Monday, February 28, 2011

Episode 115 ( Online game aku )

Jika dulu, aku kemaruk main game Mafia wars, lepas tu aku berhenti sebab tak larat dan satu lagi sebab ialah dia minta banyak barang dan aku tak dapat-dapat, jadi bosan. Sekarang aku main game ninja saga. Boleh tahanlah, Aku main pun sebab pc aku dapat running dengan elok. kalau aku main game lain ada je masalah, tapi ninja saga nie tak ada masalah. Inilah karektor aku dalam ninja saga.

Aku pakai free user, bukan yang kena bayar. buat masa sekarang nie, orang aku tak berapa kuat lagi walaupun aku selalu main PvP ( people vs people = lain orang satu dunia ). Banyak lagi benda aku kena beli dan buat. macam aku kena beli satu token skill Api untuk aku, dan aku kena upgrade level talent aku.

Paling aku benci lawan sekali apabila aku kena lawan dengan element air, sebab sapa yang guna air, dia selalu healkan diri dia. bagi aku tak ada prestasi langsung, tapi bila fikirkan balik, kalau aku menang, aku betul2 hebat mengunakan skill.

tapi skill aku tak berapa mantap lagi. aku tengah fikir apa yang harus dibeli, lagi pun aku free user aku ada 2 element, berbanding kalau kena bayar. Element aku ialah Api dengan angin, konon2nya teringat dengan naruto lebih lah nie hahaha!!!

tapi banyak jugalah yang suruh aku add, tapi aku sengaja elak sebab facebook aku nie hanya sesetengah orang je boleh add, yang mana aku rasa nak add, aku akan add.

Nama karektor aku ialah: As siddiq
dan jauh lagi perjalanan aku.....

Thursday, February 24, 2011

Episode 114 ( kebenaran adalah kesakitan, kebohongan adalah kegembiraan )

kita manusia memang pandai bercakap, memang pandai memberi nasihat paling hebat sekali ialah menyakitkan hati orang. Orang kata " lidah adalah senjata" Dengan itu fahami isi maksud tersebut.

Manusia sememangnya tidak dapat menerima kennyataan sebenarnya. Jika kalau orang itu berkata benar pun, hatinya tetap mahu mengatakan tidak dan seboleh-bolehnya dia mahu menunjukkan belangnya. Tapi hakikatnya kennyataan itu adalah kesakitan. Kalau tak percaya tak mengapa, tapi itulah setiap daripada kita lalui sebenarnya.

Ada perkara yang kita perlu tahu, kenapa kennyataan itu harus dikatakan. Bagi diri aku, kennyataan itu lebih baik dan elok berbanding daripada kebohongan manusia. Apa aku sedar daripada diri aku, aku ini adalah manusia yang suka berfikiran logik dan cakap atas daripada kejadian disekeliling aku. tapi itu pun orang tidak dapat menerima. aku suka bila orang itu berkata, lalu aku cepat-cepat fikir sama ada ia benar atau tidak, jika tidak benar, aku akan membetulkan keadaan, bukan lagi mengeruhkan keadaan.

Aku tak pernah nak sakitkan hati orang sebenarnya, tapi orang disekeliling aku sendiri yang menyakitkan diri sendiri kerana aku. kalau dah tahu aku ini akan memberi jawapan yang sememangnya berlandaskan logik, kenapa harus sampai ada sifat dendam,ego,angkuh dan lain-lain? apakah itu menunjukan isi sebenarnya dia ini sakit hati dengan aku? dan sudah pasti jawapannya benar.

kita manusia, boleh menjadi pelbagai watak untuk kehidupan nie, tapi apabila kebenaran datang mengcungkil rahasia kita atas kebenaran, lantas suara lantang itu kita keluar dan kalau di internet pula, dari segi cara kita tulis, kita akan dapat tahu orang tu marah ke tidak. apabila A bagi jawapan yang benar, Si B ini akan memberi soalan+jawapan lain, dan si A ini akan terus memberi jawapan dan jawapan.

tapi itulah, kebenaran dan kebohongan tidak dapat kita lari daripada kehidupan seperti ini.

