbalik pula dari segi menegur, kita islam menegur orang bukan pakai main api untuk berlawan orang seperti api. islam itu indah, belajar dari setiap orang apa yang tahu itukan lebih elok daripada kita tidak tahu langsung.

Tapi aku harap, apa yang aku tulis kepadanya, membuatkan dia terfikir. Kita ada akhirat sentiasa menunggu kita. Jadi si gadis itu aku senyum sentiasa dengan tindakannya yang berusia itu. Seharusnya apabila kita sudah baligh, kita harus tahu baik buruk setiap perkara.

dan aku hanya mampu berkata " inilah yang dikatakan islam 50% " yang umat islam kita sekarang nie letak didalam dada. masya allah, aku pun heran dengan keadaan negara aku sekarang. aku heran dari segi pemikiran anak-anak muda seperti aku sekarang ini. keraguan keimanan mereka membuatkan aku tertanyan-tanya.

Mereka mengatakan diri mereka islam, tetapi pelbagai haram mereka lakukan. apakah mereka tidak mengambil iktibar dari kisah nabi-nabi saw kita?

cukup untuk aku menyentuh bab nie, aku ada baca satu lagi blog mengatakan lelaki suka menguji wanita. hehehe!!!!

Dari pandangan aku, semua orang sama, lelaki atau perempuan.
tak ada cacat celanya, semua sama. melainkan beberapa perkara =).
kadang-kadang lelaki menguji seorang wanita itu untuk melihat sejauh mana dia boleh bertahan dengan ujian, tetapi janganlah kena ujian tendang tumbuk. itu bukan ujian, itu seksaan. ujian maksud aku seperti kata-kata. macam dia beri pilihan A dan B mana dia akan pilih.
disitu dia akan memikir dari pandangannya sendiri.

pemikiran orang jarang sekali akan dapat persamaan. Jika aku, satu soalan akan aku tanya sampai aku tak mampu nak jawab kenapa kat orang tu balik. ada pula yang suka add perempuan di laman web sosialnya, sebab ?

-Dia kemurungan? heh =) , mungkin
-sengaja ? mungkin juga
-motif ? - tepat

motif dia asalnya bermula dengan perkataan sengaja, bila sengaja itu, dia telah menjadi hobi, kemudian dia akan riak didepan kawan-kawannya. motif utamanya mungkin selama ini dia tak ada kawan perempuan jadi dia segan didepan kawan-kawannya bahwa dia ada kawan perempuan? uiks sampai bergitu sekali ya. bahaya nie, =)

tapi setiap orang ada motifnya sendiri. ada yang sengaja tanpa motif dan ada yang mempunyai motif tersendiri. itu terletak kepada pendirian orang yang buat bergitu rupa.

Aku bukannya manusia yang bagus, banyak lagi yang harus aku belajar,melihat dan memahami situasi keadaan disekeliling. belajar alam membuatkan aku faham kenapa allah swt ciptakan kepada kita, =)

No comments:

Post a Comment