Tuesday, February 22, 2011

Episode 113 ( harus ke kita pukul anak kita ? )


Apakah wajar sebenarnya kita harus pukul anak kita? Dalam islam, kita harus memukul anak kita supaya jadi insan yang berguna. maksud aku insan yang berguna tu banyak maksud sebenarnya. Satu lagi supaya bapak tidak menjadi hamba kepada anak. tapi sekarang itu semua dah bertukar. Anak tak besar lagi, bapak atau ibu telah menjadi hamba kepada anaknya pada usia remaja.

Kadang-kadang aku terfikir " kenapalah ibubapa mereka tidak pukul mereka jika kita tahu, perkara tersebut atau situasi tersebut tidak patut si anak berbuat bergitu " .
tetapi si ibu atau si ayah hanya menegur dan membiarkan. apakah si anak itu dapat memahaminya jika dia kelakuannya berulang-ulang kali? mungkin mak bapaknya rasa " tak apa, suatu hari nanti bila dia dah besar, dia akan memahami " . dan persoalan aku, bagaimana pula jika dia tidak dapat memahami ?

Ibubapa takut pukul anak mungkin sebab dia rasa itulah anaknya yang seorang dalam keluarga. tapi apakah kebahagian duit, benda dan lain-lain dapat mendidik anak? walaupun anak itu pandai, tapi hatinya tidak pandai untuk menghormati orang juga susah bukan? pandai/bijak, tapi tak pandai hormat orang, kurang sopan dengan adik beradik, ataupun dengan ibubapa.

mak bapak kadang-kadang berharap cikgu dapat membimbing anak-anak mereka, tetapi apabila anak-anak mereka yang tak biasa kena rotan, mereka mengadu, lalu mak bapak nak samanlah, nak makilah nak apalah. Tengok juga situasi macam mana sebenarnya. cikgu yang berhak untuk merotan murid adalah cikgu displin. tapi sekarang cikgu displin pun tak dibenarkan memegang rotan untuk rotan murid. jadi macam mana kita nak mendidik bangsa kita menjadi hormat dan baik?

mungkin ayat aku tak cukup kukuh lagi, aku barulah faham kenapa kita harus pukul anak kita.
Pukul pun ada cara dan sebabnya. Bukan pukul terus pukul nanti mati anak.

Seperti gambar disini. Budak-budak yang kaki pukul, kita boleh terbahagikan kepada 2 sebab kenapa jadinya macam nie.

1. Sebab keluarga diorang tak mendidik anak-anak mereka dari usia yang kecil, dan juga tak pernah merasa sebatan daripada perbuatan yang mereka lakukan.

2.Dirumah mak bapak pukul mereka, tapi hati memendam, lalu lepaskan kat orang lain. anak mereka mungkin tak diberi penjelasan dengan tetap, kenapa mereka dihukum sebergini.

tapi kena ingat, kita kenalah didik anak. didik anak itu penting, tak kisah dia pandai ke tak pandai, janji kita pandai mendidik dia menjadi insan yang bertanggungjawab, bernilai dan berpegang teguh kepada agama

Saturday, February 19, 2011

Episode 112 ( dan hasilnya......)


Orang pernah berkata " inilah hasilnya bila kita bersabar dan menunggu " ini adalah hasil tanaman ubi kayu yang mak aku cucuk didalam pasu. Mak aku tak sangka pun ia akan terjadi hasil sebergini sebenarnya. Tak silap aku mak aku tanam pucuknya saja, akhirnya inilah hasilnya.

Semalam aku tak dapat tidur jadi aku mengemas ruang halaman didepan. Dari pukul 7 pagi sampai 10-11 pagi. Agak puas hati juga, sebab dapat buang apa yang tak perlu ditanam. Sebenarnya kalau boleh aku nak tanam sayur-sayuran dihalaman rumah aku. Barang dapur pun sudah meningkat. Bayangkan harga sayur pun sudah tidak seperti dahulu. Bawang mak aku cakap setengah kilo Rm 6.00 terkejut aku dengar. Tapi mak aku cakap kat belah shah alam, tak tahu area mana.
Secara tiba-tiba aku suka dengan bercucuk tanam. Sebab aku suka hasilnya bila tiba masa. mari kita cerita lain pula.

Beberapa hari lepas, aku keluar dengan rakan-rakan aku. Dah lama tak keluar sama-sama. Rakan-rakan aku bukan orang yang dahulu aku selalu keluar, tapi ini rakan yang aku rasa tahu dan hormati masa-masa aku.

Aku dapat satu khabar berita beruk yang terasa nak gelak guling-guling pun ada, tapi biarkanlah dia dengan hidup dia. Bagi aku apa dulu dia pernah cakap kat aku, seperti ada motif yang tersembunyi sebenarnya. kalau aku dia dapat berfikir dengan baik dan waras, aku rasa tak mungkin dia patut cakap seperti itu sebenarnya.

memang susah bila kita didalam satu situasi yang sememangnya tak mungkin akan terjadi sebenarnya. Kadang-kadang orang membuat kawan dan sahabat dulu sebelum kecundang sebenarnya. Tapi aku belajar disitu, apabila kita TERmasuk didalam zone atau kawasan itu. Harapan tak mungkin akan terhasil. ia tergantung kepada keadaan,situasi, apakah kau nie mempunyai paras rupa yang dia suka? ataupun disebaliknya.

Dan hasilnya adalah..........mungkin

Cerita jiwang yang aku suka tengok sekarang nie dari negara seberang dari Philippines. Kalau diikutkan memang jiwang karat nak mampus sebenarnya. Tapi apabila aku mentafsir jalan cerita itu sebenarnya, memang ia sebijik dengan kehidupan kita lalui. Orang pernah kata juga

"kalau bercinta tu, kalau sakit hati,kecewa itu adalah adat. kalau tak berani kawal emosi jangan nak bercinta"

JENG JENG JENG!!!
Dulu orang selalu cakap aku nie emosi emosi. Tapi aku emosi aku cuba mengawal sebenarnya. Cuba lihat orang-orang yang anda kenal. ada yang tidak dapat mengawal emosi, lalu apa yang dicapainya, itu adalah kekalahannya. seperti macam kecewa minum arak, bawa kereta laju-laju dan mati terbabas, tak pun pukul orang, ganggu orang tu balik dan sebagainya.

aku kawal dengan mendiamkan diri dan berfikir. aku berfikir apakah langkah-langkah seterusnya. bagaimana aku untuk kembali masa yang asal dengan cepat? untuk pulihkan keadaan harus dibuat dengan lancar. tapi apa yang aku dapat, tak ada siapa pun yang membantu aku atau memberi nasihat. Ada manusia, senang berkata, itulah kau, bla bla bla dengan dia. Dia tak faham apa setiap orang lalui. apa kata kalau dia yang rasa dan aku cakap macam tuh?. Nampak sangat dia suka hidup didalam kesenangan dunia sendiri. Ada pula yang yang tahu, tapi akhirnya dia seperti menalam mukanya sendiri.

Dulu aku pernah juga berkongsi sesuatu, mungkin juga aku pernah tanyakan cadangan. tetapi kini hidup aku harus dibuat dengan keputusan sendiri. walaupun aku ada mak,abang dan kakak, kadang-kadang keputusan mereka membuatkan aku takut untuk berbicara sebenarnya. Soalan aku sebenarnya diluar jangkaan fikiran keluarga aku. aku harus seseorang yang dapat berfikir untuk soalan-soalan aku. tapi kini aku sendiri, bila aku rasa semua jawapan aku yang cari.

Aku rasakan hidup aku ini seperti sempurna. keputusan ditangan aku, persoalan aku yang aku cipta. aku rasa sempurna, tapi aku pasti bila tiba masanya nanti aku akan kecundang juga akhirnya seperti lagu padi-angkuh nie.....

Aku adalah seorang yang keras hati
Yang tak pernah merasakan kelembutan hati
Hingga di sini... di penantian terakhir
Ku berjumpa dengan engkau
Terpikat aku jadinya

Engkaulah sang mentari yang menyinari bumi
Dan akan menghangatkan gairah hatiku oh.. oh...
Engkaulah embun pagi yang membasahi tanah
Dan akan menyegarkan setiap lelah jiwaku

Lama sudah aku sendiri
Dituntun langkah-langkah kaki
Mencoba menentang kerasnya hantaman hidup
Aku akui aku tak mampu menahan semua
Meruntuhkan kerasnya... angkuhnya dinding hatiku

Engkaulah sang pelangi yang mewarnai langit
Dan akan memayungi gelisah hatiku oh.. oh...
Engkaulah angin malam yang menebarkan wangi
Dan akan mengharumi hari-hari bahagiaku

Cuma aku tak pasti bila masanya sebenarnya. Tapi betulkan aku cakap? aku sebenarnya nampak je macam angkuh dengan apa aku lalui. tapi sebenarnya aku dah bersedia untuk masanya aku kecundang semua ini nanti. tapi tak mengapalah mungkin kesilapan yang lalui mengajar aku satu peristiwa yang sangat istimewa untuk aku. aku dapat memahami hati dan jiwa seperti ini. Aku bukanlah doktor cinta, tapi aku seorang pendengar dan seorang yang sedia membantu.

mungkin inilah hasil pertama jiwa baru yang aku fahami sebenarnya. manusia belajar daripada kesilapan dan kesalahan. bagaimanapun sebenarnya kita harus memberi peluang kepada setiap orang untuk memberi yang terbaik dan terbagus sekali.

aku suka ayat dari sebuah cerita anime naruto, ayat daripada itachi

"If you think im just a foolish kid ruled by his emotions, thats fine. following your own path would be childish,the whispering of fools who dont know hatred. If anyone else tries to ridicule the way i live, i slaughter everyone they ever cared about and then maybe they understand what its like to taste...a little of my hatred"

dan ayat keduanya

"If you want to kill me, despise me, hate me, and live in an unsightly way... Run, and cling to life, and then some day, when you have the same eyes as I do, come before me."

dan ayat ketiganya

"people live their lives bound by what they accept as correct and true. Thats how they define "reality". But what does it mean to be "correct" or "true"? Merely vague concepts . their "reality" may all be a mirage. Can we consider them to simply be living in their own world, shaped by their beliefs?"

Dan ini adalah ayat daripada Albert Einstein

‎"Try not to become a man of success but rather to become a man of value"

Aku tulis nie bukan marah atau benci, tapi cuma aku nak tergelak je. kenapa terciptanya persoalan seperti ini sebenarnya. Kerana mulut orang binasa, kerana mulut juga hilang semuanya. Tapi

"apabila akal datang menyambut, semua persoalan boleh dirungkaikan dengan sempurna daripada kebencian"
dan ini ayat daripada aku

Tuesday, February 15, 2011

Episode 111

Kakak aku pernah berkata " apa saja yang aku terfikir, tuliskan ia cepat , sebab kita nie mudah lupa, kadang-kadang, apa kita fikir itu, tak pernah orang terfikir " memang betul pun apa kakak aku cakap, tapi aku takut orang berfikir seperti aku berfikir. Kenapa aku takut ? sebab aku takut fikiran aku membuatkan orang tidak mampu mencari jawapannya. Mungkin orang kata " soalan ini tidak masuk akal langsung " , bagi aku yang tidak masuk akal langsung itu adalah akal yang sempurna bila kita dapat menyelesaikannya. Akal itu satu anugerah sebenarnya, satu anugerah yang paling sempurna dalam hidup, tanpa akal, manusia tidak akan maju seperti sekarang.

Manusia juga perlu berfikir, ada juga manusia berfikir sampaikan soalanya itu memakan diri sendiri. itu yang aku cuba cakapkan disini. kita berfikir sampai memakan diri sendiri, aku seperti pernah tulis soalan ini diblog aku. tapi itu dulu kot.

Aku paling takut didunia nie apabila akal menguasi pemikiran, apabila akal berfikir, hati akan masuk campur sebenarnya, bila masuk campur, semuanya akan menjadi kacau-bilau. akhirnya kita sendiri terpinga-pinga sama ada benar atau tidak, kadang-kadang yang benar pun kita rasa was-was.

ada juga orang pasti, ada juga tidak pasti. jawapan seterusnya ialah yakin.

aku pernah dengar cerita bahwa, ada orang jadi gila apabila ia berfikir terlalu dalam sampaikan ia tidak menemui jawapannya. Bagi aku orang gila tidak gila sebenarnya. Kenapa aku cakap macam tu?

bagi aku gila seperti tak ada maksud sebenarnya, kosong erti kata lain, tetapi definisi gila menurut Albert Einstein:

"gila adalah melakukan hal yang sama tetapi mengharapkan hasil yang berbeda"

Bagaimana pula orang-orang yang masuk hospital tanjung rambutan? bagi aku orang seperti itu kita tidak layak pun nak cakap gila. aku pun tak tahu nak gelarkan apa sebenarnya. Orang gila bagi aku ialah orang yang unik sebenarnya, unik bagaimana?

mungkin bila baca balik ayat albert einstain, macam kurang waras pun ada juga, tetapi ayat macam nie boleh kita menjadi keliru bila kita cuba selesaikan persoalan nie sebenarnya.

Episode 110 ( secara tidak sengaja )

Secara dimalam hari nie, satu mood itu tiba-tiba datang, dimana aku terkaku sementara waktu, susah aku nak cakap, tapi aku tahu apa aku nak cakap sebenarnya. 1 tahun hanya sekejap saja untuk semua nie sebenarnya.

Aku lepak 223 dengan blur, fahmie dengan shima. borak agak lama juga, tiba-tiba mata aku sedikit serong, aku terpandang seorang gadis bersama ayahnya, aku terkaku sementara sambil aku pegang dompet aku. tiba-tiba awek tu pun nampak aku terpandang dia macam orang pelik. agak lama, sampai satu saat, hati aku sendiri kejutkan aku dari tenungkan ini. aku terus tak pandang dia atau main mata dengan dia.

Secara tidak sengaja aku terpandang seorang gadis. Tetapi nasib baik hati aku tidak berubah ke apa. tapi selepas aku tanya shima, lagu apa kat cd dia, tiba-tiba aku suka dengar lagu tu, sebentar tadi aku baru jamming bersama kawan-kawan aku.

aku jamming lagu damasutra-umpama mimpi dalam mimpi. main dan main tiba-tiba aku tertouching dengan lirik dia. Aku rasa perjalanan aku untuk 1tahun nie, lagu nie seperti sesuai untuk aku kot. entah ah, tapi aku terus terang cakap " maaf " aku tak ada perasaan untuk semua ini lagi dengan hidup aku seperti ini, mungkin kalau hidup aku pun dah ok pun, hati aku tetap sukar untuk diperkatakan.

sakit juga jari aku bila main guitar tadi,
tapi aku serius cakap, skill aku terhadap guitar telah hilang, tapi aku nampak ada sedikit kemajuan bila aku main drum tadi.


Sunday, February 6, 2011

Episode 109 ( hah ? )

WoW sedapnya...Tapi sayang, aku bukan gemar sangat makan ketam, aku makan ketam sekadar mencari kepuasan sahaja =). Kakak aku balik malaysia selama seminggu dan dia nak buat kejutan kat orang-orang yang sibuk, tapi kejutannya macam semua orang dah tahu hehe. hari jumaat lepas aku ke rumah abang aku dikajang. Semperna kakak aku pulang, jadi dia masak ketam nieh hah, ada dalam 10 ekor ketam dia masak, entah apa abang aku masak, aku makan je.

Kakak aku makan 4 ekor ketam, aku 2 ekor ketam, mak aku setengah ekor ketam. dan yang lain abang aku bedal hehehe!! kalau ada abang aku seorang lagi sure dah habis =). tapi aku suka abang aku punya daging kicap.

ok, habis cerita Hah nieh....yang seterusnya ,

Aku masih tak puas hati kenapa aku terpotong rambut sebenarnya. Bila aku down down down down, perkara yang aku harus buat tanpa berfikir secara rasional ialah nak potong rambut. Aku terkejut dengan satu berita sebenarnya, tapi bagi aku, kalau allah swt telah tetapkan setiap kejadian ini masa kita masih kecil lagi, jadi aku terima dengan redha. Aku ingat 1 tahun itu , aku telah berjaya untuk menjadi hati yang tegar terhadap ini semua, tapi............aku ditumpaskan.

hye, perkataan ini ada disetiap hati orang, nak cakap atau tidak itu hak masing-masing, tapi aku hanya mampu senyum didalam tanpa apa-apa lagi. seperti aku pernah tertulis wall difacebook aku

" ia masih tidak lagi belajar daripada kesilapan. Bila orang kecewa, atau putus, semua perasaan nak dilepaskan. what a heck dude!!. dah putus tu sudahlah. manusia tak pernah terfikir bahwa keluarganya masih tidak terpisah daripada dia dan allah swt lagilah tak pernah terpisah dari hamba2nya. Jangan cetek akal sangat kalau putus bercinta nie. Selagi kita boleh bernafas dan berjalan itu sudah cukup untuk hari seterusnya ".

Aku tulis macam nie pun ada sebabnya, aku bukan nak menyakitkan hati orang, tapi bagi aku, manusia nie bodoh sebenarnya, apa yang mereka mahukan sebenarnya? apakah seorang kekasih itu akan selalu bersamanya ? tanpa ada ikatan sah? kita islam jangan terikut sangat budaya barat atau agama lain. Manusia sering lupa 2 perkara ini, agama dan maruah keluarga.
kenapa maruah keluarga? apa anda rasa bila anda menconteng arang dimuka kedua ibu-bapa? malu ke apa? atau tak ada rasa apa-apa sebenarnya ? hye, memang jodoh itu harus dicari, tapi berwaspadalah dengan cara-cara kamu.

Orang tua-tua selalu cakap macam nie, dan aku pun pernah dengar orang cakap macam nie

"Kalau kita ingat kat orang, orang ingat kat kita, sebab tu dia jumpa kita, dalam hidup kita nie kena faham, ada kalanya kena terima, adakalanya langsung tak
masuk akal"

Ayat nie aku ambil dari cerita hantu kak limah, masa pengakhiran ceritanya, tapi lebih kurang je ayat dia. Bagi aku adakalanya betul juga, tapi bagaimana pula kalau kita rindu kat orang tu? apakah orang tu rindu dengan kita juga? oh, rindu tu bukan rindu untuk berharap dia bercinta dengan kita, tapi aku harap dia rindu untuk berjumpa dengan aku, uhuk2~~!

Sejak akhir-akhir nie aku tengok cerita naruto, aku suka dengan semangat dia dengan karektor dia, tapi aku lebih suka karektor bernama itashi dengan cikgu naruto. tapi aku suka sekali ialah itachi uchida. Kenapa aku suka karektor dia ? Bukan sebab dia cool, tapi aku suka dia sebab orang ingat dia nie seperti pendendam, tapi dia bukan pedendam pun. Muka dia nampak tenang walaupun perit dia pikul sebenarnya. Aku baca profile dia kat wikipidia, kalau aku ada adik, aku rasa aku pun nak buat macam tuh, tapi takdelah sampai aku bunuh semua orang hehehe =).

Tapi sayang, dia mati. Tapi dia bagi aku satu karektor untuk aku fikir untuk personaliti tentang cara aku untuk tahun nie, bukan untuk bergaya rileks ke apa, tapi bagi aku seperti aku dapat idea untuk membentuk satu personaliti aku sebenarnya. Hidup nie tak kan nak bawa karektor yang sama kan setiap tahun? seperti orang cakap, manusia sentiasa berubah-ubah. jadi kita kena berubah, tak kisah baik atau jahat, selepas itu kita ada akal untuk pertimbangakannya sama ada baik atau buruk.

tak selamanya orang kejam akan kejam, tapi kalau israel tu memang kejam sampai bila-bila, aku cakap manusia yang dapat lagi mengawal hatinya. aku bukan membuang yang baik dari hati aku, tapi aku cuba mencari yang terbaik.

Tapi bila aku cuba mencari yang terbaik, ramai yang tang tang tang, cakap sana-situ sini apa lah, aku tak kisah, cuma bagi aku, akal ada, berfikirlah.

jadi yang baik kadangkala manusia tak dapat terima, yang jahat pun sama, kadang-kadang orang mempunyai sifat cemburu kalau kita boleh jadi sifat demikian. tapi cemburu tu adalah sifat syaitan sebenarnya. jadi fikirlah sama ada kita ini nak jadi syaitan ataupun manusia.